terima kasih lah kepada yang sudi nak baca cerita saya. mari mari ikut saya kembali ke alam semalam untuk mengikuti cerita saya. jom jom.
cerita saya bertajuk:
Suku Hari Di Muzium Haiwan-Haiwan Keras di Pedagog Universiti Oyeah!
Pedagog University? pelik kan nama dia? heee. taklah pelik pun sebenarnye. kalau kat Malaysia, uni ni, mungkin juga dikenali sebagai Institut Perguruan lah, di mana kebanyakan cikgucikgu dilahirkan disini. semalam kali kedua saya dan budak-budak kelas saya ke universiti tu. saya rasa pernah kali pertama pergi situ, tapi tak tahu apa tujuannya. biarlah saya simpan sorangsorang. takkan semua nak cerita kot.
sebelum saya melebar-lebar, baik cepatcepat saya bercerita kan?
pukul 2 petang di Volgograd. cahaya matahari memanar manar di atas kepala kami. habis berpeluh-peluh saya dibuatnya. tapi, takpelah, da lama tak peluh-peluh macam ni. cikgu kami pulak laju cam pelesit jalan. katanya dah lewat. kami layan je lah kan. tak kan nak heret cikgu kami, suruh duduk diam-diam pulak kan? derhaka namenye tuu.
selepas 20 minit berjalan meredah hutan manusia yang susah nak pakai baju sebab panas, dan bahang haba dari bumi, maka..... (sambungannya di bawah)
......... tiba lah kami di muzium tu!
Muzium tersebut dari dalam.
(bukan gambar sebenar. sebab saya lupa nak ambil gambar ghupe cover muzium tu. harap maaf ya kalian :))
dan kami masuk kedalam uni tu tanpa rasa serba salah. santek jugak yea condition dan inner design uni tu. dengan lobi yang besar. uni kami? sungguh luas dan cantik. terdapat tiang-tiang yang besar dan banyak. luas, seluas padang bola, dan ternampak kanak-kanak berlari. ada air terjun dan taman bunga. ada rama-rama berkejaran. indah bukan? oh indahnya imaginasi. uni saya, ada juga lobi, tapi saya buat-buat tak nampak. heee~
kami diiringi oleh seorang yang kononnya tour guide. saya malas nak cakap banyak dah. mari mari tengok gambar yang saya amek. gambar banyak cakap lagi an dari kata-kata. sape setuju?
anda boleh lihat betapa rakusnya kawan-kawan saya melihat haiwan bersama tour guide yang agak shekshi tu.
heh heh. red warrior ada di mana mana! oops. sori. ter racist. terr okay!
ikut tour guide ke mana-mana. ni bahagian ikan pulak saya rasa. hurm.
Perempuan 1: cane anak kau kiah?
Perempuan 2: hurm. camtu lah. semalam main patung Power Rangers
Perempuan 1: oh ye ke...
Perempuan 2: ye lorr...
terdapat binatang-binatang yang peramah menegur kami...
... dan juga yang tak berapa peramah yang tak nak kami tegur beliau. =.="
kawan-kawan saya melihat binatang yang keras. saya berada belakang sikit. saya tak nak dengar.
suka main dengan bokeh walau lens tak mantap pun!
perhatian! saya tak ambil gambar terbalik. memang spisis burung ni duduk macam ni. saya pun tak tahu spisis ape. yang penting, tour guide cakap, ni adalah imaginasi sahaja. kami pun angguk jelah.
haaa. kan saya da cakap. banyak yang peramah dekat sini.
ghupe atas bucu dalam muzium ni. menarik lah jugak. ada gambar-gambar.
biasa lah. pergaduhan berlaku dimana mana. binatang pun gaduh jugak oke.
bergambar bersama cikgu dan tour guide! macam biasa lah. saya invisible.
balik time!
langit volgograd semalam. macam muram. nak hujan la tu.
Okay! dah habes journey bersama saya. banyak lagi sebenarnya jenis haiwan dalam tu. malas nak ambil semua. kang diorang mintak suruh upload kat facebook. tak nak saya. jom lah kesini! walaupun tak berapa best sangat, tapi ok lah nak menjamu mata dan melihat binatang pelik-pelik. banyak juga aksi terkejut oleh saya dan kawan-kawan saya, tapi tak sempat dirakam.
feel free to visit!
hari ni besday kawan saya! anda boleh wish dengan post wish anda dalam komen. terima kasih. nanti saya akan bagitahu dia.
wassalam :)
