Hajar dan Sarah. seantero sekolah mengenali mereka berdua. di mana ada papan kenyataan kecemerlangan pelajar, nama dua orang ini lah yang sentiasa berada di nombor paling atas. kalau si Hajar berada di nombor 1, Sarah lah yang berada di nombor 2. dan begitulah sebaliknya. masing masing bersaing dalam segala macam aktiviti di sekolah tersebut. Sarah lebih cenderung kepada sesuatu yang bersifat lembut seperti persatuan St. John Ambulans. manakala Hajar pula lantang melaungkan arahan denda kawat setiap petang kepada ahli Kadet Polis yang lain yang tegar berada di dalam barisan menadah sinar petang.
tidak kurang pula di dalam aktiviti sukan. Sarah si penghentam tajam di dalam badminton, dan Hajar si otot kijang di dalam sukan balapan padang. agaknya apa lagi lah gelaran yang diberikan kepada kedua-dua jaguh sukan sekolah ini, kan?
begitulah mereka, biarpun personaliti berbeza, tetapi hati tetap sama.
Tetapi..