Assalamualaikum
nama saya, New balance CM1500CB. daripada nama saya, saya rasa cikgu boleh agak, saya adalah sepasang kasut. tempat kelahiran saya adalah di negara polis dunia, Amerika Syarikat. di dalam senarai pengeksportan, nama saya dibawah pakej yang akan dieksport ke Jepun. setelah dua hari penghantaran pantas dilakukan, saya tiba di Pelabuhan Okiyama di selatan Tokyo.
di bandar pesat Tokyo, saya telah dipamerkan sebagai model terbaru. semua orang melihat saya, menggosok, mencuba dan menghentak saya. ada juga yang menggayakan saya dihadapan cermin. kebanyakan semua orang tersenyum. dan saya tersenyum riang.
akhirnya, setelah seminggu menjadi bahan pameran, saya dibeli oleh seorang remaja lelaki bernama Izusu Ryuuji. dia memakai saya, berlari bebas. menjaga saya dengan baik sekali. saya berasa sangat gembira.
tetapi cikgu.
saya ada cerita lain.
seperti yang tertulis diatas, nama saya Abu Raihan. saya dilahirkan di Kampung Rahmat dekat sini. saya tinggal bersama keluarga saya disini. dalam keluarga saya, hanya saya, ayah, dan emak. kami sangat bahagia. kami. pernah bahagia.
beberapa tahun lalu, ayah saya mendapat kerja di syarikat swasta di pusat bandar. keluarga saya bahagia. sangat bahagia. untuk beberapa lama, saya merasakan keluarga saya cukup. cukup makan, cukup rezeki, cukup kasih sayang. ayah tidak pernah tidak mempedulikan saya. selalu bermain bersama. emak pula cukup dengan kasih sayang. saya rasa saya manusia paling gembira di atas muka bumi.
tetapi cikgu, sejak tahun lepas, ayah mula sibuk. makan minum dekat rumah saya, semua tidak tersusun. selalu sahaja barang tidak mencukupi. ayah pula selalu pulang lewat malam dengan penat. ayah mula tidak pedulikan saya. kerja sekolah saya semua dia tolak ketepi. biasa dia yang memeriksa. saya selalu tengok emak dan ayah saya bergaduh. emak saya selalu menangis. ketika mereka bertengkar, saya cepat cepat masuk kedalam bilik dan mengunci pintu dan menutup telinga saya dengan bantal. saya tidak mahu dengan ayah emak saya bergaduh.
sampai hari ini, ayah masih bermasam muka dengan emak. saya pula tersepit di tengah tengah.
saya tidak tahu, antara kisah saya, dengan kisah New Balance itu, mana satu yang cikgu lebih berminat. tetapi, kedua duanya, masih karangan autobiografi, kan cikgu?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
agak agak, ada tak budak sekolah buat karangan macam ni?
fikiran merapu. tidak ada kaitan pun dengan hidup atau yang mati. idea ini saya terfikir dalam perjalanan ke kelas, minggu lalu setelah melihat sekumpulan kanak kanak bermain di taman. setiap seorang bergelak ketawa. masing masing seakan bahagia, bermain bersama. dan saya terfikir, semua senyuman itu, wujudkah di mana mana? atau hanya bersama rakan sahaja?
itu kanak kanak. kita?
.
titik.