Saturday, April 07, 2012

Assalamualaikum

telah lama saya tidak menulis, menggarap sesuatu disini. jadi, bagaimana pula saya tergerak untuk menulis malam ini? saya tidak tahu.

tidak. saya tahu sebenarnya mengapa saya tergerak untuk menulis. tapi saya malas mahu mengatakan sebabnya.

baiklah kiranya saya berterus terang sahaja. hmmmm *mengeluh*

baru tadi, saya melayan hawa nafsu tetikus saya, menyeret dia kesana kemari, menggelek roda di tengahnya sehingga keluarkan bunyi yang agak 'urgh' bagi saya. saya dan tetikus saya ini, selalu bermain bersama di laman tumblr. mengelik sana sini, meng-reblog post kesukaan saya, dan pelbagai lagi. sampai lah disuatu post,  yang berkisah seorang budak palestin.

budak palestin? apa jadi dengan dia? oh. ayahnya telah dibunuh oleh rejim israel laknatulllah yang telah bermaharajalela menyedut darah setiap ahli palestin dengan kejam. budak itu menceritakan betapa abi nya itu meninggalkan banyak kenangan kepada dia. kasihan.

jujurnya, saya baca post itu, dan mengeluh sekejap. dan terus berlalu ke post yang seterusnya. tetapi saya berhenti seketika. saya bertanya pada diri. di mana cakna saya terhadap saudara saya? bukankah muslimin itu ibarat, cubit peha kanan, peha kiri juga merasa, malah tangan turut mengambil bahagian menggosok peha kanan yang sakit dicubit itu? perasaan juga bercampur marah, disertai dengan mimik muka yang berubah setelah sakit peha dicubit tanpa alasan yang sepatutnya? tubuh mula melawan? bukankah ikatan ikhwanul muslimin itu adalah satu hati, satu jasad? tetapi mengapa saya tidak terasa? dimanakah pedulinya saya untuk saudara saya disana?

*diam*


saya rasa, saya perlu tulis satu cerita untuk menggambarkan kepada antum semua, tentang apa yang terbayang di benak mata kepala jantung hati saya.

wassalamualaikum.