Friday, February 15, 2013

Entahlah

Assalamualaikum

malam ini, dengan tidak semena mena, mood saya untuk menulis datang, biarpun di dalam kepala saya kosong. berhabuk. tiada idea. kontang. ah.

selepas menekan button oren yang ada gambar pensel tu, saya mula bertanya pada diri saya.

"then, what?"






dan seperti biasa, saya diam.












ketika saya diam.. saya terdengar beberapa lintasan suara.

"...... sebab kau tak mahu berubah! seorang muslim tidak akan jatuh pada lubang yang sama dua kali!....."
"....mulut kau ya Rabbi. penuh dengan sumpah seranah...."
"....InsyaAllah, ada rezeki kita nanti. awak sabar, ya!... tunggu saya!.."
"..... baby Hanna selamat, alhamdulillah!...."
"...... ana percayakan anta. anta boleh buat. anta boleh lalui semua ini!..."
"...jangan sakitkan saya. jangan sakitkan saya lagi... tolong..."
"....ummi bangga dengan semua anak ummi..."


kalau diimbas kembali, apa jenis hidup yang telah saya lalui. sudah hampir 23 saya meminjam sebatang tubuh daripada Allah. adakah saya berpuas hati dengan hidup saya sekarang? erm. tipu kalau saya katakan "ya, saya berpuas hati".


entahlah.






























tolong. saya hilang imbangan
tolong, tangan saya mahu terlepas
jangan biar saya jatuh
bantu saya. kuatkan pegangan
tolong, ingatkan saya tentang mujahadah
tolong jangan biar saya leka dengan dunia
tolong sogok kepala saya dengan ilmu Tuhan
tolong, jangan biar saya lupa sirah Muhammad SAW
ingatkan saya tentang matlamat hidup
tolong, jangan bagi saya jatuh!






















saya rindu keluarga saya.

sekian.