Assalamualaikum
saya pernah terbaca satu jenaka dekat dashboard saya punya tumblr. ada satu post. the person who think you are beautiful. james blunt dan ibu kamu.
pada asalnya, saya fikir, lawak itu sungguh kreatif dan saya tersenyum sendirian. awal petang tadi, saya terfikir.
ibu.
betapa huduh, betapa teruknya anak, tetap dipanggil seorang anak oleh seorang ibu. tetap seorang kanak-kanak yang merengek walaupun perangai ibarat hantu. masih memberi kasih sayang walau anak memaki hamun ibu sendiri. pandaikah anak, bodoh kah anak, anak tetap anak seorang ibu. ibu memiliki serpihan debu halus sifat al wahhab milik Allah, iaitu cinta tidak bersyarat. cinta yang tidak minta dibalas, cinta yang diberi tidak dipaksa, cinta diberi tidak sengaja. cinta yang tidak dibalas pun tak apa. tapi masih memberi cinta. itulah cinta seorang ibu. itulah ibu.
saya ingat lagi, ketika saya pulang kerumah untuk bercuti beberapa hari sebelum kembali menuntut ilmu di INTEC. saya pernah mengadu kepada emak saya, bahawa cikgu russian saya suka benar kutuk tulisan saya. saya nampak umi berkerut muka. dan umi mintak buku daripada saya. umi lihat tulisan saya. dan umi cakap. mana ada hodohnya. cantik je. umi membela saya.
saya lihat kembali wajah umi. tulisan saya sememangnya buruk. diakui oleh ramai kawan-kawan saya. tetapi, tetap menawan di hati ummi. walau seteruk mana seorang anak, tetap cantik di benak seorang ibu.
dahulu, telinga saya agak berdesing, sakit hati digelar anak emak. bukan saya seorang sahaja, ramai lagi yang kena. saya pun turut menggelarkan kepada kawan-kawan saya yang lain. pada ketika itu, seakan-akan buruklah muka kalau dipanggil anak emak. anak manja.
sekarang, sudah tiada orang panggil saya anak emak. saya rindu panggilan itu. saya bangga dengan panggilan itu. memang saya anak ibu saya, dan ibu saya adalah wanita terhebat yang pernah saya jumpa. dan hidup dengannya. tidak pernah bosan bercerita kepadanya. tidak pernah tidak seronok bersamanya.
ibu. ibu. engkaulah ratu hatiku.
bila ku berduka, engkau ibu dan selalu.
ibu. ibu, engkaulah ratu hatiku.
hargailah ibu sementara masih ada. letaklah ibu di prioriti tertinggi keluarga.
ibu hanya sekali. begitu juga dengan bapa.