Thursday, May 16, 2013

18-55mm

Assalamualaikum.

saya membeli kamera besor saya ni pada 4 november 2010. eh. baru perasan. dah hampir tiga tahun saya berkawan dengan kamera besor saya, atau nama timangannya, Ubi. Ubi datang bersama kit lens nya, iaitu 18-55mm. pada awalnya, saya agak jelek dengan kit lens. ah. kit lens. apa kelas. maka dengan keegoan yang datang dalam diri sendiri sorang sorang, mata saya ligat mencari lens baru. dan selepas beberapa lama bertahan dengan kit lens yang 'ewwww' itu, saya membeli zoom lens 55-200mm. ya. saya sangat hepi dan rasa sangat up! ye lah. kit lens. puih!

maka selepas itu, saya mula memandang enteng kepada 18-55mm saya tu. entah apa lah perasaannya terhadap saya. saya asyik dengan zoom lens saya yang baru tu. hiks.

bukan tu saja, selepas daripada itu saya mula merasa, sesiapa yang pakai kit lens, dia seorang yang noob. amateur. boring. ah. semua perasaan yang dibisik oleh syaiton yang saya benarkan masuk kedalam hati saya. astaghfirullah. teruk betul!

selepas beberapa lama, saya mula menyedari kesilapan saya. selepas beberapa lama mengetepikan 18-55mm, saya tergerak untuk menggunakannya kembali. dan hasilnya, voila!

rupa-rupanya lens ni, merupakan satu lens yang power. wide angle lens. dengan lens zoom, saya tidak boleh ambil gambar dekat. terpaksa kebelakang. terhegeh hegeh macam pokcik tuo. dengan kit lens, saya boleh buat apa yang saya susahkan selama ni. haih.


power zoom lens 55mm. nampak ape je kaaaaan?


power kit lens dari tempat yang sama. woah!



baru hari ni rasa teruja memiliki kit lens. ruparupanya, dalam tidak sedar, saya telah memiliki satu wide angle lens. tetapi saya sering mengecilkan abilitinya.

haih. teruk. tidak bersyukur.

jangan tiru macam saya oke?









hurm. boleh buat kolerasi tak dengan kehidupan kita. jom cuba!

ramai orang, termasuk diri saya sendiri, sering terlepas pandang kepada orang orang disekeliling saya. kawan rapat saya. keluarga saya. terlepas pandang bagaimana tu ya?

macam.

"dia ni, tak boleh buat benda ni. cari orang lain lah" padahal 'dia ni' itu lah yang terer.
"mungkin kak long tak reti kot jahit jahit ni" padahal kak long itu lah yang paling power dekat kampung itu.
"eh Mat tolong pass kan liquid paper tu" kata Amin kepada Mamat yang berada di hujung meja, padahal Zaman di sebelahnya ada namblas batang liquid paper. oke. over pulok!

kita sering mengharapkan pertolongan, kemahiran, malah apa apa sahaja daripada orang yang di luar lingkungan kita. padahal kita tidak sedar bahawa orang di sekeliling kita pun lebih kurang powernya.

saya tidak lah mengajak anda semua untuk mengeksploitasi semua kepakaran, milik dan kemahiran dan apa apa sahaja daripada orang orang disekeliling kita. saya ingin mengajak anda, kenal siapa di sisi anda. tahu kemampuannya. tahu kekuatan, dan kelemahannya, dan yang penting sekali, menghargainya.


faham tak?




korang: faham!
bagus. *senyum*



wassalam alaikum.
Mofar Rahman.