setelah lama saya berjalan jalan di alam maya ni, dari satu tab ke satu tab yang lain. akhirnya saya terkandas disini. duduk lah kejap di blog yang tiada orang baca ni. seronok jugak melayan perasaan.
awas! syaitan celaka akan datang bila berseorangan! jaga jaga!
insyaAllah. saya hanya berseorangan di dalam kepala saya. di depan saya ni ada ni haaa teman sebilik saya yang tengah khusyuk study macam ada final esok. rasa nak tumbuk pun ada. tapi tak elok lah kan. orang buat baik, berjihad. jangan lah disekat. kang nanti orang cakap saya ni geng syaitan. haaa. tak suka orang buat baik. lenguh nak menjawab.
semakin umur saya meningkat, ada banyak benda yang saya belajar tentang hidup ini. perihal lelaki. perihal wanita. perihal cinta. perihal hidup, perihal makanan, perihal nasik, perihal agama, perihal kawan, perihal rahsia, perihal... ah. banyak lah. nanti karang tulis semua, saya pulak yang malas nak baca. panjang sangat siapa suruh.
krik krik.
Pada hidup
saya belajar, kita tidak boleh harapkan sesiapa pun membuatkan kita rasa lagi baik. kita percuma sahaja meminta pertolongan teman, pertolongan kawan baik, ibu bapa, mahupun orang yang kita sayang, tetapi kita jangan sekali, mengharapkan apa yang kita minta tolong itu, akan menceriakan kita. manusia di sekeliling kita mungkin mampu untuk menggembirakan kita, tetapi untuk menggembirakan hati kita itu, kerja kita.
walau sebersungguh mana pun orang disekeliling kita untuk membuatkan kita rasa lagi baik, andai kata kita tidak mampu menerima usaha mereka, maka, hanya tersekat di luar sahaja. tidak ada yang mampu menceriakan mahupun mencederakan hati kita, melainkan kita sendiri yang membuka pintu untuknya. bukanlah saya ini seorang yang loser (mungkin.. hmmm...) ataupun orang yang menyerah kalah, ataupun lemah... tetapi saya rasa saya lebih membuka pintu kepada anasir luar yang merosakkan saya, memunah ranahkan hati saya, untuk masuk ke dalam saya, dan memberi kesan kepada saya.
anasir anasir luar yang masuk kedalam hati saya dan merosakkan saya, melarut hati saya sedikit demi sedikit buahahahaa.... (suara hantu) *gedunggedanggedunggedang*
tiada lah exactly begini. tapi korang semua faham lah kan.
ingat. semua orang yang ditimpa kesusahan, diberi dua pilihan; samaada untuk terus bermuram durja seperti celaka, ataupun menyambutnya dengan senyum dan syukur.
saya selalu berpesan kepada diri untuk selalu memilih senyum, dari memilih sedih. tetapi disetiap selalu itu lah, saya gagal.
Perihal wanita.
amaran awal. perihal wanita ini saya cuba membuang jauhjauh sikap prejudis dan menghakimi. dan juga perihal wanita ini bukan untuk saya ceritakan mana mana fomfuan. ini adalah random.
entoh entoh laki. ye dok? hiks
pada saya, wanita ini adalah satu organisma yang kompleks, dalaman dan luaran. kompleks emosi perasaan perlakuan dan sebagainya. tidak lah saya cakap yang fomfuan ini adalah makhluk asing. tetapi apa yang saya ingin ketengahkan adalah, wanita ini, di dalam kepelikannya, dan kesulitan akal fikirannya, mereka sempurna.
selepas saya tamat cycle obstetrics tempoh hari, saya berasa wanita adalah makhluk yang unik. keseluruhan tubuhnya berfungsi untuk menyokong sesuatu yang lain. dan di dalam mereka ada satu organ yang power, iaitu rahim, yang boleh menyimpan dan mengandungkan seorang, ataupun dua manusia selama 9 bulan di dalam mereka.
saya bagi contoh, apabila seseorang wanita itu mengandung, keseluruhan tubuhnya akan memberikan respon atau tindakan yang terbaik untuk menjaga kandungannya. seorang ibu akan mengalami perubahan fizikal serta pergolakan hormon di dalam tubuh, semata mata untuk menormalisasikan keadaan di dalam kandungannya. kalau anaknya itu perlukan gula, si ibu akan berkorban dan memberikan gula yang ada pada dirinya, untuk anaknya, sehingga menyebabkan si ibu mengalami sindrom kurang gula. Allah telah menjadikan wanita sebagai agen pelindung terbaik, di mana mereka menerima segala cubaan semasa mengandung, termasuk lah pengsan, muntah, loya, allergic, tidak sihat, demam, sakit, pendarahan. semua. asalkan kandungan mereka, tenteram.
itu baru satu contoh.
kompleks dalaman?
semua wanita sekilas pandang, kita akan nampak mereka cantik. ayu. lemah lembut. comel. mengada ngada gitu. tetapi bila kita masuk dalam kepala dia.
nah!
nah! (sekali lagi)
kalau kita nampak seorang perempuan tu, macam rileks, macam tiada masalah, semua okey. semua bisa diurus-ya-dong, jangan tertipu. mula sahaja mereka membuka cerita di dalam kepalanya, maka... anda akan terbayang lah gambar diatas.
horror.
tetapi. semua itu adalah penting untuk keseimbangan. biarpun pemikiran mereka, selain untuk menjahanamkan segala sense di dunia ini, mereka juga penting untuk kita mengurus kehidupan kita. (baca kita tu lelaki). memang hidup kita akan lebih santai, tetapi pada masa yang sama kita akan tertinggal banyak benda benda kecil, yang mungkin penting untuk kita, tetapi kita terlepas pandang.
gituhhh.
Julius Rock di dalam siri "everybody hates chris" pernah cakap
1. one thing bout women. they make no sense.
2. whatever she does, she is always right. even when she is wrong.
3. even if we are in the right side, we still need to apologize for being right. even they are wrong.
4 seasons. 88 episodes. letih nak pulun. membazir masa betul!
Terry Crews aka Julius Rock.
nampak tak permainan dia?
apapun, tanpa wanita, tiadalah kita di dunia ini. tanpa ibu saya, siapa lah saya.
okey. itu sahaja lah kot. banyak lagi perihal lain yang saya nak tulis. tapi malas. lagipun mata dah mula panas panas ni. lain kali sahajalah ea. heeee
p/s
1. awek awek jangan lah marah ya. itu cuma pandangan saya.
2. saya tak study malam ni. walau esok kelas ada test. takda mood. tengok. saya memilih nak muram. haish!
3. saya tengah sedih.
Fastabiqul Khairat,
Mofar Rahman





