Thursday, April 19, 2012

Assalamualaikum.

mari mari semua. duduk. saya ada satu cerita tentang diri saya. tentang siapa? tentang diri saya. sesuatu yang saya tidak suka. jadi, alang-alang saya sudah tulis dua kali tentang isi coretan saya kali ni, harap harap anda semua sedarlah. sebab coretan ini, akan jadi bosan, sebab ia lebih kepada luahan saya. siapa tidak mahu baca, anda boleh ke belog lain.

dan siapa yang baca lagi ayat ini, selepas baca coretan saya, harap harap, jangan lah membenci saya.

no.1: easy to attach.
saya ini, sangat senang mendampingi orang orang yang saya tidak pernah kenal. bertanya khabar, bertegur sapa, bertanya tentang diri, dan sebagainya. saya suka menegur, dan berborak, jikalau saya ada masa lah. saya mudah masuk dan menjadi satu kepala dengan orang. mungkin dengan pengalaman yang secebis ini dapatlah saya mencari buah pikiran untuk bercakap dengan beberapa orang ini. bergelak ketawa, dan sebagainya.

no.2: susah untuk mempercayai orang.
dalam ramai ramai orang yang saya rapat, amat jarang sekali saya bercerita tentang diri saya. saya lebih suka mendengar cerita orang lain. saya lebih suka mendengar suka duka, pahit getir, susah payah orang lain, daripada cerita saya sendiri. sebab, jujurnya, saya rasa, kisah hidup saya ini, apa lah sangat. dan saya sangat risau tidak mendapat respon yang saya kehendaki. demand? ya saya sangat demand. dan saya tahukah anda, kadang-kadang, tidak mendapat apa yang diharapkan boleh membuatkan kita sakit, walaupun benda yang kita harapkan itu, sangat lah lemah. "alah, respon manusia je, harap lah respon dari Allah" maaf. saya sangat sensitif. sebab itu lah, saya tidak menceritakan kisah saya. sebab saya tidak sekuat yang anda semua rasa.

lagipun, saya rasa tidak ada yang mahu mendengar cerita saya. sebab itu saya wujudkan blog ini. anda boleh baca, faham, dan tolak isi hati saya kalau mahu. saya pun tidak kisah sangat sebenarnya. memang realitinya, yang mendengar cerita saya, hanya lah saya.

"Allah kan ada, cerita lah kepadaNya". ya. saya tahu. saya selalu nasihatkan orang lain untuk berfikiran begitu.  macam saya telah ungkapkan tadi. saya ini, tidaklah kuat pun sebenarnya.

kalau ada beberapa orang itu, yang saya ceritakan kepadanya beberapa perkara tentang diri saya, saya ucapkan terima kasih. sebab sudi mendengar cerita saya. saya sangat menghargainya.

no.3: Hard to stay.
saya rasa, ramai orang akan benci saya, disebabkan saya ini sangatlah susah untuk berada di dalam sesuatu ikatan yang lama. tidak lah saya merasa bosan dengan beberapa orang tersebut, tetapi. saya pun tidak tahu. dan tahukan anda, saya sangat benci sikap saya yang ini. saya senang untuk bergaul, rapat dengan orang, berkongsi cerita, meluah dan sebagainya. dan pada waktu ketika, dan tiba-tiba, saya akan hilang. tidak lah saya hilang seperti asap. berkepul kepul lama lama menghilang. tidak lah juga saya menghilang mencari rakan yang baharu. cuma saya berdiam diri. saya pun tidak tahu mengapa saya begini. tetapi kalau terasa ringan menegur saya, tegurlah. saya pastikan saya balas.

no.4: Sensitive.
tubuh saya besar. saya gemuk. tetapi tidak lah bermakna hati saya besar. saya mempunyai satu hati, yang maha kecil di dalam diri saya. saya mudah terasa. saya sensitif. apa-apa yang berlaku, senang masuk kedalam hati saya. sesetengah orang mungkin berkata, untunglah, hati cakna, dan sebagainya. sehinggakan ketika saya terasa, sedih, dan kecewa, saya boleh merasa seakan seketul sesuatu bergegar didalam sana. tetapi pada masa yang sama, ia sangat menyakitkan. tidak lah saya ini, menginginkan hati yang keras, hati yang tidak pedulikan siapa siapa. hanyalah sekadar hati yang, rapat, dan sensitif pada tuhannya, bukan pada makhluk ciptaan tuhannya. saya tidak mahu banyak pun. saya hanya mahu kuat.

sebenarnya, ketika saya tengah menulis entry ini, saya sedang berfikir, apa yang sebenarnya berlaku pada diri saya. mengapa sebenarnya saya tidak ada orang yang boleh berkongsi tentang perasaan saya, dan apa yang terbuku di dalam dada. apabila saya tidak tahan tentang sesuatu perkara, saya menulis.

jadi.

jadi, kepada sesiapa yang perasankan keempat empat elemen ini di dalam diri saya, saya memohon maaf, kerana mungkin ada antara anda, yang telah rosakkan kepercayaan, dan sebagainya. kenapa saya berkongsi kepada anda semua sesuatu yang saya boleh hanya simpan di dalam dada ini?

sebab. di dalam realiti. tiada yang mahu mendengar saya. kalau ada yang bertanya pun, belum tentu saya akan jawab. dan. saya mahu kepada anda yang membaca ini, jangan jadi seperti saya. jadi lah seorang yang tegar, dan tahu untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik untuk hambaNya yang lain.

jangan jadi seorang yang lemah. seperti saya.


p/s: tidaklah senang untuk saya menulis tulisan sebegini. beberap kali juga menggosok dada, menghempas muka, mengelap mata.
wallahualam.