Assalamualaikum
Selepas kelas ruski, saya bergegas ke Fantan Druzhbi untuk berjumpa dengan teman bulatan gembira saya. oh lupa. Fantan Druzhbi bermaksud fountain of friendship yang terletak di tepi salah sebuah sungai kebanggan Russia, iaitu Sungai Volga.
sepanjang saya menunggu, saya memerhatikan keadaan sekeliling. cuaca redup. hujan rintik rintik mula hinggap di lengan saya. tetapi ramai lagi orang dekat situ. ada yang menyanyi. menari. bermain roller blade. ada yang membawa kamera besornya untuk mengambil gambar. ada juga yang sibuk sibuk mengemas mikrofon dan speaker selepas membuat persembahan disitu tengah hari tadi.
tetiba saya menerima mesej daripada kawan saya, memberitahu bahawa lokasi telah berubah sebab cuaca tak berapa nak comel. jadi saya pun beransur lah bergerak ke tempat kejadian.
ketika melalui tangga, saya nampak ada satu famili menuju ke arah Fantan Druzhbi itu tadi. Ayah, emak dan anak, semua kelihatan gembira sekali. anak nya berlari ke arah air pancut tersebut. teruja barang kali. selepas itu ayahnya memanggil anaknya, dan menyuruh anaknya posing. lalu anaknya itu membuat gaya gaya comel, posing sana sini, begitu begini. ibunya hanya ketawa sahaja. si ayah pula mengambil gambar setiap aksi anaknya. ambil gambar guna apa? guna telefon yang sangat biasa sahaja. telefon Nokia yang masih menggunakan format gambar VGA. saya termenung.
apa? kuno sangat diorang tu? ketinggalan zaman? hampeh? balik rumah tukar telefon lah wey?
tak tak. tak. bukan begitu.
ada sesetengah orang terlalu mengharapkan kebendaan, atau sesuatu, yang mana apabila benda itu wujud, baru mereka berasa selesa. baru mereka berasa enjoy dan seronok. ada yang memerlukan kamera besar, telefon canggih, pakaian yang ranggi, baru terasa 'kick' untuk keluar, ambil angin dan bergambar sakan sana sini.
tapi, amatlah kesian kepada orang orang begini, yang bersandar kepada sesuatu yang mewah, baru diri terasa yakin. katakanlah benda yang diharapkan itu tidak dapat, atau hilang, jadi siapakah mereka?
macam keluarga tadi, saya respek, sebab mereka menggunakan apa yang mereka ada secara maksima. tidak kisah lah benda itu sesuatu yang kuno, tidak dibuat dek orang zaman sekarang. asalkan apa yang dibuat itu, membawa kegembiraan kepada hati, dan tidak mengganggu orang lain. cukup. tidak perlu gajet mewah untuk bahagia. apa yang kita perlu untuk gembira? hanyalah satu hati yang besar dan bersyukur.
kegembiraan itu, ia hanya datang kepada orang yang memilih. faham? sesukar mana pun hidupnya, kalau dia memilih untuk senyum dan gembira, maka gembira lah dia.
macam merepek je apa yang saya tulis. u_u
Mofar Rahman