Assalamualaikum
selepas puas melepak dan membuang masa di lawan sesawang yang sangatlah meluas ni, saya terjumpa satu kata kata yang menarik yang betul betul menarik minat saya. saya scroll scroll, dan saya terlihat satu kelibat susunan perkataan di dalam barisan yang disusun rapi. saya terberhenti tanpa sebab dan terasa, ingin tahu. saya gelek roda tetikus saya kembali ke atas. dan saya disajikan dengan kata kata ini.
kata kata ini berjaya membuat saya berfikir untuk beberapa lama. benar, sekilas pandang, memang sudah tahu maksudnya. tetapi saya cuba kerutkan kening dan membuat muka poyo. ah. dalam.
subtle disini bermaksud sesuatu yang sangat susah, dan mustahil untuk dijangka, dianalisis, atau diterangkan.
betul, kan? perancangan Allah semua orang tidak boleh agak. kalau siapa boleh agak timeline Allah untuk setiap hambaNya, dia itu memanglah seseorang yang sangat power dan pelik. tiada siapa boleh agak apakah yang terjadi pada dirinya setelah berlaku sesuatu.
"hari ini aku berusaha lebih daripada biasa, sudah tentu aku akan diberi ganjaran yang setimpal dengan aku, kan?"
tettt!
jangkaan sebegitu pun salah. tiada siapa yang dapat mengagak rezeki seseorang. tiada seorang pun tahu apa jalan cerita Allah sudah susun untuknya. kemana jalannya, dan apa keputusannya. semua masih rahsia. esok masih rahsia. satu jam selepas ini masih rahsia, satu minit, walhal satu saat selepas ini pun masih rahsia. adapun kalau Allah mahukan sesuatu terjadi kepada si fulan itu, maka jadilah. diberikan sebuah kereta secara tiba tiba, diberi wang banyak secara tibatiba, ataupun mati secara tiba tiba.
semua boleh berlaku di dalam masa 1 saat, apatah lagi yang berlaku pada masa depan?
tetapi, rahsia Allah yang memegang masa depan ini, tidaklah menyekat hambaNya daripada merancang. manusia disuruh berusaha sehabis baik, dan mengiringi segala perih dengan tawakal. bab kata orang, kita yang merancang, Allah yang menentukan. Allah kan, Perancang dan Penentu yang terbaik semua segala sesuatu, kan?
kemungkinan yang berlaku kepada seseorang itu, tidak baik dan tidak membawa keuntungan pada pandangannya, tetapi setelah sekian lama, dia mula berfikir, dan mula berserah. setelah itulah baru dia mula memahami, bahawa apa yang terjadi, adalah yang terbaik untuknya. inilah yang dikatakan, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. ya. pasti. hikmahnya pasti sampai ke dalam hidup kita, atau kotak pemikiran membuatkan kita lebih redha, dan bersyukur. soalnya, hanya masa yang menentukan bila hikmah itu datang menjengah.
ada sesetengah orang, dia dapat menganilisis sesuatu, dan terus menerimanya dengan redha.
"kalau berikan aku itu dan itu, semestinya aku menjadi hamba yang tidak bersyukur. ini adalah yang terbaik untuk diriku"
alhamdulillah, cantik imannya.
saya pernah mendengar kata kata, yang membawakan maksud, kita tidak mungkin tahu apakah rahsia dan sebab Allah menimpakan sesuatu kepada kita. yang kita dapat merasa, hanya lah kesan, dan hikmahnya. sebab sebenar, Allahu'alam.
pendek kata, Allah itu Pemilik masa depan, Pengatur jalan cerita hambaNya. Dia tidak memberikan sesuatu yang jelas untuk kita pada hari esok. Dia mahukan hambaNya untuk menjadi yang terbaik dalam segala hal, dan lebih bersedia untuk masa depan. segala tindak tandukNya sentiasa memberikan hikmah kepada hambaNya, tidak kiralah ujian hambaNya itu bagaimana, semua itu pasti membawa kepada kebaikan kepada dirinya.
dan membawa dirinya, lebih dekat kepada Tuhannya.
sekadar pendapat.
*menghembus nafas*
saya akan mula tidur selepas ini. apabila saya bangkit esok insyaAllah, maka official cuti winter saya sudah habis. setelah dimuhasabah kembali apa yang saya lakukan sepanjang tempoh sepuluh hari tersebut, masa masa saya, cuti saya tidak lah diisi dengan indah. tetapi, setidak-tidaknya saya tidak merasa bosan. semoga Allah ampunkan dosa dosa saya sepanjang saya melagho. amin.
wassalam.

“Allah’s planning is ever subtle, may not be immediately understood, but always wise.”