Assalamualaikum
malam ini, saya berada di antara dua sahabat. mereka berborak sakan. masing masing bersungguh sungguh bercerita cerita masing masing. berkongsi. bagus. saya?
saya diam sahaja. dan senyum.
pada awalnya, saya mendengar lagu Aizat - Sungai Lui. lagu ni, memang saya suka. muziknya, suara si Aizat. ah suka lah.
tiba tiba fokus saya terbabas. mata saya tertancap kepada dua orang sahabat ini. dua duanya sangat serius dalam berborak, dengan suaranya. air muka, ah malas saya nak olah. saya buat buat pakai earfon, dan cuba curi curi dengar perbualan mereka. benda apa sangatlah mereka borakkan itu.
si A: eh, kau tau tak, lepas aku balik daripada gym hari tu aku rasa sakit kaki lah sam-
(belum sempat si A menghabiskan ceritanya)
si B: ha ah aku pun macam tu jugak sakit sini kalau aku jalan..
(si A masih meneruskan ceritanya)
Si A: ...kalau aku jalan sini sakit bahagian ni....
(si B juga tidak putus asa "mempersembahkan" ceritanya)
Si B: hari tu aku pergi tempat tu oke je takde apa apa masal-
Si A: lain kali aku kene buat stretching dulu ko-
Si B: kalau aku sebelum start work out aku akan buat ni de-
Si A: nanti lah aku n-
Si B: ha ah esok kita per-
selepas beberapa ketika, dua dua kelihatan puas, selepas bercerita. dan diam.
saya?
masih lagi diam. tekan "play" dekat winamp ni, musik Aizat bertandang lagi di telinga saya.
dan saya senyum.
saya terfikir. dua dua galak berborak, masing masing ada cerita, nak dikongsi, nak dibobebobe kan. dua dua bercakap, dua dua meluah. tetapi, saya ragu, siapa yang ingin mendengar, kalau dua dua asyik bercakap, bercerita.
saya ada dengar pepatah yang diungkap oleh siapa entah. tapi saya suka, dan saya pernah tuit.

ini bukan kali pertama. dah banyak kali. dah selalu. dah bosan. saya perhatikan kawan kawan saya, orang orang disekeliling saya. hampir semua begini. semua orang ingin bercakap. kalau ada seorang pemecah suasana, membuka ceritanya, yang lain pula kelihatan matanya membeliak, mulutnya terkebil kebil. sebaik sahaja seorang itu menamatkan ceritanya, yang lain pula terus menyambungnya dengan bercerita tentang diri masing masing. ada yang berlumba lumba ingin "berkongsi"cerita masing masing. kadang kadang buat senyum. adakalanya, menakutkan saya.
kembali kepada perkara asal, kalau semua orang memilih untuk bercakap, dan bercerita, siapa pula yang memilih untuk mendengar?
saya. saya pilih untuk mendengar.
titik.