Friday, September 09, 2011

Ramadhan itu

Assalamualaikum

saya masih ingat, Ramadhan tahun lalu. ketika bilal membaca assolatattarawekh, rahimakumullaahh~, saya pergi dekat abah, saya cakap saya nak balik, sebab sakit perut. abah mengangguk, tanda faham yang dia tidak perlu menunggu saya untuk balik sekali selepas solat tarawih nanti.

rumah saya, tidak lah jauh sangat dari surau. sebenarnye, dekat saja kalau jalan kaki. tapi, nak teman abah, saya naik lah motor.

malam itu, malam ke 21 Ramadhan. saya pulang berseorangan ke rumah. jalan kiri kanan saya gelap. tetapi saya masih nampak apa di hadapan saya. jalan kampung saya ini, seakan-seakan saya sudah hafal dimana lekak lekuknya. saya rasa, saya boleh survive walau dengan tutup mata sekalipun. fuh.

saya menyusuri lorong kecil menuju ke arah rumah saya  yang agak ke tengah padang itu. daun-daun padi cuba meluaskan kawasan ke atas jalan yang kecil itu. saya tengok rumah saya, dan saya toleh kebelakang. saya sudah separuh untuk sampai ke rumah dari surau.

saya berhenti sekejap. dan saya tengok ke langit. saya rasa sangat tenang. suara-suara imam tarawih masih muda lagi di rakaat pertama. semua masih jelas. ada masjid yang telah rukuk makmumnya, ada juga di masih rakaat awal. saya menarik nafas. bunyi itu sangat melegakan. terasa sebak dihati. saya tidak pasti saya sempat lagi atau tidak untuk bertemu Ramadhan seterusnya. dah lah Ramadhan ini bagaikan angin lalu sahaja. saya tidak menggunakan sepenuhnya. saya menangis.

saya kesat air mata. saya menuju ke rumah. kain pelikat di angkat ke paras betis. nanti kena kemuncup. di dalam rumah, umi berseorangan di luar. saya tidak sanggup lihat umi keseorangan. saya peluk umi.