pernah rasa seperti beg plastik tak? - Katy Perry, Fireworks
alhamdulillah. hidup lagi kita hari ini. saat ini. waktu ini. bagus lah. Tuhan memang mantab. tak pernah bosan supply oxygen untuk kita. tapi kita, bersyukur tak?
jawab la sediri.
bersyukur tak?
-rip mj.bye.-
sebenarnya, kali ini, saya nak kupas pasal seorang sejarawan dan pemuisi Islam Parsi yang femes, tapi saya baru kenal. sebab sebenarnya banyak quote-quote best yang telah beliau nukilkan. sape kenal Rumi? ataupun Jalal ad -Din Muhammad Rumi. menarik kan nama nya? rumi rumi rumi rumi rumi rumi.
tapi entah, tiba-tiba rasa tak nak buat pula. nanti lain kali lah. saya selalu fikir, kenapa mood saya sejak akhir-akhir ni senang sangat swing. swing pun, saya tak de lah heboh satu dunia. tapi sebenarnya, mood swing itu, sangatlah tidak best.
kalau ikutkan hati dan tak pedulikan orang lain, memang sah sah saya jadikan blog saya ni, tempat saya hentam sape-sape yang saya nak, dunia saya yang saya banyak tak puas hati dengan keadaan sekelilingnya. luah segala-galanya. senang. puas hati. ketawa sorang sorang atas kerusi. tapi. tapi saya tak mahu buat begitu. saya tak berapa minat kongsikan masalah dengan orang orang sekeliling saya. apatah lagi dengan blog saya. sebab masalah saya, biar lah saya simpan sendiri.
saya ni, seorang yang senang tak puas hati, tambah tambah lagi kalau individu tu, saya tak berapa senang nak melihat dia. tapi saya tak suka komplen, sebab komplen, biasanya tak akan bawa saya kemana-mana. saya yang panas, dia yang gembira. rugi lah saya kan? biasanya, saya lebih suka memilih untuk cool down, dan redha dengan manusia. kadang-kadang jalan ini, membantu saya, kadang-kadang pula tidak berjaya.
"a smile can hide so much"
saya. saya suka senyum. saya suka senyum dengan semua orang. dan senyum memang boleh sembunyikan apa-apa sahaja yang kita rasa dari anasir luar. mereka mungkin nampak saya gembira. mungkin saya ketika itu saya gembira, mungkin juga saya ada ribut di dalam jiwa. bahasa tubuh (body language) pun saya manfaatkan sekali. saya hanya zahirkan siapa saya, hanya ketika saya berseorangan. itu lebih selesa saya rasa.
seperti saya seorang yang bermuka-muka bukan? muka luaran lain, dan muka hati lain.
sometimes pretending to be okay is work for the society :)
oh really?
eccedentesiast - a person who fakes a smile.
dengan kebuntuan beberapa hari yang tak pernah bosan menghenjut fokus saya ni, saya end up with tengok harry pottah! (harry potter). habis semua mula dari awal sampai lah yang latest sekarang ni. patut lah dekat ramai orang dekat tumblr tu duk sibuk-sibuk pasal harry potter. best jugak cerita nya.
harry potter, dia ramai kawan, kan? hermione granger, ronald, albus, lupin, dan semua-semua lah. di dalam sepanjang cerita tu, saya perasan, kawan-kawan harry tidak putus asa tolong, memberi semangat, dan apa-apa bantuan yang mampu diberi sebagai seorang kawan. tapi. akhirnya, yang melawan kuasa jahat Voldermort, akhirnya tinggal harry seorang sahaja.
begitu juga hidup ni saya rasa. even kita mempunyai banyak faktor dan sumber kekuatan, tetapi apabila tiba masa untuk berperang, yang tinggal, hanyalah diri kita sendiri. tidak ada orang lain.
sekarang sudah masuk musim exam. dan next paper saya adalah hari khamis nanti. jujurnya, saya suka exam, sebab exam menentukan penanda aras bagi saya untuk melompat ke tahun seterusnya, iaitu pelajar perubatan tahun 4, dari tahun tiga. tapi, saya tak pernah suka suasana menuju exam. maafkan saya.
saya akan terus begini. kepada sesiapa yang tidak puas hati dengan saya, saya minta maaf banyak banyak. tidak semua yang berlaku pada saya adalah kena di hati saya. cuma redha dengan
kuasaNya lah buat saya tahu siapa saya. jangan kata saya tak pernah berubah.
oh. maaf. sedikit emosional kali ini. saya akan cuba elakkan lain kali.
"who do i think i am,
i'm gonna catch a cold, from the ice inside my soul"
wassalam.




