“…tidak semua yang engkau lihat di dunia ini,
akan menjamin kebahagiaan engkau. Semakin engkau hidup, semakin engkau
membesar, semakin itu lah engkau akan mula mengenal realiti. Dan saat itulah
kau akan bersetuju dengan aku, bahawa, dunia ini tidak cantik, Joseph. Suara
suara garau ayahnya memenuh-“
DUMMM!!!
Pintu
ditendang dari belakang. Daniel laju menerpa kearah aku. ada satu bungkusan
kain perca berwarna kelabu, erat dipeluknya. Matanya melilau lilau ke sana sini
seperti seorang yang terperangkap di dalam sebuah lubang, mencari jalan keluar
sebelum tertancap ke arah aku.
“Pedro!,
cepat! Ambil semua barang kau! Lekas!”
Aku
terpinga pinga. Ah. Tidak
sempat lagi.
Aku telan dalam dalam rasa kekesalan sebelum
bingkas bangun, menggumpal sejumlah kertas yang berada dihadapan ku dan
memasukkannya kedalam poket kecil disebelah kiri seluar. Pen milik ibu ini aku
sisip di poket belakang.
Daniel
cekap memaut lengan kanan ku dan mendorong aku keluar daripada rumah itu,
menolak aku kehadapan. Dia kini berada di belakang aku. Menolak nolak aku
dengan tangan kirinya. Tangan kanannya sibuk memeluk ‘habuan’ kami di pagi itu.
“Pedro! Jangan
toleh belakang! Laju laju!”
Aku dengar
satu persatu arahan Daniel. Jantungku kencang. Mungkin kah kali ini kami
selamat? Mungkin kami akan menjadi ahli baru penjara. Ataupun lebih teruk
menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia. Idea idea buruk seakan bertelagah
didalam kepala aku. Aku hilang fokus. Aku takut!
Aku berlari
selaju yang boleh. Sekali sekala aku toleh kebelakang untuk melihat Daniel. Ya.
Dia masih berada di situ, berlari bersama aku. Kepalanya berdarah, dan
kelihatan seperti ada sebilah pisau tegang tertusuk tegak di belakang bahu
kanan Daniel.
Daniel…
kau...-
“kau nampak
tak paip air ke bumbung tu?! Lekas!”, jerit Daniel
Aku cepat
cepat meluncur laju kearah paip besi usang berkarat, dan melonjakkan tubuhku
dengan penuh tujahan kaki kiri daripada belakang. Tanganku bersedia menggapai
batang besi yang menembusi paip buruk itu.
Aku
melompat. Tapi fikiran aku masih berada dibawah, menanti Daniel. Aku risau
kalau kala-
Ah
persetankan semua itu!
Batang besi
aku gapai kemas dengan kedua dua belah tanganku. Terpercik sedikit air yang
berada di dalam paip lama itu hasil daripada hujan semalam ke arah wajahku.
Celaka.
Aku
panjangkan tangan kanan ku kearah jerigi besi yang seolah seolah telah bersedia
untuk menyokongku untuk mara ke atap. Jerigi yang kelihatan buruk itu kuat
untuk menahan juntaian tubuhku. Risau juga aku, takut takut ada skru lama
terpelanting keluar daripada alur yang haus.
1, 2, 3!
Sekelip
mata, aku sudah terbaring diatas zink buruk. Ah. Angin
pagi. Nyaman melalui lubang hidung, turun laju ke paru-paru, merawat tubuhku
yang tercungap cungap kelaparan oksigen. Dadaku kembang kecut cuba memenuhi
ruang udara yang masih tertinggal. Mataku melilau. Daniel! Mana Daniel?
Aku menoleh
kekiri. Dia tiada. Di saat aku cuba menoleh kekanan,tiba tiba bungkusan kelabu
itu kelihatan melambung dari arah bawah dan tepat mendarat diatas dadaku.
BUKK!!
Boleh tahan
juga perit penangan bungkusan ni, membuatkan aku terbatuk beberapa kali. Aku
terdengar bunyi seakan akan bunyi orang yang sedang bersusah payah untuk
memanjat naik keatas bumbung. Tiba tiba, ada satu tangan melambai lambai kearah
aku dari hujung zink.
“tolong aku
budak bertuah!” jerit Daniel.
Aku lekas
berlari kesitu dan mendapatkan tangan Daniel. Dengan sisa tenaga yang masih
berbaki aku menarik Daniel keatas. Kami berdua tercungap cungap. Dada Daniel
aku lihat kembang kempis berselang seli menahan lelah.
“hoi kau!
Turun! Kalau kau tak turun sekarang, aku bunuh kau! Hoi budak bodoh!”
kedengaran suara menjerit jerit dari bawah.
Daniel
melihat kearah aku, dan tergelak kecil. Aku yang kehairanan melihat Daniel,
mula terketawa dengan gelagaknya. Lolongan orang yang sedang kemarahan dibawah
itu kami persetankan. Kami berdua tersenyum puas.
Hah!
Akhirnya,
kami selamat.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sinaran
mentari awal pagi mula menyirami bahagian muka ku yang tersasar daripada
dilindung dinding kotak kecilku ini, membuatkan aku terjaga daripada lena
semalam yang memenatkan. Kelihatan Daniel berada di hujung zink, sedang mengambil angin pagi sambil mengelap ngelap
darah yang mengalir dari bahunya. Ada sebilah pisau kecil terletak betul betul
bersebelahan dengannya. Pandangan aku semalam tidak salah. Daniel tercedera.
Aku
menghampirinya, dan duduk mendakap lututku. Tangan kanan ku menguis nguis pisau
yang masih berlumuran darah Daniel.
Daniel
melihat perlakuanku, lalu dia tersenyum.
“kita akan
tempuhi semua ni bersama sama, tahu. Kalau dulu mak dan ayah ada untuk kita.
Sekarang kita ada kita sahaja. Aku ada kau..”
Kain yang
berada di tangan kanannya dilepaskan. Tangannya itu dikesat beberapa kali ke
bajunya, lalu dia memegang bahuku.
“dan kau
ada aku”.
Aku hanya
mampu tersenyum kepadanya. Pandanganku dilempar ke arah Morro da Bananal. Satu
bukit renek yang terletak betul betul berhadapan dengan Morro da Formiga.
Suasana nyaman di awal pagi musim panas begitu menyegarkan mana mana manusia
yang tinggal di Rio de Janeiro. Sudah hampir dua bulan aku hidup di sebelah
utara di salah sebuah kawasan setinggan di lereng bukit di Kota Samba ini.
Maknanya sudah hampir dua bulan aku menjadi pelarian, mencuri makanan, memecah
masuk rumah orang. Maki hamun manusia sudah kalis ditelinga aku. Tangan aku ini
(aku menggenyeh kesan karat batang besi semalam tapak tangan kananku dengan ibu
jari kiri) sudah tidak bersih lagi. Tubuhku sudah mula dihiasi parut parut luka
‘hasil’ daripada ‘cara hidupku’ selama ini. Ah. Aku sudah tidak sakit lagi. Aku
sudah biasa.
Aku menoleh
kebelakangku. Monumen Christ the Redeemer tegak berdiri tegak di puncak
Gunung Corcovado. Hela nafas lembut
keluar daripada paru paru ku. Daguku di tongkat ke lututku kembali. Mataku
terpejam. Rambutku meliang liuk diusap
usap angin yang dibawa daripada Morro da Bananal, membuatkan aku berasa tenang.
Pada masa yang sama, aku mula merindui ibu bapaku. Aku memeluk erat lututku.
Aku
menyisip poket belakang seluar jean lusuhku itu untuk mengambil pen yang aku
‘sembunyikan’ semalam ketika melarikan diri semalam. Pen berdakwat biru,
diletakkan didalam sebatang tiub kecil berwarna putih berjenama Rolas. Struktur
binaan pen itu aku amati dengan teliti. Dimana lekuknya, dimana punatnya,
bagaimana dia berfungsi dengan
kebijaksanaan manusia bertoleransi dengan besi halus dan menggunakan keupayaan
elastik spring kecil untuk mewujudkan satu pen mekanikal seperti Rolas.
Sebenarnya,
fikiran aku hilang ke arah lain, jauh menusuk sel sel otakku, membawa aku
kepada satu memori yang tidak aku ingin kenang.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pintu rumah
Carlos hancur, hasil tembakan peluru yang diludah berkali kali daripada mulut
AK 47, lalu Carlos menyuruh isterinya Maria untuk bersembunyi bersama anaknya
di dalam bilik tidur. Lantas dia bergerak kebelakang meja dan duduk disitu.
Nafasnya yang tercungap cungap dikawal agar tidak dikesan orang yang menceroboh
rumahnya. Carlos menyeluk saku seluarnya, dan mengeluarkan telefon bimbit.
Dia menekan
lama butang 9, iaitu butang panggilan pantas kepada polis yang sedia ada
didalam tetapan telefonnya.
Beep beep!
Carlos
menarik nafas. Isyaratnya telah sampai ke Pejabat Polis. Lalu dia menekan
butang menu dan membuka aplikasi mesej. Ibu jarinya menekan pantas naik turun
butang di telefonnya, mencari satu nama di dalam senarai itu. apabila
menjumpainya, dia pantas membuka ruang berbual, dan menaip mesej kepada orang
tersebut.
Daniel. Balik ke rumah sekarang. Selamatkan adik kamu
Butang
‘hantar’ telah ditekan. Carlos menyandarkan badannya ke sisi meja. Nafasnya
menjadi sedikit lega. Peluh di dahinya dilap menggunakan lengan kanannya.
Carlos menggapai cermin yang terletak diatas meja, lalu diletakkan di
hadapannya. Dia mahu melihat apa yang
berlaku disebalik meja persembunyiannya itu.
Ada tiga
orang lelaki, berpakaian kasual, lengkap bersenjata. Masing masing memegang AK
47. Mengacu kesana sini. Salah seorang daripada mereka bersuara.
“Carlos!
Mana kau! Aku tahu kau ada dalam rumah ni! Baik kau keluar sekarang! ”
Tiba tiba
lelaki itu menembak bertalu talu kearah meja dan sofa. Bunyi bising dan bingit
tembakan senapang buatan Russia itu menyebabkan
telinga Carlos berdesing. Dia menahan nafas, dan cuba untuk tidak panik.
Dia masih diam
Lelaki
tersebut mula bergerak kearah bilik tidur, iaitu tempat persembuyian Maria dan
anaknya. Carlos memerhatikan perbuatan
lelaki itu. matanya membulat. Nafasnya kencang. Dia tidak boleh berdiam diri lagi!
Maafkan ayah, anak anakku. Maafkan aku, Maria.
Aku sayangkan kau..
Carlos
bingkas bangun dan membaling telefon bimbit kearah lelaki tersebut lalu tepat
mengenai kepalanya. Dua orang lelaki yang tercengang melihat kejadian itu terus
mengacu senapang kearah Carlos untuk menembaknya, tetapi perbuatan mereka
dihalang oleh lelaki itu. Fabio ketawa menyeringai.
“apa kau
nak daripada aku hah?!”, Carlos menjerit kearahnya.
Fabio
tersebut mula mendekatinya. AK 47 ditangannya dilempar ke sofa, lalu dia
menyisip ke belakang seluarnya dan mengeluarkan sepucuk Glock 18. Dia tersenyum
sambil mengisi peluru kedalam kelongsong pistol.
Namun
senyumannya itu bertukar bengis lalu menembak kedua dua kaki Carlos, membuatkan
Carlos jatuh menggelupur di lantai. Betis kanannya seakan akan hancur. Kaki
kirinya pula tidak dapat digerakkan. Dia mengerang kesakitan. Lelaki itu tadi
menghampiri Carlos, dan mencangkung dihadapannya.
“aku
diberitahu, rumah kau ni, ada dua anak muda. Tak silap aku, salah seorangnya,
bisu. Kan? Itu lagi seronok. Kah kah kah!”
Dua orang
pengikutnya turut sama menyeringai
kejam. Carlos menjadi marah. Sangat sangat marah. Tetapi dia tidak mampu
berbuat apa apa.
“maafkan
aku ya Carlos. Aku perlukan dua orang tu untuk sindiket aku. Kalau tak,
miskinlah aku.” Fabio tersenyum menampakkan giginya yang kuning.
“Rafael,
geledah bilik itu!”
Salah
seorang daripada pengikutnya mula bergerak ke arah bilik tersebut.
“minta izin
dulu ya. Kahkahkah!” Fabio ketawa berdekah dekah. Lalu muncung pistolnya ditekan ke kepala Carlos. Jarinya
bergerak ke picu, dan menarik kebelakang. Satu tembakan, dan habis terburai
kepala Carlos berhamburan ke dinding.
Rafael
menendang pintu bilik. Maria yang telah bersedia dengan pisau ditangannya, laju
menerpa kearah Rafael. Dia berjaya menikam bahu kanan Rafael membuatkan lelaki
itu mengerang kesakitan. Dia menolak Maria lalu jatuh ke sisi katil. Dengan
menggunakan tangan kirinya, pisau yang agak besar itu dicabut laju daripada
bahunya. Rafael menerpa kearah Maria, lalu tangan kirinya bergerak kebelakang
kepala Maria dan menghenjut rambutnya. Maria menjerit kesakitan. Rafael nampak
jelas peluang ini lalu menikam Maria berkali kali, membuatkan wanita itu lemah,
dan rebah ke lantai. Maria melihat anaknya itu yang sedang bersembunyi dibawah
katil. Dia tersenyum. Lalu matanya tertutup.
Pedro
menangis. Hidupnya berasa seakan akan hancur. Melihat ibu bapanya dibunuh
dihadapannya. Dan dia. Dia tidak dapat membuat apa apa untuk membela mereka.
Tiba tiba, Pedro merasakan lantai tempat persembunyiannya terbuka, lalu dia
terjatuh kedalam satu lubang kecil. Lalu dia merasakan ada seorang memeluknya.
Daniel.
Dia memeluk
erat adiknya, lalu membawa adiknya keluar daripada laluan rahsia itu.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"maafkan
aku Pedro. kalau aku sampai awal sedikit, ibu tentunya sudah ada untuk kita
sekarang" kata Daniel sambil melabuhkan punggungnya di hadapanku. dia
kelihatan sugul. sudah tentu peristiwa itu memeritkan jiwanya. sama seperti
aku. di tangannya ada bungkusan kelabu semalam. kain bercompang camping kain
perca berwarna warni yang sering kali menjadi pembantu setia kami dalam setiap
'operasi tangkap muat' kami di rumah rumah orang.
aku hanya
tersenyum dan menjempul ibu jari kananku, menandakan "tidak mengapalah,
semua sudah berlaku. dan aku kuat".
Daniel
sibuk membuka bungkusan di hadapanku. dibentangkan kain tersebut, menayangkan
hasil tangkapan kami. ada roti sandwich, ada cebisan cebisan daging, ada 3
batang saderi, kain selimut, sos dan beberapa lagi bahan makanan kecil. kami
berdua tersenyum. banyak juga habuan kami.
Daniel
menyisip kebelakang tangannya, seolah olah ingin mencapai sesuatu. sebaik
sahaja kembali ke kedudukan asal, dia meletakkan satu bungkusan kecil dihadapan
aku.
"nah.
untuk kau. buka lah". suruhnya sambil sibuk memotong roti sebelum
meletakkannya ke atas sehelai surat khabar.
aku
melihatnya dengan perasaan teruja. aku mencapainya, dan membuka bungkusan
tersebut.
aku
tersenyum. hatiku terasa besar. di tanganku ada tiga batang pen; dua biru dan
satu merah. ketiga tiga mereka berjenama pen kesukaanku. Rolas. Rolas de Santes
nama penuhnya.
Daniel
berhenti mengunyah roti. matanya tertancap kepada aku. "semalam aku sambar
benda tu untuk kau. aku tahu kau suka menulis. gunalah. walau kau tidak boleh
bercakap, jangan biar otak dan tangan kau bisu. tahu?".
aku
mengangguk. surat khabar di hadapanku, aku koyak sedikit di bahagian hujung,
dan aku tulis sesuatu di atasnya. Daniel hanya memerhati perbuatanku dan dia
kelihatan sedikit terkejut apabila aku menghulurkan cebisan tersebut kepadanya.
dia
membukanya.
'obrigado'
Daniel
ketawa kecil. aku hanya menunduk malu seraya menghulur tangan untuk mengambil
roti dihadapanku.
"malam
ni, kita cuba nasib di Santa Hores pula. aku nak, kau pula yang masuk ke dalam
rumah. aku akan jaga ekor kau. boleh?" tanya Daniel.
Santa Hores
terletak di sebelah barat Morro da Formiga. satu kawasan perumahan setinggan di
lerengan bukit, sama seperti di sini. cumanya disitu populasinya lebih ramai
dan taraf hidupnya lebih tinggi daripada tempat ini. Perancangan abangku itu
boleh dikatakan mencabar. ada satu jalan kecil, da Castelnuovo yang menghala ke
arah Santa Hores yang dipenuhi anjing gila dan sindiket dadah.
aku
mengangguk bersahaja.
fikiranku
penuh dengan kerisauan dan strategi untuk malam ini, namun langsung tidak
menjangkakan bahawa operasi di Santa Hores bakal mengubah hidupku selama
lamanya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hujan lebat
di Santa Hores. Kilat sabung menyabung mengerikan langit malam ini. Aku teruja
melihat garis cahaya yang pantas, tajam turun ke bumi berselang seli dengan
dentuman guruh.
Jantungku
bagaikan ingin luruh.
Daniel
menghulurkan tangan melalui satu ruang tingkap yang hilang sekeping cerminnya.
Bawah lengannya sudah luka luka berdarah dek bergesel dengan geriji jendela
yang tajam. Dahinya berkerut dan basah bercampur peluh dan hujan. Ada ketika
dia memandang aku, dan segaris senyuman muncul dari hujung bibirnya. Aku hanya membalas senyuman dengan senyum
yang tidak mahu senyum. Sejujurnya, aku sendiri tidak faham apa maksud senyuman
Daniel. Aku hanya duduk mencangkung di belakangnya, mataku liar melilau
memerhati sekeliling takut takut operasi kami dilihat orang. Di bahu ku sedia
tersidai kain kelabu kami.
Klik!
Tombol
pintu berjaya digodek Daniel. Pintu ditolak perlahan. Bunyi gesekan engsel
berkarat pintu tersebut cukup menggerunkan kami. Daniel memandang aku sebelum
mengarahkan aku untuk masuk ke dalam rumah, sementara dia berada di luar,
menjadi pengawal pintu. Ditangannya digenggam erat sebatang paip besi buruk
yang masih tertancap paip siku dihujungnya.
Aku
menyusur kedalam rumah dalam posisi membongkok.
Lantai
kayu. Ah. Aku benci lantai kayu. Satu bunyi gesekan sudah cukup untuk
meletakkan nyawa kami dihujung tanduk.
Aku
bergerak perlahan sambil mataku sibuk mencari langkah yang paling selamat untuk
sampai ke destinasi. Sekali sekala aku memanjangkan tengkuk ku untuk mencari
sasaran.
Peti sejuk.
Itu dia peti sejuk. Itu yang aku cari.
Ruang rumah
yang tidak seberapa gelap dek sinaran bulan purnama memudahkan proses
pergerakan aku. Ditambah dengan ruang tamu yang tidak begitu besar menyebabkan
jarak aku daripada peti sejuk itu tidak terlalu jauh. Beberapa langkah sahaja
aku sudah sampai di muka pintu besar peti sejuk tersebut.
Celaka!
Pintu peti
sejuk itu ada loceng loceng yang diikat kemas tergantung dihadapan.
Kenapa?
Kenapa perlu ada loceng? Kenapa?!
Aku menelan
air liur kelat. Geram. Nafas ku berdengus. Tidak ada cara lain lagi. Aku harus
beranikan diri untuk bangun dan memegang
loceng tersebut untuk mengelakkannya daripada berbunyi sebelum membuka
pintu peti sejuk.
Kain kelabu
aku hamparkan disisi peti. Tangan kananku, kupanjangkan ke atas untuk menggapai
loceng ter-
“Pedro!”
Aku terkejut.
Aku duduk kembali seraya berpusing dan bersandar ke pintu peti sejuk. Daniel
menerpa kearah aku dengan wajah pucat lesi. Dia memegang bahuku dan cuba
berkata sesuatu, tetapi tidak jelas. Tangannya berpeluh. Belum pernah aku
tengok Daniel sebegitu cemas. Dia menarikku daripada dapur ke ruang tamu dan
menyuruh aku bersembunyi di bawah kerusi panjang yang bersandar di dinding
rumah. Kedengaran suara beberapa lelaki dewasa menjerit jerit. Bunyi percikan
air dipijak manusia sayup sayup dihujung telinga.
“nanti
kalau ada apa apa terjadi, kau gerak perlahan lahan, bentuk sofa ni, sehingga
ke muka pintu tu (jari telunjuknya menghala kearah pintu). Kau tak boleh keluar
sekarang sebab di hadapan sana sudah ada dua orang menunggu kita”
Aku
mengangguk faham. Mataku terasa panas. Entah mengapa aku menangis. Daniel
melihatku dengan pandangan yang dalam.
“kau. Kau
hidup baik baik”. Dia mengusap pipiku dengan ibu jarinya. Ada senyuman kecil di
hujung bibirnya.
Tangannya
menekan kedua dua bahuku, mendorong aku untuk masuk dan meniarap dibawah sofa.
Percikan
air semakin jelas, dan semakin dekat. Jantungku berdegup pantas. Daripada bawah
sofa kelihatan tiga bayang bayang lelaki menerpa masuk ke dalam rumah. Mataku
membulat. Aku cemas!
BUKK!
Daniel
tersungkur ke lantai. Batang paip besi yang digenggamnya tadi sudah jatuh
bergolek dan berhenti dihadapanku. Daniel memandang kearah aku. Tiba tiba ada
satu sepakan padu hinggap ke tengah perut Daniel menyebabkan darahnya tersembur
keluar daripada mulut. Daniel meringkuk mengerang menahan senak. Tidak cukup
dengan itu, lelaki tersebut membaringkan Daniel dan duduk diatas dadanya,
sebelum rambut belakangnya ditarik dan dihentak kepalanya beberapa kali ke
lantai.
Darahnya
terpercik. Mulut lelaki itu tidak berhenti henti menyumpah seranah Daniel. Dia
bangun berdiri dan berundur kebelakang seraya menyuruh konco konconya menyepak
padu Daniel bertubi tubi. Lelaki tersebut bergerak kearah aku, dan tunduk untuk
mengambil batang paip besi Daniel. Buku limanya penuh dengan darah abangku itu.
“Afastar!” tengking lelaki tersebut mengarahkan orang
orangnya berundur ke belakang.
Kedua dua
belah tangannya menggenggam erat batang besi tersebut dan dihayunnya keatas
melebihi paras kepalanya. Matanya tajam
menikam mata Daniel yang sudah bengkak berdarah.
“Morrer!”
Jerit lelaki
tersebut sebelum menghadiahi kepala Daniel dengan satu pukulan laju batang besi
ditangannya.
Suasana
menjadi hening. Hanya bunyi hujan yang semakin lebat memenuhi ruang itu. Lelaki
itu tercengang. Nafasnya tercungap cungap. Paip besi ditangannya dilepaskan ke
lantai. Dia mengarahkan orang kanannya untuk membawa tubuh sejuk Daniel keluar
daripada rumah.
Aku menjadi
sangat marah dan geram. Aku tidak boleh bertindak membuta tuli. Daniel mahukan
aku hidup. DANIEL MAHUKAN AKU HIDUP!
Aku
merangkak perlahan kearah pintu setelah melihat lelaki itu beransur kedapur
rumahnya sebelum membuka peti sejuk. Setelah berhempas pulas bersama air mata
kemarahan, aku terlepas daripada neraka kecil itu, dan berlari sekuat hati,
hilang ke dalam hujan yang lebat.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Angin sejuk
yang datang daripada celahan bukit Morro da Borel dan Morro da Casa Branca yang
menyusup sehingga ke tulang menyedarkan aku daripada tidur di setiap dinihari.
Setiap kali aku terjaga, setiap kali itu lah aku terdengar lunak sayup sayup
suara manusia berkumandang yang menenangkan, datang dari arah utara Tijuanca. Bukan
pada waktu itu sahaja. Aku kira, hampir lima kali sehari aku mendengar suara
tersebut. Suara yang melaungkan kata kata yang aku rasa, sangat asing. Bahasa
apakah itu? apa yang mereka laungkan?
Memori
berdarah itu masih ligat berputar di dalam kepalaku, seakan akan filem yang
diputar main berulang ulang kali biarpun sudah enam hari ia berlaku. Kata kata
Daniel masih terngiang di benak kepalaku.
‘rumah
kecil ‘ yang aku bina diatas bumbung rumah manusia, ku lipat rapi dan ku
sandarkan ke dinding cerobong asap. Aku kembali ke hujung atap, dan duduk
disitu. Memeluk tubuhku. Kemas.
Laungan
lunak suara manusia di waktu subuh itu menyamankan hatiku yang parah. Mataku
terpejam. Dan aku menangis.
Aku berasa
tenang.
Aku bingkas
bangun dan berdiri, mendepakan tangan dan menghirup puas udara pagi yang masih
bersih, sebelum dicemari bunyi dan manusia.
Hah!
Ku sisip
kemas ketiga tiga Rolas pemberian Daniel di kocek belakang seluar ku. Hari ini
aku tekad untuk mencari suara apakah yang menenangkan aku setelah sekian lama.
Carlos,
Maria, Daniel.
Ayah, Ibu,
Abang.
Aku akan
teruskan hidup ini untuk menjadi kalian.
Eu falto o, eu te amo. Todos voces.
Aku mula
mengorak langkah.