Monday, June 10, 2013

Air Pulpy

"Panas sungguh lah hari ni. dah lama tak hujan. adehhh,"
"yo lah dude. kata musim panas. sabor je le."

kawan saya diam. dia meneguhkan langkah kakinya menapak selangkah demi selangkah di Tanah Volgograd, menuju ke kampus utama. saya berada disisinya. kami daripada kuliyah di Hospital Daerah di seberang sana. Petang ini kami ada kelas bahasa Russia. oleh kerana tak mahu menunggu lama untuk mendapatkan van tambang, kami memilih untuk menaiki tram menuju ke destinasi. selesa pun selesa. lambat sikit, tak apalah, kan?

kami melalui satu taman perumahan sebagai jalan singkat untuk ke kampus utama yang terletak di tengah bandar itu. kami hanya berborak tentang beberapa perkara penting sahaja. progress anak anak usrah, bagaimana diorang semua. okay ke tak dengan proses pentarbiyyahan. dia ada juga memberi beberapa nasihat kepada saya. saya terima sahaja dengan beberapa anggukan. hehehe. dengan dia sajalah boleh bincang perkara begitu. maklumlah, dia tu, ikhwah qowi.

matahari pukul 2 petang di musim panas seakan menjirus cahayanya ke atas kami. panas kulit kepala. pedih biji mata menahan sinar. ah. over pulak. padahal kemain lalu bawah pokok dan atap bagai. peh.

setelah 10 minit berjalan, kami tiba diperkarangan bangunan universiti. tanpa segan silu kami masuk ke dalam bangunan dan bergegas menuju ke kantin.

AIR. AIR. AIR!

begitulah bentuk ayatnya kalau saya direct translate kata kata di benak kepala saya ni. alhamdulillah. kantin masih dibuka. airnya masih banyak. hanya kuih muih sahajalah yang tinggal sedikit.

mata kami tertancap ke arah peti ais. banyak air. Bon Aqua. Lipton, Fanta. Sprite. Coke. Pepsi. ah sedap ni kalau teguk di hari yang panas ni.

saya dah set. dah lama betei tak minum air oren bergas ni. nak ambik Fanta orange lah.

tiba tiba.

"aik. mana air Палпи (palpi or pulpy)? takde ke?", wajahnya sedikit kecewa.
saya melihatnya seraya berkata, "ambik jelah fanta ni. sedap jugak kot"

Air Pulpy



dia tengok saya. saya tengok dia balik.

"taknak. aku takkan beli air tu,". lalu dia mengambil segelas jus ceri yang tidak sedap itu dari atas meja sebelah kaunter.

saya tercengang. Allah. lupa. fanta tu juga produk yahudi.

selepas ambil air ceri itu saya pergi duduk dengannya, meminum rezeki kami di tengah hari itu.

"maknanya, dalam apa apa keadaan sekalipun, dahaga macam mana pun, kau takkan beli air tu?"

"bagi aku, aku takkan beli. boikot boh!".

saya tersenyum. kagum.










kagum. kagum dengan pendiriannya. dengan pengorbanannya. mungkin ada yang cakap, alah, air je pun. pengorbanan apa benda.

pengorbanan apa benda ini lah yang orang selalu tewas.

abang kita, kakak kita, saudara kita yang berada di palestin sana, berkorban nyawa, harta, jiwa dan raga, demi menjaga iman, menjaga agama. menjaga tanah Palestin bumi berkat, sehingga nyawa melayang layang. kita disini, sebab dahaga sedikit, terus lupa kepada usaha saudara Islam kita di tanah Palestin sana. mungkin ada antara kalian cakap,

"takpa. dah dahaga sangat. nak buat macam mana"
"moga moga duit aku tu, Israel beli peluru, dan orang tu tembak, tersasar dan tak kena saudara kita. aminn"
"kau ni, taksub sangat lah. dah rezeki ada depan mata, ambik jelah"

orang disana bergadai nyawa menjaga keselamatan saudara semuslimnya, kita disini disebabkan dahaga yang sementara (sebab balik rumah boleh minum air lagi) dah buta semua tu.

"ape menda la kau ni pasal air pun nak kecoh"

sebab itu sahaja lah yang saya mampu. sebab itu yang saya mampu tolong saudara saya. nak harapkan untuk pergi berjihad sana memang tak dapat. kecil pun, kecil lah pendirian saya ni. sekurang-kurangnya saya dapat tolong kurangkan sumber ekonomi Israel, walau hanya 0.000000000000000000001%.




doakan Gaza. doakan Palestin. doakan Syria. doakan sahabat kita walau di mana sahaja.


Allahu Musta'an.


Mofar Rahman