Tuesday, April 02, 2013

Kering

Assalamualaikum

sekarang saya sedang menjalani cycle internal disease. yep. satu cycle yang agak rileks. sampai hampir setiap malam saya boleh melagha. ish ish. jangan tiru saya ya kawan kawan sekalian. anda semua tahu benda ni tak bagus. jadi, jangan contohi saya. saya pun sedang berusaha untuk berubah ni.

doakan saya! >.<

cycle saya sebelum ini adalah, cycle Medical Psychology. satu cycle yang membolehkan pelajar pelajar sini merehatkan fikiran. hari hari ada perbincangan dengan cikgu. duduk dihadapan kelas, dan bentangkan idea kita, tentang satu satu perkara. perkaranya pula, tidaklah terlalu spesifik. semua adalah umum. semua boleh direka. digebang. dicampur aduk. di lawak. di menipu. semua diterima, diguna pakai. dan tiada satu idea pun di tolak oleh cikgu. sebaliknya apabila terkeluar perkataan yang pelik pelik ketika perkongsian, dia akan higlight perkataan tu, dan menjadikannya satu topik baru, untuk dibincang dengan lebih mendalam. jadi, apakah topik topik tersebut? banyak.

will
behaviour
emotion
perception
intellectual
personality
memory
dan lain lain. malas saya nak list semua.

dan. begitulah serba sedikit tentang kelas itu.








oh. lupa topik asal. jom kembali ke kelas Medical Psychology tu.

*kembali ke kelas*


baiklah dalam cycle itu, setiap hari biasanya, ada satu test personaliti. setakat mana psikologi kita, bagaimana kualitinya, bagaimana kita mengawal emosi, adakah kita ini terlalu mengharapkan orang lain, ataupun mampu berdikari, dan sebagainya.

dan dalam salah satu test tersebut, ada soalannya begini:

"adakah ketika awak memerlukan teman, ada orang untuk awak?"
"ketika awak menghadapi masalah, ada orang datang tolong awak?"
"pernahkah awak mengharapkan ada orang tolong awak, ketika awak dalam kesusahan?"


ergh soalan ni.


saya cuba menjeling jeling ke dalam kertas jawapan kawan yang duduk disebelah kiri dan kanan saya, jawapan apa yang dia tulis. skalanya, begini.

kalau 5, itu termantob. 1 itu sangatlah tidak boleh blah.

saya terkejut melihat jawapan kawan kawan saya. mereka menjawab ketiga tiga soalan itu, dengan 1.

saya pun, terbang ke alam flash back saya. kalau diingat balik, kami selalu ada bersama, kami selalu bergelak ketawa, membincangkan satu satu hal. berlawak bersama, gila gila bersama.

tetapi, hakikatnya senyuman, hanya senyuman. gelak ketawa, hanya di muka, di bibir. kemesraan itu, hanya ketika gembira. hanya ketika, dibenarkan sahaja. ukhuwah yang disangka manis, rupa rupanya, hanya luaran sahaja. hanya ukhuwah ketika gembira. apabila sedih, kita menjadi seorang. bila memerlukan, kita kembali kepada diri kita sendiri. memang akhirnya, kita akan sendiri juga, kan? berseorangan. gelap. dan sayu.

saya memandang kedua dua kawan saya itu. kedua duanya masih sempat berlawak dengan saya. bergurau. tetapi apabila mata tertancap kembali kepada kertas jawapan itu, muka kembali sugul. saya pun begitu juga.

anda, lihatlah orang di sekeliling anda. anda mungkin rasa, anda telah buat yang terbaik untuk semua orang. dan semua orang itu, menerima anda dengan gembira, nafas lega, dan sebagainya. tetapi, setakat manakah itu semua benar? setakat manakah itu semua boleh diaplikasi dalam hakikat?

saya tidaklah mengajak anda semua untuk sangsi dalam ukhuwah yang telah dibina. tidak. tidak sama sekali. saya ingin mengajak anda semua berfikir, setakat manakah real nya ukhuwah yang anda ada sekarang? adakah hanya ketika anda gembira, atau pada setiap masa. kalau sudah dapat jawapannya, muhasabah diri, dan perbaiki.

jangan tunggu saat yang sesuai. make the moment.

jangan tunggu ukhuwah sempurna, jadilah penggerak kepada ukhuwah yang sempurna. kalau ukuwah anda kering, jadilah pembasahnya. anda yang kena cuba berubah. sebab nak mengharapkan kawan kawan anda yang lain, saya rasa, anda sendiri tahu jawapannya.

oh. lupa. jawapan saya kepada semua soalan itu adalah 1.









titik.





anda berada di dalam ukhuwah yang bagaimana ya?