Wednesday, June 05, 2013

Random 15

i.

"eh kau tengok takk video yang mamat ni post dekat fesbuk semalam!"

"video apa wey. yang mana? banyak kot. yang mana satuu?"

"ha ah. yang mana satu ni?". seorang lagi mencelah.

"ada satu video tu. yang dia tunjuk ada seorang yang eksiden motor. habis berkecai badan dia. seriyes. takut aku tengok. kaki di sini. kepada di sana. daging bertaburan kat atas jalan. polis tu kutip daging tu, macam dikutip daging ayam yang dicincang. ngeri gila. huh. kalau aku lah kan, aku lebih rela mati kena bom dekat Palestine sana. sekali bom, habis hancur berkecai", celoteh sahabat dengan muka bersemangat.

"hah? apa? tak payah lah. aku lebih rela mati dalam keadaan aku tidur. senang. setel. haaa," luah seorang sahabat lain pula.

sahabat yang tadi menambah, " tapi, sekurang kurangnya dapat status syahid tu. tu yang best"

sahabat yang mencelah tadi seraya sambung," ah. tak perlu semua tu. baik kau hidup, mati masa kau tua nanti. camtu ha. mati biasa biasa dah lah"

saya? entah. tak dapat nak mencelah perbualan diorang. letih menepuk dahi.


ii.

pagi tadi, sebelum ke kelas saya menonton satu video fesbuk tentang syria. dalam video tu menunjukkan seorang muslimah yang dibiarkan separuh bogel, setelah dirogol oleh tentera Basyar al Assad laknatullah, kerana ingin menyelamatkan anaknya yang ditembak oleh tentera syaithon itu. ada empat mujahidin cuba untuk menarik menyelamatkan muslimah tersebut, tetapi seorang demi seorang ditembak mati oleh penembak tepat tentera syaithon.

Allahu rabbi.

apa salah mereka? seorang ibu yang ingin menyelamatkan anaknya? empat orang mujahidin yang ingin menyelamatkan nyawa saudara mereka? orang orang Sunni, yang berpegang teguh pada iman mereka, daripada tunduk kepada rejim syaithan Basyar Al Assad? 

ah penat. penat dengan muslim yang berjalan, menjalar di dunia ini, ibarat sedang memegang garpu di kedua belah tangannya, yang apabila ternampak berita. ya, TERnampak berita kesengsaraan saudaranya, terus mencucuk mata sendiri sehingga buta. buta mata. buta hati. buta jiwa. buta manusia.

"This is the fact of what happened in Syria everyday, and the whole world is in deadly silence"

moga kesedaran ini kekal. saya tidak mahu menjadi akhi yang sensitif 10 saat. mohon tsabbat!


iii

Bapa seorang sahabat saya meninggal dunia pada 23 Mei yang lalu. saya dapat tahu ni pun daripada kawan baiknya. sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya terus menghubungi kawan saya tu.

saya: Salam Alaikum Majid
majid: ya. waalaikum salam.
saya: Majid... :(
majid: hah. bakpo ni?
saya: ayoh demo...
majid: :)
saya: demo oke dok? heh?
majid: ok je. tadi ramai orang mari tengok ayoh. 
saya: majid.. takziah..
majid: takpalah. itu yang terbaik.
saya: ok lah. kalau ada gapo gapo nok oyak, oyak lah ko kawe deh.
majid: insyaAllah. doakan kawe. kawe exam sabtu nii.
saya: hah? Allahu. buat molek, majid!


kuat, sungguh kuat.









Salam alaikum

Mofar Rahman