Wednesday, May 15, 2013

Random 40 ribu

Assalamualaikum

i.

hari ini, kelas ICU saya tamat awal. alhamdulillah. setelah lama berhempas pulas menahan psiko dengan kelas ni, yey! habis. jadi saya dan kawan kawan pulang ke rumah dengan berlenggang kangkung. ye lah. dah happy sangat, kan?

dalam perjalanan pulang, kami menaiki van tambang yang bernama masyrut. masyrut tu, tak penuh, tapi driver tu layan je lah. nanti akan ada penumpang yang naik di tengah jalan. jalan sesak di sepanjang highway kampung roller coaster tu. urgh. sabar je lah. nasib baik dah kelas last. perlahannya kenderaan membuat pandangan saya terlempar keluar mencari sesuatu. cari apa? entah lah. saya mencari, dan mencari.

di tepi jalan di wilayah (?) Eletskaya, saya nampak seorang pokcik tua yang membawa dua beg. kiri dan kanannya. satu beg hijau di kirinya, dan merah di tangannya. dia tidak membutangkan kemeja menampakkan perutnya yang bulat comel comel. tetapi bukan itu yang saya cuba cari. saya melihat wajahnya. pakcik tua. berdiri keseorangan di tepi jalan. wajah berkerut. kening rapat seolah membantu mata menghadang cahaya matahari yang menegak di kepala. kepala dipusing kanan dan kiri.

dari mana pokcik ini ya? ke mana nak pergi? ada anak tak? anak dia pergi mana? pokcik ni orang susah kan? pokcik okay?

hurm.

*tukar lagu Next: Katie Herzig: Lost and found*

pokcik hilang dari pandangan.



ii.

saya di dewan lekce. bosan menunggu cikgu, saya melayan facebook. ada satu cerita sedih. cerita apa? kisah Amira dan tupperware sabun cuci nya itu. sedih. bila terbayang pada diri, perit jugalah.

teringat saya dulu. semasa kicik kicik. selalu juga bawa bekal ke sekolah. setiap awal bulan, ummi akan beli kertas bungkus nasi banyak banyak banyak tu. yang warna cekelat tu. setiap pagi ummi cook cook, dan bungkuskan kepada kami adik beradik. saya letak dalam beg plastik, dan sangkut dekat beg. salam dengan ummi, dan ummi kasi wang saku belanja harian. 50 sen.

saya ambil songkok saya, dan letak duit 50 sen di celah songkok tu. jatuh pun, jatuhlah.

waktu rehat, orang pergi membeli makanan. saya duduk di meja makan. makan makanan ummi. zaman saya ketika itu, hampir semua sudah loaded. walau kawan saya yang tinggal di hujung kampung sana, rumah bagai nak roboh, bawa duit banyak ke sekolah. kadang kadang, cemburu juga. haih.

tapi kenapa nak cemburu? saya ada nasi yang ummi bungkuskan setiap pagi, kan?


iii.

kisah saya di hari ibu, ketika umur saya 10 tahun. darjah empat. hari itu, hari rabu. ya. saya masih ingat lagi. hari itu hari rabu.

hari selasa, cikgu memesan kepada kami, untuk membawa gunting, gam, kad manila, dan pensil warna.

hari rabu, ada kelas pendidikan seni. cikgu cakap, hari ni nak buat kad untuk ibu. sebab hari ni, hari ibu. saya  ada sekeping kad manila berwarna merah jambu. saya potong potong kepada segiempat tepat, dan lipatkannya menjadi seperti pintu. di bahagian depan kad saya tulis, "selamat hari ibu". bila dibuka "pintu" kad tersebut, ada lagu di dalamnya. lagu apa? lagu ni:

ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka,
engkau ibu ku selalu.
ibu.. ibu.. engkaulah, ratu hatiku

selepas siap, saya letak dalam beg. sampai dirumah, saya letakkan di atas meja dekat dengan pintu masuk rumah. supaya apabila ummi buka pintu lepas pulang dari kerja, ummi nampak kad saya. heee.

jam sudah hampir pukul 4.30 petang. saya berlari kerumah kawan saya, dan duduk ditangga rumahnya. dari situ, saya nampak rumah saya. dalam jam 4.45, ummi dan abah tiba dirumah dengan motorsikal honda 50 sen itu. ummi buang helmet dan masuk kedalam rumah. saya berdebar berdebar. kelakar sungguh bila ingat balik.

jam 6 petang, bila saya sudah yakin ummi perasan kad saya itu, saya pulang kerumah.

"ummi nampak tak kad ikh atas meja tu?"
"nampak. *senyum* terima kasih ikh"
"heeee."



mata berhabuk.


realitinya, sampai sekarang, saya tak berani cakap saya sayang ummi depan depan. ikut telefon pun tak berani.

kawan cakap, "takpe, diorang dah tahu tu yang kau sayang diorang. action speaks louder than words bro".

tapi sampai bila?

saya balas balik. "diorang ada sekali je kat dunia ni bro. kalau takde, takde lah. akhirat lain cerita"

iv.

sejak kebelakangan ni. saya berfikir tentang sesuatu. isu apa? isu sensitif.

setiap hari, antara exercise yang saya buat, adalah menggerakkan jari telunjuk saya ini, scroll penggelek tetikus saya, turun dan naik di laman sesawang yang tersohor, macam fesbuk, tumblr, dan adalah satu dua lagi.

setiap hari, kita tengok facebook, scroll atas dan bawah, dan tiba tiba ternampak ada seorang kawan dekat situ share gambar, atau video tentang dunia muslim hari ini. gambar sahabat kita. kakak kakak kita. abang abang kita. di syria, di rohingya. di bangladesh. di tempat mana saudara kita ditindas, diseksa, dibakar dan dikelar. dan gambar yang femes sekarang, adalah gambar "this is not Stalingrad".

saya berhenti seketika. mengamati gambar tersebut. tengok kemusnahan yang telah dilakukan oleh orang zalim. hati berdegup. rasa nyilu. terbayang diri berada disitu. ah tersentap!

*scroll lagi untuk post seterusnya*

eh. meymeynyeee kucing ni!

FUH!

cepat sungguh hilang. dimana perasaan hiba tadi? kemana pergi rasa nyilu dan sedih? konsep cubit peha kanan, peha kiri terasa ada tak?

rupa-rupanya, kita sedar. kita juga orang yang sensitif sebenarnya. dan rupa rupanya juga, sensitif kita tu, sensitif 10 saat!

*dush dush diri sendiri*
















okay. jom solat Isyak.

wassalam alaikum.

Mofar Rahman.