Assalamualaikum
Situasi satu:
untuk bersyukur atau tidak, itu bukan pilihan lagi bagi setiap muslim, malahan untuk setiap manusia hidup. siapa tidak mahu bersyukur? buat dunia sendiri lah. buat nikmat sendiri, buat syurga neraka sendiri. mampu?
alhamdulillah. hari ini sudah minggu kedua saya belajar di kelas yang sangat amatlah jauh sekali yang teramat. lebih kurang satu jam perjalanan, baru sampai ke destinasi. tidak ditambah lagi dengan jalan hampir 500m yang dilitupi ais. dengan dramanya meredah lekuk lekak licin, tak masuk lagi berlari anak, tarian 'eh ah eh ah' serta menjadi anak penguin. begitulah serba sedikit trailer perjalanan saya ke kelas hari hari. sampai ke kelas sudah pancit. haih.
saya ada berbual dengan kawan saya ketika berjalan pulang dari membeli sushi dari sebuah kedai berdekatan dengan asrama. saya tanya dia, macam mana kelas dia hari ini. wajahnya kelihatan pasrah. dia memberitahu, "entah lah. aku berusaha pun, tiada guna juga. hari hari kena hentam. walau aku dah study banyak banyak banyak banyak, orang yang dia mark, aku juga"
saya mula berfikir. saya ingin menduganya. "habis tu malam ni kau nak belajor ke tidok?"
dia masih berjalan melihat ais ais sambil membimbit beg plastiknya, "kadang kadang aku letih. berusaha tiada guna. orang lain macam.. rilek je tak kena dengan cikgu tu. walau aku dah berusaha, tapi aku masih kene hentam. aku dah penat dah."
saya diam. membiarkan dirinya itu melayani perasaannya.
Situasi tiga:
"abang, saya ada satu soalan, pasal taqdir, qada' dan qadar. kita ni, hidup dekat dunia, macam, dalam blur. kita tak tahu apa kesudahan kita nanti. sebab, mungkin kita berusaha berusaha berusaha, tapi bila Allah dah takdir kan kita masuk neraka, neraka lah juga akhirnya. jadi apa pointnya kalau kita berusaha di dunia sekarang, kalau takdir kita di neraka? malahan ada orang lain perangai macam setan. tapi takdirnya di syurga. kita ni yang lelah. sebab pengakhiran kita kabur. macam mana tu abang?"
saya terkedu.
*krikk krikkk krikkkkk*
Pikiran saya:
memang, rezeki kita kabur. tak jelas langsung. tiada siapa yang boleh menjangkakan. kemana pengakhiran kita. kita tidur di penghujung hari dalam keadaan gembira, atau sedih. masih hidupkah kita di saat itu atau tidak. ke mana hala tuju roh kita selepas mati. syurga kah? atau neraka jahannam? memang sangat tidak nampak.
kalau kita berusaha sehabis baik, esoknya dihentam juga. kita keluar seawal mana sekalipun, akhirnya naik bas sekali dengan kawan kita yang keluar jauh lagi lewat daripada kita. kita berusaha berbuat baik setara mana pun di dunia ni, ditakdirkan oleh Allah kita tergelincir di hujung nyawa, ke neraka lah kita. kita tidak tahu.
jadi, buat apa kita berpenat lelah berusaha untuk mendapat kebaikan sedangkan kita tidak tahu kita habis dimana, kan?
hiks.
biarpun begitu, Allah sudah bagitahu. kalau tidak berusaha, membuat kerosakan dimuka bumi ini, tanpa bertaubat, maka ke neraka lah pengakhirannya. tetapi kalau kita berusaha, harapan untuk memasuki syurga dan mendapat nikmat keredhaan Allah itu pasti ada.
mahukan analogi mudah? baik!
katakanlah, pada hari ini, cikgu Matematik Johan memberitahu kelasnya bahawa esok diaorang akan ada ujian. malam itu, Johan belajar bersungguh sungguh sungguh. walau dia tidak tahu bagaimana keputusannya nanti, tetapi Johan tahu, kalau dia tidak belajar, dia pasti gagal. GAGAL!
begitulah, serba sedikit perihal tentang hakikat qada' dan qadar. mahukan ilmu yang lebih? carilah sendiri! dan kongsi!
jadi, untuk meneruskan kehidupan, setiap hari saya keluar awal juga. merempuh dingin angin dan jalan licin. sebab saya percaya akan ada rezeki untuk saya nanti. kalau tidak mendapat bas awal sekalipun, mesti ada rezeki di dalam bentuk yang lain. lagipun, saya suka guna kata kata ni. "keluar daripada rumah awal atau lambat, itu usaha. dapat bas cepat atau lambat, itu rezeki".
dan!
baru sahaja tadi, saya ke bilik kawan saya yang muram tadi. saya melihat dia terpaku di meja belajarnya. membuat nota dan belajar dengan lebih bersungguh sungguh nampak gayanya. alhamdulillah. dia masih kuat.
*senyum*
kalaulah Tuhan membukakan hijab untuk manusia melihat pengakhiran sesuatu perbuatannya, sudah tentu dunia ini akan jadi boring.
kalaulah juga, esok itu bukan lagi teka teki untuk kita, sudah tentu hidup ini tiada lagi cabarannya, kan?
wassalam.
:)

olololo... omeyomey nyooo anak penguin jalam jalam hekhek!
(oke gedik. babai semorang)
saya keluar daripada asrama, lebih kurang pukul 7:15 pagi setiap hari. angin sejuk, jalan licin. matahari entah ke mana. meredah lah saya dengan kawan saya seorang ini. berjalan ke stesen bas yang sejauh 500m++ itu. hampir setiap pagi. sampai saya berasa boring untuk berjalan. rasa nak meluncur jeeee. tapi sabor, sebab kalau saya meluncur, baju saya kotor. jadi terpaksalah saya ponteng kelas. eh?
nak dijadikan cerita, dalam 7:30 kami tiba di stesen bas untuk mengambil pengangkutan ke kelas saya yang jauh yang teramat itu. tunggu punya tunggu, tiba tiba datanglah kawan saya yang lain terhegeh hegeh. ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 7:45. dalam beberapa minit selepas itu, baru sahaja bas kami datang, dan kami naik bersama sama. dan perkara ini berlaku berkali kali juga lah, sampai saya terfikir, kawan saya ini mengamalkan ilmu magis ke sampai boleh jangka dengan tepat waktu, dan sebagainya. hiks.
kadang kadang saya terfikir. kalaulah saya keluar lambat sekalipun, tak ubah apa apa. walau kawan saya yang bila saya nak keluar dia masih bertuala dengan rambut macam Son Goku. saya keluar awal awal pun, tiada guna. sebab pada akhirnya, dengan dia juga saya naik bas. dia rileks keluar lewat. saya pula yang bangun awal, keluar awal ni yang gelabah.
sabar.
Situasi dua:
saya ada berbual dengan kawan saya ketika berjalan pulang dari membeli sushi dari sebuah kedai berdekatan dengan asrama. saya tanya dia, macam mana kelas dia hari ini. wajahnya kelihatan pasrah. dia memberitahu, "entah lah. aku berusaha pun, tiada guna juga. hari hari kena hentam. walau aku dah study banyak banyak banyak banyak, orang yang dia mark, aku juga"
saya mula berfikir. saya ingin menduganya. "habis tu malam ni kau nak belajor ke tidok?"
dia masih berjalan melihat ais ais sambil membimbit beg plastiknya, "kadang kadang aku letih. berusaha tiada guna. orang lain macam.. rilek je tak kena dengan cikgu tu. walau aku dah berusaha, tapi aku masih kene hentam. aku dah penat dah."
saya diam. membiarkan dirinya itu melayani perasaannya.
Situasi tiga:
"abang, saya ada satu soalan, pasal taqdir, qada' dan qadar. kita ni, hidup dekat dunia, macam, dalam blur. kita tak tahu apa kesudahan kita nanti. sebab, mungkin kita berusaha berusaha berusaha, tapi bila Allah dah takdir kan kita masuk neraka, neraka lah juga akhirnya. jadi apa pointnya kalau kita berusaha di dunia sekarang, kalau takdir kita di neraka? malahan ada orang lain perangai macam setan. tapi takdirnya di syurga. kita ni yang lelah. sebab pengakhiran kita kabur. macam mana tu abang?"
saya terkedu.
*krikk krikkk krikkkkk*
Pikiran saya:
memang, rezeki kita kabur. tak jelas langsung. tiada siapa yang boleh menjangkakan. kemana pengakhiran kita. kita tidur di penghujung hari dalam keadaan gembira, atau sedih. masih hidupkah kita di saat itu atau tidak. ke mana hala tuju roh kita selepas mati. syurga kah? atau neraka jahannam? memang sangat tidak nampak.
kalau kita berusaha sehabis baik, esoknya dihentam juga. kita keluar seawal mana sekalipun, akhirnya naik bas sekali dengan kawan kita yang keluar jauh lagi lewat daripada kita. kita berusaha berbuat baik setara mana pun di dunia ni, ditakdirkan oleh Allah kita tergelincir di hujung nyawa, ke neraka lah kita. kita tidak tahu.
jadi, buat apa kita berpenat lelah berusaha untuk mendapat kebaikan sedangkan kita tidak tahu kita habis dimana, kan?
hiks.
biarpun begitu, Allah sudah bagitahu. kalau tidak berusaha, membuat kerosakan dimuka bumi ini, tanpa bertaubat, maka ke neraka lah pengakhirannya. tetapi kalau kita berusaha, harapan untuk memasuki syurga dan mendapat nikmat keredhaan Allah itu pasti ada.
mahukan analogi mudah? baik!
katakanlah, pada hari ini, cikgu Matematik Johan memberitahu kelasnya bahawa esok diaorang akan ada ujian. malam itu, Johan belajar bersungguh sungguh sungguh. walau dia tidak tahu bagaimana keputusannya nanti, tetapi Johan tahu, kalau dia tidak belajar, dia pasti gagal. GAGAL!
ye. ye. saya tahu. takperlu lah nak besookan lagi. terima kasih bebanyak.