Thursday, May 23, 2013

Kisah Tepi Padang




Hari ini hari rabu. dan aku tidak ada kelas. 

senang saja aku berlegar di koridor kolej. pagi aku dimulakan dengan joging sekeliling Tasik Cenderawasih. tengah hari pula aku mengikuti ceramah di perkarangan universiti, yang disampaikan oleh ustaz feveret aku, Ustaz Hasrizal Abd Jamil. ah seronok. baru pertama kali bertentang mata dengan beliau. baru bertentang mata, belum bersalaman dan berbual mesra lagi. InsyaAllah.

ketika pulang, seperti biasa aku melalui jalan kecil yang ada di birai padang. seronok. berangin pulak tu. 

pandangan aku tertancap ke arah astaka, dan disitu kelihatan satu figura yang aku kenal. Amat. ya. Amat namanya. dia kawan aku. dia keseorangan. seakan bermasalah. pada kebiasaannya, dia tidak begitu. Amat dengan sedih sangat tidak sinonim. aku kehairanan.

aku melihat jam tangan aku. baru tiga setengah petang. layan lah mamat ni kejap. aku pun berlalu, menuju ke arah manusia bernama Amat ini.

"Cokek Mak Bolok!" aku menggeletek pinggang si Amat. dia terkejut.

"Hah. tiada semena, kau rupanya mat jiwang haprak!" aku menuduh. dia tidak melayan, membuatkan aku terpaksa behave.

letak buku di tepi, pusing kehadapan, letak tangan di birai beranda astaka, dan HUPP! aku duduk disebelah Amat.

"kenapa ni Mat. sungguh lain macam kau hari ni. kenapa ya? boleh share dengan aku tak?" aku memulakan perbualan.

"ermmm. tak ada apa apa. saja, ambil angin. seronok ambil angin di tengah matahari tegak ni. buat aku mengantuk ada lah. hehehe" dia cuba tersenyum.

"ooooo.... orait". aku mengintai kertas yang seakan meliang liuk ditiup angin padang. "eh tu, kertas draft test kan? haa macam mana test kau?"

"haaa. oke je. semua okay. hehehe" dia senyum kelat. perit juga aku melihat mukanya begitu. "kau oke mat? kau boleh cerita dekat aku. seriously", aku cuba memprovok.

"aku rasa, aku ni, sampah lah", dia membuka cerita. "semua yang aku buat, untuk test ni, aku rasa macam... entah lah Khalid. macam semua tak kena. test ni, senang ja, tetapi aku macam... kau pernah dengar perkataan FAIL? pernah? mesti tak. sebab kau pandai. orang pandai macam kau, mana ada pernah dengar perkataan alah tu."

"eh. kesitu pulak kau ni. ish. aku banyak jugak fail paper, test kot. jangan main main!", aku cuba berlawak. dan macam biasa, tak jadi.

"aku rasa, apa yang aku buat selama ni, tiada berkatnya. apa yang aku buat seharian, apa yang aku lakukan, apa yang aku jalani untuk hidup. bila aku belajar lebih, ilmu aku tak lekat macam orang lain. bila cikgu tanya, terus blank. rezeki aku, seakan lari kemana. duit aku, aku usaha berjimat, tapi tup tup habis. entah lah kawan", dia mendengus.

"aku masih kabur lagi ni dengan masalah kau ni. cuba kau ceghite baik baik". aku cuba memahami.

"aku... aku study semalam. study banyak kot. tetapi apa yang ditanya dekat aku dalam test hari ni, semua tak masuk. ada lah sikit sikit yang masuk, tapi kebanyakannya tak. cikgu dah mula ingat aku seorang pelajar teruk. ingat aku bengap. tak tahu apa apa tentang subjek tu. yang aku terlepas pandang tu lah yang aku ditanya. kenapa orang lain dapat yang senang senang, dapat soalan yang aku boleh jawab. tetapi aku? selalu terperangkap dengan rezeki. selalu macam ni. exam pun macam ni. test biasa pun macam ni. aku sedih la Khalid", dia meluah. matanya kelihatan berair. pandangannya dilempar ke padang yang luas nan hijau.

"Amat", aku memegang bahunya. "Rezeki seorang tu, berbeza beza, kan? ada yang dapat lebih. yang dapat lebih pun rezeki, yang dapat sikit pun rezeki, yang tidak dapat apa apa pun, dikira rezeki. kan? sama lah macam kes kau ni. kita hidup di alam dunia yang penuh tanda tanya. apa yang berlaku selepas ni, apa yang berlaku esok. tiada seorang pun yang dapat mengagak dengan tepat. macam kau. kau study, punya lah banyak. tetapi yang masuk test hari ini, sikit sangatlah daripada apa yang kau belajar semalam. setuju?"

dia mengangguk lemah.

"kau tau kenapa hari ini, atau sebelum sebelum ni, apa yang kau belajar, apa yang kau tekankan semasa ulangkaji, tak masuk dalam exam atau test. sebaliknya topik yang kau pandang sebelah mata tu lah yang masuk. kau tau kenapa?"

dia menggeleng. patuh betul Amat ni.

"sebab, mungkin Allah nak mengajar kau, bahawa kesempurnaan itu, bukan fitrah manusia. manusia selalu buat salah. kau ingat kau dah cukup ulang kaji bagai. tetapi sebenarnya kau terlepas sesuatu. yang terlepas sesuatu itu lah Allah nak ajar kau, agar kau tidak mengambil endah terhadap sesuatu yang kau rasa senang. Dia tidak menyekat rezeki kau saja saja. Dia selalu ada sesuatu nak ajar kau. nak buat kau tahu. selagi kau tak pelajari, selagi tu Dia akan menegur kau.", aku berceramah. 

"kau study kuat? kau ulangkaji banyak? betul ke? aku taknak cakap apa apa, kau tanya lah diri sendiri. kalau ya jawapan kau, maka, ya lah. sebab kan, kau study banyak, dengan kau sesungguhnya study banyak, adalah dua benda berbeza. kau faham kan? kau rasa kau study banyak, padahal kau tak. kau cepat berpuas hati dengan usaha kau yang maha ciput itu. dan terus label diri kau, aku study banyak. lain situasinya dengan kalau kau memang betul betul fokus dengan apa yang kau buat. jadi, Amat. kau ini, bagaimana?"

"aku... aku banyak main masa study. aku cover sekali ulang je topik topik tu, dan aku mula merasa cukup. aku ulangkaji yang mana aku nak. dan yang aku rasa susah, aku macam... tolak ketepi." Amat menjawab perlahan.

aku menghela nafas panjang. lalang lalang tinggi, aku kuis kuis dengan kaki. diam seketika. aku melihat Amat. tunduk. berikan dia masa. aku mencapai sehelai daun hijau, yang gugur berselerakan di atas lantai astaka, ku lipat lipat sehingga kecil. bisu.

"pedih Khalid. pedih". suaranya terketar ketar.

Allahu. aku rasa, kata kata aku sangat direct, dan langsung tidak mengendahkan hatinya yang tengah hiba. tetapi aku perlu teruskan. maafkan aku Amat!

"soal keberkatan, itu atas diri kau, dengan Allah. kau lebih mengetahui diri kau sendiri. aku tidak tahu, apa kejahatan kau buat, aku tak tahu apa maksiat kau perlakukan. aku tidak tahu setan jenis mana yang kau bela, sampai kau rasa sebab perbuatan kau itu lah yang membuatkan berkat Allah, lari jauh daripada kau. kau lebih memahami, apa yang kau perlu buat. sebab itu adalah jihad al-nafs! itu lah peperangan dalam diri kau. kau boleh pilih, untuk menang atau tewas. setakat mana kau berusaha. ikut kehendak nafsu, tidak akan habis, teman.", aku sambung lagi.

Amat tunduk. langsung tidak melihat kemana mana. tiba tiba aku ternampak titisan kristal jernih, jatuh ke atas pehanya, lalu membentuk tompok tompok kecil yang basah. Amat menangis. aku membuang lipatan daun tadi seraya mendekati Amat. aku memeluknya. Amat semakin teresak esak. Allahu. sabar Amat. maafkan aku. 

"Allah mahu kau kuat. diujinya engkau dengan cubaan cubaan kecil, untuk membentuk satu kesabaran yang tinggi dan jitu untuk ujian yang lain. Selagi Dia sayang kau, selagi itu lah kau diuji. sebab Dia nak tengok, selayak manakah kau dapat merasai syurgaNya kelak. jadi Amat, jangan lah sedih sangat dengan kesusahan di dunia seperti ini. bangkitlah, dan kuatlah untuk ujian lain yang sangat lebih banyak, yang satu hari nanti, akan berpusu dekat kau. tahu!" aku bertegas.

Amat mengangkat kepalanya, memandang ke arah aku, dan bertanya, "kenapa kau, baik dengan aku? bukan ke orang pandai macam kau ni, lebih fokus dekat sesuatu yang lebih penting. kenapa kau layan aku yang picisan ni?"

"sebab... aku sayangkan kau. aku sayangkan sahabat aku. kau, Amir, Johan, Zahid. ramai lagi. kenapa aku baik dengan kau? kenapa aku cakap semua benda ni dekat kau? sebab. sebab aku faham apa yang kau rasa. aku faham dengan apa yang kau alami. aku pernah ada ditempat kau, malah lebih teruk. dan pada ketika itu, tiada seorang pun datang kepada aku, dan bercerita kepada aku, tentang sabar, ujian, dan Tuhan. perit menahan cebisan kesedihan yang terlepas dari dada, berseorangan tanpa teman".

ah. mata aku panas.

"kau kata aku, pandai? kau kata aku bijak? Amat. kau belum kenal aku. aku, prestasi aku di dalam kelas, tidak lah baik. dalam setiap ujian atau peperiksaan, aku sama ja dengan kau. selalu dikecilkan oleh cikgu. selalu mencari peluang untuk cemerlang dalam kelas, untuk banggakan ibu bapa aku, tapi tak dapat dapat. sedih Mat. aku tahu. tapi ingat Mat. Islam itu, adalah sabar dan ikhlas. sabar, dan ikhlas. berusaha sehabis baik!"

aku terjun dari beranda astaka, dan berlari sekuat hati ketengah padang. 

"Amat!! Datang sini!" aku jerit, memanggil Amat ke tengah padang. 
"hahaha. kau nak apa ha?!" Amat mula tersenyum sambil berlari ke arah aku.

"ALLAHUAKBARRR!!", aku jerit sekuat hati.
"INSYAALLAH!!", Amat membalas jeritan aku.

kami berdua terduduk di atas rumput padang yang hijau. memandang satu sama lain. dan ketawa. haih. motif sungguh.

"hah. kau okey Mat?" aku bertanya.
"yosh! Terima kasih Khalid. heee", katanya sambil tersenyum, sambil menampakkan barisan gigi putihnya itu.
"Jom, Asar!"
"Jom!"








xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


di mana boleh saya temui, seorang sahabat, seperti Khalid?











salam alaikum.
Mofar Rahman.