Assalamualaikum
You don’t
buy respect. You gain it.
Siapa setuju?
Saya! Tapi, betulkah respect itu boleh dibeli?
Ada seorang
lelaki yang belajar di luar negara sana. Dia tinggal di asrama yang telah
dikhaskan oleh kerajaan untuk pelajar tempatan. Dia merupakan pelajar tahun
kedua terakhir. Boleh dikatakan dia pelajar senior lah dekat situ, kan? Nak dijadikan
cerita, satu hari ada sekumpulan pelajar baru telah masuk ke asrama tersebut
dan mereka telah ditempatkan di bilik baru masing masing. Si senior itu tadi
terasa dia perlu untuk berbaik dengan pelajar baru. Jadi dia pergilah melawat
adik adiknya yang baru sampai itu. pada awalnya, mereka membahasakan diri
mereka sebagai saya, dan senior itu sebagai abang. Dan mereka berasa selesa. Selepas
hari itu, mereka selalu berjumpa dan bertegur sapa seperti biasa, walaupun
tidak berborak. Selang beberapa minggu tergerak hati si senior untuk melawat
adik adiknya itu. dan kali ini, adik adiknya itu, telah membahasakan dirinya
yang sebelum ini adalah saya kepada aku, dan kau kepada si senior yang sebelum
ini dipanggil abang.
Si senior
itu berasa terkilan. Hasratnya untuk bermesra mati di muka pintu. Dia memusingkan
langkahnya dan pulang ke biliknya dengan hati yang tidak sedap.
Agak agak
kalian, apa yang ada di dalam fikirannya?
“aku
sebagai seorang senior, kau junior patut hormat aku”
“aku baik
kot dengan kau. Aku buat salah ape dekat kau. Pernah aku panggil kau, ‘kau’?
aku panggil nama kau”
“aku jaga
kau kot. Aku ajar kau macam mana nak hidup dekat tempat baru ni. Aku beza
dengan kau 5 tahun okay. Dude!”
“aku kan…
Dah!
Siapa diri
kau yang sebenarnya? Kenapa kau hendak dihormati? Siapa?
Jangan kau
mengharapkan hormat dari manusia, jika Allah sendiri kau tidak hormat. Jangan kau
berasa diri kau hebat sangat kalau Tuhan yang ciptakan kau pun, kau lupa.
“eh, aku
hormatlah Allah. Aku tak tinggal apa yang dia suruh!”
Kau yakin? Mari
aku tunjuk.
Kau bangun
pagi, ada sebut Alhamdulillah? Kau mulakan hari kau dengan apa? Facebook? Kerja
sekolah? Ataupun quran? Kau buat dosa, kau tak fikir Allah tu ada? Kau solat,
tapi dalam hati kau ada apa? Kau menghabiskan masa lapang kau dengan apa? Siapa?
Jangan kau fikir setiap saat yang Tuhan berikan pada kau adalah sia sia.
Sahabat.
Manusia dilahirkan
untuk dua tujuan. Menjadi abid, dan menjadi khalifah di dunia yang maha
sementara ini. Manusia juga dilahirkan untuk menjalani dua hubungan yang azali,
iaitu hubungan dengan Allah (hablun minallah), dan juga hubungan dengan manusia
(hablun minannas). Kalau seorang abid itu cemerlang hubungannya dengan Allah,
dan juga dengan manusia, wah. insyaAllah bahagia hidupnya. Kalau seseorang
khalifah itu baik dengan manusia, tapi curang pada Tuhan, hancur. Kalau seseorang
manusia itu hanya baik pada Tuhan, tetapi paranoid dengan manusia lain, lebur. Kalau
seseorang insan itu hancur dengan manusia, lebur dengan Tuhan, lagilah musnah!
Kalau seseorang
itu tahu seimbangkan itu, alangkah indahnya dunia. Sudahlah baik dengan
manusia. Dibantu pula dengan rahmat dan ihsan Allah, masyaAllah. cantik. Semua kebaikan
pulang kepada dirinya. Doa daripada orang sekeliling, doa dari pada malaikat,
semua kebaikan yang diperoleh pada seorang manusia, semua pulang kepadanya. Termasuklah
hormat, bersama kasih sayang.
Lagipun,
apa sangatlah hormat daripada manusia, bukan? Kalau hormat itu membawa kebaikan
kepada kita selepas mati, Alhamdulillah. Kalau untuk kemegahan hidup sementara
di dunia ini, saya rasa tidak perlu. Kalau manusia hidup dengan kehormatan
disebabkan ketakutan kepadanya semasa hidupnya, hormatnya itu hilang selepas
dia mati. Kalau manusia itu hidup dengan kehormatan yang dia peroleh hasil
daripada nikmat dan rezeki Allah kepadanya, maka itu adalah kebaikan padanya.
Bagi saya, baiklah
kalau nama ini biarpun tidak tersohor di dunia di tanah rata di gunung ganang,
asalkan bergema bernyanyian dipuji di atas langit sana oleh para malaikat dan
makhluk Allah di atas sana. Ia lebih kekal sekiranya nama kita cantik dan
dihormati disisi Tuhan.
Allah, engkau
Maha Cantik.
Wassalam.
Awan Putih.