di satu petang yang dingin, saya keluar rumah untuk men-top-up telefon saya ni. sudah beberapa hari kehausan kredit. bukan ape, malas. dan juga kekurangan sumber kewangan. susah nak bajet bajet duit ni, selepas mara cut duit scholar kami jadi lagi sikit. tapi, tak mengapalah, boleh je hidup lagi. Allah bagi apa yang perlu je. tak bagi apa yang kita mahu, kan?
bersyukur lah dari tiada langsung :)
langit Volgograd pukul 1.45 tengah hari tadi. tenang. cantik. gambar ni saya ambil dari tingkap bilik saya. tengok tengok balik, ada sesuatu kat tengah gambar tu. nampak tak? nampak tak?
so, berbalik kepada kisah saya keluar tadi. selepas pergi memberi makan kepada telefon saya ni, dan juga membeli sebijik donat kepada kawan saya yang harganya 15 rubles (lebih kurang rm1.60 kot. entah lah), saya pun pergi lah lepak-lepak dekat taman depan kawasan rumah saya. best. berangin. windy day. nice lah. tak panas, tak sejuk.
duduk je, saya keluarkan lah buku nota pathology physiology saya. nota ni, biasanya saya tiru nota kawan saya. susah saya nak percaya nota saya sendiri. tu yang tak best tu.
nampak macam cantik jugak taman ni hari ini yea. kalau lah saya bawa kamera saya, best jugak ni. tapi malangnya, saya charge tadi sebelum keluar. takpe lah. kau duduk diamdiam yea kamera. biar tuan kau keluar jap. mesti kamera saya merajuk dengan saya. sebab biasa saya angkut sekali dengan dia kalau saya keluar. takpe lah. not your time bebeh :)
saya pun, keluarkan lah C6 saya. snap gambar sikitsikit. ape? nak tengok? haaa. saya da agak. kamu kamu semua mesti nak tengok kawasan tempat saya duduk duduk kan? ada lah sikit-sikit.
taman ni kosong waktu ni. nanti nanti lewat sikit keluar lah bapak-bapak dengan mak mak berpacaran sakan. dengan hanjeng hanjeng sekali pun ada. menyampah tol.
tadi kanan. ni kiri pulak. ada jalan disebelah kiri saya. tak pernah penuh jalan ni.
ambil gambar kaki. ya. saya suka ambik gambar kaki. kaki saya besar. buruk. tak pandai main bola sepak ni. malu betol. ape kesah? lalala~
ni depan saya. tengok langit dia. cantik. saya suka langit hari ni. awan tak berapa nak komulonimbus sebab hari ni panas. kalau awan tu ada, nanti hujan. saya tak boleh melepak ketika hujan. nanti saya basah.
selepas ambil gambar, saya kemas-kemas tempat saya duduk. tak banyak sangat pun saya baca. jadi lah untuk petang ni. dengan beberapa ekor anjing yang cuba menggugat kedudukan saya, saya pun baliklah. tak kuasa saya nak melayan diorang. nanti kene jilat baru tahu. jilat takpe lagi, kalau geget? susah. baik saya cepatcepat lari.
sebenarnya saya bosan. sebab tu saya update macam ni. have a nice day semua :)
wassalam.
p/s: saya rasa agak misteri dengan seorang penjenguk blog saya ni yang IP dye dari Seri Kembangan, Negeri Sembilan. curious lak. entah entah spy. kot kot ejen FBI nak buat saya jadi ahli ke ape kan. mane tahu. walauapepun, terima kasih!




