nampak tak saya dekat puncak gunung tu? nampak tak? tak?
anda tidak akan nampak saya. sebab saya tak pernah sampai ke situ.
hihi.
Kadang kadang
saya tengok kawan kawan sekelas saya. Bagaimana mereka begitu aktif di dalam
kelas, menjawab segala pertanyaan daripada cikgu. Cikgu pula, memang fitrahnya,
boleh teruja dengan pelajar yang pandai. Pandai menjawab. Pandai buat ayat. Menjadikan
pelajar yang kurang menonjol ini terus menjadi tidak nampak.
Halimunan.
Kadang kadang.
Eh. Bukan kadang kadang. Hampir selalu juga. Saya berasa cemburu melihat kawan
kawan saya. Mereka kelihatan seperti kumpulan orang orang yang pandai. Tangkas.
Senang belajar itu dan ini. Ingat apa yang dipelajari. Kadang kadang, saya pun
mahu juga campur tangan di dalam perbualan yang berkaitan akademik.
Sebut sesuatu
benda, terus dapat fikir, itu dan ini
Sebut sesuatu
mekanisma, terus dapat kaitkan, itu dan ini.
Saya mahu. Saya
mahu begitu juga.
Saya perhatikan
kawan kawan saya. Oh lupa saya tegaskan. Post ini, tidak lah mengatakan saya
kecewa, ataupun saya benci kepada kawan kawan saya. Tidak. Tidak. Saya bukan
begitu.
Baiklah. Kembali
kepada cerita saya tadi.
Saya perhatikan
kawan kawan saya, apabila mereka mula bercakap tentang perkara akademik, dan
timbul persoalan, dan katakanlah pada suatu hari itu, saya tahu jawapan kepada
persoalan itu. saya cuba menjawab, tetapi mereka seakan akan ragu ragu. Biarpun
itu lah jawapan yang betul. Muka masing masing kelihatan tidak puas hati dengan
jawapan tersebut, dan bertanya kepada kawan saya yang lain yang lebih pandai. Baru
puas hati. Kadang kadang, saya di skip terus daripada perbincangan, dan terus
kepada orang yang lebih pandai daripada saya.
Betullah kan.
Adab untuk belajar. Bertanya kepada orang yang lebih pandai dan lebih
mengetahui. Saya tidak terasa pun. Dah memang begitu adabnya. Kan?
Okey. Saya tipu.
Saya pun
berusaha. Kadangkala usaha saya tu, seakan pelik daripada orang lain. Usaha budak
perempuan lain ceritalah. Saya cemburu juga melihat kawan saya yang kalau
belajar, terus ingat. Ada yang belajar last minute, masuk, dan ingat lama. Ada yang
belajar sedikit sahaja masanya berbanding saya, tetapi jauh lebih cemerlang
daripada saya.
Saya ingat
lagi ketika peperiksaan paediatrics. Saya diberi markah teruk, dan di marah
oleh teruk dengan cikgu saya. Padahal yang menjadi penghalangnya, adalah
bahasa. Saya kagum dengan orang yang fasih berbahasa Russia. Sudah tentu dia
berjaya memikat hati cikgu. Ditambah pula dengan dia yang memang pandai.
Mungkin usaha
saya, saya sudah merasakan cukup. Padahal baru sejemput. Mungkin saya malas. Mungkin.
Entahlah.
Saya diam.
Saya suka
dengar ceramah daripada Nouman Ali Khan. Dia banyak menyentuh pasal hati. Ada satu
talk yang saya muat turun daripada laman webnya, dan saya dengar. Dia ada
mengolah ayat daripada surah Ibrahim ayat 6 hingga 7.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim: 7)
Ada satu
ulasan dan perkembangan tafsir itu, yang buat saya berasa diri saya ini,
sebenarnya beruntung.
Dalam setiap
kelas, pasti ada seorang pelajar yang paling tidak berapa pandai. Tidak berapa
pandai itu, adalah sebenarnya ujian daripada Allah. Sebab Allah tahu, budak
yang tidak berapa pandai itu, layak diuji dengan ujian tidak berapa pandai. Faham?
Sebab Allah sudah berfirman dalam al Baqarah, bahawa Dia tidak akan menguji
seseorang, melainkan kesanggupannya. Jadinya disini, pelajar yang tidak berapa
nak pandai itu, memang layak diuji begitu. Sebab dia mampu. Sebab dia mampu
hadapi semua ini, jika dibandingkan dengan budak yang paling pandai di kelas
itu.
Bukanlah saya
nak cakap, saya berasa beruntung sebab secara tidak langsung budak yang
walaupun berusaha, tetapi tidak berapa memperoleh hasil itu lebih hebat
daripada budak yang pandai. Tidak. Tidak.
Yang saya
ingin ketengahkan, Islam ini, begitu indah. Dia menjaga setiap aspek hidup
manusia, daripada cara hidup, cara bergaul. Termasuklah cara merawat hati.
Ini lah
yang dikatakan agama dari Tuhan. Islam.
Maka beruntunglah
orang orang yang diuji. Walau dimata manusia engkau halimunan. Tetapi di mata
Allah, engkau jelas.
Engkau disayangi.
p/s: pasal
tafsiran selebihnya berkenaan dengan Surah Ibrahim itu, saya akan ceritakan
kemudian.

