Friday, September 09, 2011

Leceh

Assalamualaikum

tidak. ini bukan blog pertama saya. ini adalah blog keempat saya. tetapi, kesemua blog sebelum ini, sudah tiada privacy nya. baru saya sedar, jikalau terlalu ramai readers, kadang-kadang idea kita untuk meluah itu terbatas. risau pula jika ada orang yang mula menghakimi walau tidak menjawat posisi itu.

"kau buat lah ape pun. tulis je semua apa yang kau rasa" maaf, ayat itu tidak berapa berkesan kepada saya.

benda leceh? senang sahaja kita melabel usaha seseorang yang mungkin bekerja keras mengusahakan sesuatu bertahun-tahun. tapi, ibarat tin makanan lah, senang dilabel. senang di buka tudung nya, senang dibuang. senang semuanya.

tidak semua benda leceh bagi kita, yang kita tidak pandang pun sebelah mata, langsung tidak berguna bagi kita, adalah leceh bagi manusia yang lain. tambah-tambah lagi, kalau kita tidak melalui usaha itu sendiri. lagi lah senang proses melabel kita.

wahai sahabatku sekalian di muka bumi Allah azza wa jalla. jangan lah perlekehkan setiap usaha orang lain, kerana mungkin usaha yang diperlihatkan untuk kita, adalah segala-gala baginya.

mind your heart, and talk.