Tuesday, April 17, 2012

Assalamualaikum

saya tiba di perkarangan tebing kapal pada pukul 9:50 pagi. agak lewat sebenarnya. sebab waktu yang dijanjikan ialah pada pukul 9 pagi. saya lewat kerana menyediakan perkakas kamera saya ini. begnya dimana, lensnya dimana. sambil agak tertekan sebab earfon rosak sebelah. ah alasan.

hari itu, saya merasa tenang. dari jauh saya melihat beberapa orang teman saya sedang bermain frisbee. dari jauh, saya rasa saya kenal siapa mereka. terkernyih-kernyih juga mata saya meneran biji mata bulat ini untuk mengenal pasti siapa. lalu seorang daripada mereka mengangkat tangan dan melambai-lambai kearah saya. saya rasa, itu sudah cukup untuk rasa disambut.

hari itu, langit sangat membiru membuatkan saya spontan berkata alhamdulillah. saya pastu anda semua begitu juga. birunya sangat pekat, dan disamping sang matahari melaksanakan fitrahnya iaitu memancarkan cahaya seisi alam. bayu sungai volga melalui celah celah tubuh saya. airnya juga kelihatan sangat biru, dan bersinar-sinar, ibarat berebut-rebut untuk memantulkan cahaya matahari ke arah daratan. saya senyum.

perjalanan piknik hari itu, pada saya, lancar. ditemani rahmat tuhan sepanjang masa, dan alhamdulillah tiada apa yang berlaku. panas terik, disamping angin yang menyerbu kearah kami, membuatkan bahang itu tidak terasa. ada yang tidur. ada yang sibuk membakar ayam. tidak kurang pula pada yang bermain rollerblade, frisbee dan sepak takraw. saya? saya buat apa? mengambil gambar? ahaha.

kami sudah bersiap untuk pulang. dari jauh, ada seorang wanita, bersama dua ekor anjing hitam besar, berasak-asak satu sama lain untuk ke arah kami. tetapi wanita tersebut berkata, jangan risau. saya ada.

tiba-tiba salah seorang daripada kami, Ishak (bukan nama sebenar) dia mengambil piring frisbee, dan melontarkannya kearah anjing tersebut. kami semua terkejut, dan dia hanya tergelak. sahabat saya, disebelah Faiz (nama sebenar) merasa risau.

"tu piring frisbee tu, siapa punya?", saya bertanya.
"itu yang hadi punya. ana yang pinjam. harap-harap tiada apaapa". jawabnya kegusaran.

saya mengalihkan pandangan kepada si Ishak tadi. kami semua risau. dan dia masih tergelak-gelak seorang. usahanya untuk melemparkan piring tersebut kearah anjing tersebut sangat bersungguh-sungguh. kami risau. Faiz menelan air liur.

tiba-tiba, dengan izin Allah, piring frisbee itu jatuh dihadapan anjing, dan kebetulan pula wanita itu sibuk menjawab panggilan telefon. anjing-anjing itu laju menangkap piring tersebut, dan menggonggongnya. digigit, berguling guling dua ekor makhluk tersebut. seterusnya ia berlalu pergi.

"hmm. nanti ana nak suruh si Ishak je lah samak. tu yang hadi punya". Faiz tersenyum. sedapkan hati sendiri barangkali.

Ishak ambil kembali dengan piring frisbee ditangannya. diletakkan di tepi bahu jalan. bertanya. siapa punya siapa punya? tiada seorang pun menjawab. lalu dia pergi ke hujung tebing, menghisap rokok.

setelah sesi pengambaran dan piknik selesai, semua orang sudah mula angkat kaki. Ishak sudah terkedepan sekali bersama beberapa orang kawannya.

Faiz?

Faiz tercengang keseorangan. saya melihatnya. dia tersenyum. tetapi wajahnya perit. setelah bersalaman dan berpelukan tanda sayonara dan jumpa lagi, Faiz mengambil piring tersebut, dan berlalu pergi. berseorangan. dia menoleh kearah saya. dia... senyum di dalam kecewa. dia.... kuat.


saya?
saya melihat kejadian ini, dengan sedih. seorang yang tidak kisahkan siapa-siapa, dan seorang yang sangat risaukan ummatnya. saya lihat dengan mata saya sendiri, seorang pendakwah bersikap sabar dan pemaaf terhadap orang yang masih belum faham Islam yang sebenarnya. untuk berdakwah, hati kena sabar. telan segala amarah, lepaskannya di dalam setiap hembusan nafas. melihat orang yang berbuat salah terhadap kita bersenang lenang, dan bergelak ketawa meninggalkan sisa tanggungjawab yang dilempar begitu sahaja, bukanlah merupakan sesuatu yang senang.

sahabat saya ini senyum, saya melihat, matanya berair menahan marah. wajahnya jernih membuatkan orang tidak perasan, lalu meninggalkan dia seorang.

marah, sabar, telan amarah. senyum. dan hembuskan seperti tiada apa yang berlaku. hati saya bergetar.

sabar ya akhi!


wassalamualaikum.