salam alaikum
malam ini, adalah malam yang agak menyakitkan kepala saya. menyebabkan saya berdenyut semalaman di tengah otak nun jauh di sana di dalam kepala saya. oh tidak, ini bukan lah penyakit neuro, atau apa apa. ini adalah masalah persekitaran saya. saya cuba se-cool setakat yang saya boleh. tidak salah kan kalau saya cuba cool, walaupun di dalam hati saya sangat lah membuak-buak. dengan hendak marahnya, dengan hendak melaung-laung nya, dengan hendak meluah nya. tapi saya sabar. sabar setakat yang boleh.
malam ini, saya merancang untuk membahagi-bahagi kan tugas kepada beberapa ahli persatuan yang lain. oh lupa. sebelum itu, saya telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan orientasi pelajar tahun satu. yang mana sangat berat saya rasakan di jauh hati saya. tapi, malam ini, bukanlah milik saya. laptop saya tiba-tiba rosak tempoh hari, terpaksa di format. dan saya formatlah dengan redhanya. dengan gambar keluarga apa semua dalam tu. semua saya serahkan semua pada Allah.
dan esok, saya diberi tugasan untuk buat satu presentation. saya cuba menginstall microsoft office 2007 di laptop saya ini. tetapi, dia cakap ada error. jadi, saya agak kecewa. dan sedih lah. kawan saya, yang saya tolong formatkan, elok-elok pula jadi office tu. saya agak sedih, tetapi, mesti ada hikmah, kan?
tiba-tiba printer rosak. dan saya cuba membaiki. jam sudah lewat malam, saya masih belum sediakan apa-apa pun untuk presentation saya. apa? saya tidak meminta untuk pinjam laptop orang? saya ada mintak. dan ada seorang kawan saya menawarkan diri. itupun selepas dia tidur. maknanya lagi lewatlah proses kerja saya. takpe. bersyukur. jalannya sudah ada. tambah kecekalan hati saja. tak gitu?
yang lain? masing-masing sibuk buat kerja sendiri. tiada satu pun yang meng-volunteer kan diri. saya sabar je lah. takkan nak paksa-paksa orang pulak, kan?
saya sememangnya, agak kecewa dengan seorang sahabat saya. bagi saya, sikap tidak peduli kan orang lain, sangat tebal dalam diri dia. saya rasa terkilan juga lah. cukup lepas dia seorang, maka selesailah hari dia. sedangkan orang lain bertungkus lumus menyelesaikan masalah bersama. dia jarang campur tangan. melainkan kerja itu ada kepentingan baginya.
contoh? orang lain sibuk baiki printer, menggaru kepala cari jalan penyelesaian. dia datang, cakap nak print lecture. dan anggap seolah-olah orang lain tidak buat ape2 pun. semua tunduk sahaja. redha. termasuk saya.
mengapa saya luah disini? sebab disini tiada orang kenal saya. siapa saya? hanya saya sahaja yang tahu. kalaupun saya bercerita dekat makhluk lain di sekeliling saya, resah gelisah jiwa saya hanya dibalas pandangan kosong dan keluhan yang tidak tahu apa tujuannya. kadang-kadang jawapan tak tahu berdesing di telinga. selepas 'prihatin' yang diberi, masing-masing sambung kerja sendiri, tanpa memberi respon yang dikehendaki, seperti, sabar lah. kuat lah. tahan lah sahabat.
tapi. saya sedar saya siapa. dan sepatutnya hanya pada Dia saya mengeluh. ya, hanya pada Dia aku mengeluh. orang tidak hidup untuk melayan saya, merasa apa yang saya rasa. saya harus hidup sendiri. rasa sendiri, jatuh sendiri. dan bangkit sendiri.
terima kasih kepada sesiapa yang hidup disekeliling saya.
malam ini, cukuplah saya bersembunyi di sebalik senyuman yang tidak seberapa ini. dengan mata berurat merah yang pernah basah ini untuk turut tersenyum. bukan untuk hipokrit. tapi untuk menjaga keadaan.
wassalam.