Saturday, October 27, 2012

Hujan renyai pada petang itu membasahkan bandar Volgograd. membasuh bangunan, melalui celah celah bangunan batu binaan manusia yang tidak pernah dicapai air setelah sekian lama bandar bersejarah itu kering. jalan yang sebelum ini berdebu halus, berterbangan ke sana sini, kini sudah basah dibasahi air yang kian lama kian melimpah. sistem perparitan di bandar Volgograd tidaklah cukup efisyen untuk menampung limpahan air hujan yang lebat. tidak kurang 30 minit sahaja, air sudah mula bertakung dipinggir jalan.

para pejalan kaki masing masing mempercepat langkah. untunglah siapa yang berpayung. lihat sahaja di mana mana stesen bas di tepi jalan. semua penuh dengan batang tubuh manusia. ada yang berwajah sugul. ada yang tunduk merenung air yang mengalir di kaki.

langit mendung di atas sana menjadikan bandar Volgograd murung setelah sekian lama.