Setelah apa yang berlaku terhadap Hajar sangat mengganggu di dalam hidupnya. Pelajarannya semakin merosot, dan pencapaiannya dalam bidang sukan sudah tidak tahu kemana arah tujunya. Tidak masuk lagi dalam hal hal kokurikulum. Semua orang semakin runsing. Semua cikgu sukan dan kokurikulum mula melatih pelapis pelapis baru untuk dihantar kemana mana pertandingan. Latihan semakin giat dek kekalutan kehilangan seorang atlet terkenal yang pernah menjulang nama sekolah ke peringkat negeri Perak itu. rakan rakan semakin takut untuk mendekati Hajar kerana sikap barannya yang menjadi-jadi itu. tetapi tidak bagi Sarah.
Biarpun dimaki ditolak ditarik baju oleh Hajar, dia tetap memandang Hajar sebagai teman akrabnya.
Biarpun suasana perasaan di dalam jiwa Hajar telah berubah, semangat berlumba-lumba didalam pelajaran dan markah peperiksaan bersama Sarah tidak pernah pudar. Barangkali, itu sahaja yang masih tertinggal di dalam dirinya. Mungkin.
Tiga bulan kemudian.
“Hajar, jom lah kita ke padang! Mari kita lari lari, mahu? Saya pun dah lama tak lari dengan awak ni!”, Hatinya berdebar-debar. Bagaimana pula reaksi Hajar kali ni. Tetapi Sarah tetap senyum. Matanya yang sepet itu lebih memaniskan senyumannya.
“Jomlah! Aku pun dah lama tak merasa rumput padang ni. Hehehe!” Hajar bersemangat, sambil menunjuk-nunjuk kasut sukan balapannya yang dipenuhi duri besi ditapaknya itu.
“Alhamdulillah”, Sarah berbisik.
“tapi aku nak ke kelas sekejap. Aku rasa aku tertinggal marker pen lah untuk pembentangan selepas maghrib nanti.”
“baik Hajar! Kalau tak ada yang awak punya, awak ambil lah yang saya dulu. Bawah meja saya tu. Heee. Saya tunggu awak dekat dorm ni yea!”
“kau tunggu aku tahu! Kalau kau takde nanti, siap kau!” Hajar berseloroh lalu hilang dari pandangan Sarah.