hari ini. saya juga ada satu cerita. harap maafkan segala kesalahan ayat dan tatabahasa saya.
hari jumaat. tepat pukul 1145 pagi. saya tiba di perkarangan bangunan Morpho Campus. satu bangunan yang saya, apabila melihatnya, saya rasa ingin bakar. tapi. saya sabar, sebab saya ada banyak kelas dekat situ. kang, saya bakar, saya mesti kena tangkap. lagipun saya ada 3 tahun lagi untuk bermastautin di sini. (lama uh!). saya stop mengelamun. dan membuka pintu bangunan. dan melangkah masuk. ambil nafas baru kiranya. sigh..
sekali lagi, mata saya merekah apabila sebaik saja saya masuk dalam bangunan, ada seekor anjing setinggi paha saya terhincut-hincut berlari kearah saya. kenapa terhincut? sebab sakit kot. entah lah. saya tak sempat fikir, sebab saya ketakutan.dan saya tidak tahu arah mana hendak saya pergi. tiba-tiba saya teringat ada kantin kat depan tu. dan saya berlagak berani menerpa kearah anjing tu.
'saya' mengorak langkah kearah anjing ituh!
apabila tiba masa sesuai. saya meng-kilat-kan diri masuk ke dalam kantin. alhamdulillah, tidak sempat berlaku adegan gigit-menggigit atau mencium2 kasut bersama anjing tadi. syukur. saya masuk dengan biasa dan terus ke kaunter tanpa saya sendiri pun tak tahu saya nak beli ape. ah. saya ke meja kawan saya. dan kami berborak. apa yang kami borakkan? maaf. tidak boleh diberitahu disini. agugugu~
selepas membeli kuih keju, (kuih keju?) saya naik ke tingkat dua. dimana lecture surgery biasa diadakan. dan saya agak kehairanan apabila tiba di situ. saya melihat banyak kelibat manusia dari batch saya. biasanya, yang datang, hanya dalam berbelas-belas orang je. tapi kali ini. huh. berpuluh puluh. BERPULUH-PULUH. saya pun tidak tahu bagaimana boleh berkembang biak ke tahap ini. tapi, bagus lah takde yang ponteng lecture. tapi kenapa?
saya nampak kumpulan-kumpulan kecil di beberapa sudut. masing-masing kelihatan stress. dan ada juga yang muka berkerut. ada yang ternganga. ngaaaa~ saya pun tak pasti. saya pun join kumpulan-kumpulan ini.
mereka: weyh. ko tau tak rini ada exam?
saya: heh? exam? bukan ke 6 mei? cikgu aku cakap 6 mei.
mereka: entah lah. tapi ada setengah kelas hari ini.
saya: hoh?? aku tapecayah! hurm. korang buat ape ni?
mereka: cepatcepat bukak bluetooth. nak pass answer variant. ada 3 variant semuanya.
saya: what the jadah ada answer for variant? dah la lengkap 1 2 dan 3.
rupa-rupanya exam mengejut! cikgu kami bagitahu hari tu lambat lagi. kekurang-asaman disitu yea cikgu.
dan kami share-share jawapan antara kami. sungguh berguna teknologi bluetooth pada masa kegawatan ini yea!
tiba-tiba ada seorang student permpuan bersuara, dia cakap, yang variant sebenarnya ada lapan. yea. LAPAN (saya besarkan, in case kalo sape2 tanampak). dan anda semua boleh bayang muka sorang-sorang masa tu? semua kebetikan!
hambek kau! berbetik betik!
dan semua mulai pasrah. dan masuk dewan exam dengan rendah diri. dengan lafaz dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya melangkah masuk kedalam dewan dengan kaki kanan.
suasana dewan hingar bingar. dengan gelak-gelak apa semua. agak sangat jarang lah situasi ni hendak berulang lagi. sampai seorang yang dicop mustahil datang lecture, alih2. aih? ada pulak budak ni. takpetakpe. langkah baru. ada juga wajah baru yang tak pernah dipandang dek manusia. dari mana datangnya budakbudak ni yea. hurm.
cikgu surgery kami masuk dengan membawa satu beg plastik yang penuh dengan soalan-soalan. selepas soalan diagih-agihkan, masa satu jam mula dikira. alhamdulillah, ada 3 variant sahaja. dan saya dapat variant 3. saat itu lah saya mula nampak teknik-teknik manusia meniru dengan hebats sekalih!
ada yang selit kertas dengan pin dekat lengan baju yang panjang tu. ada yang view as image dalam HTC masing-masing. yang mana ada ipod atau iphone slide-slide cmtu jek. saya cukuplah dengan c6 saya ni. ada juga yang sudah siap-siap tules dekat rumah lagi. masuk dewan, tunggu tules nama je.ada yang buat saya ingin mencampak kasut, apabila ada seorang budak ni, dia scan, dan print atas kertas A4. memang bagus lah sangat. haish. ada juga yang mendapat belas kasihan senior last year, sebab di bahagian akhir kertas soalan, diselitkan jawapan. aish. macammacam.
owned.
selepas 30 minit yang penuh ke-struggle-an, dengan ketawa kukikukikuki dari belakang, maka siaplah exam mengejut kami ini. dan masing-masing sengih-sengih, dan berlakon macam stress. padahhhal dah ada jawapan sorang-sorang! kurang asam betol korang nih.
dan semua orang keluar dari dewan. dan saya naik ke tingkat enam untuk kelas Topographical Anatomy petang itu.
anda semua jangan jadi macam kami. terima kasih.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
untuk semua student dekat malaysia, yang sedang struggle untuk menghadapi exam masing-masing, saya ucapkan semoga berjaya. engat, setiap usaha, ada balasannya. dan setiap usaha itu juga adalah kebaikan pada diri sendiri. jangan putus asa. jangan mudah mengalah. setiap kesusahan yang dialami yang dihiasi sabar akan di ambil kira oleh Sang Tuhan walau usaha itu tidak berhasil di mata kita. insyaAllah, kejayaan datang kepada siapa-siapa yang mencarinya.
selepas habis berusaha, maka tawakkal kepadaNya. jangan bertawakkal tanpa berusaha. salah!
Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa,
"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.
18 : 10
*ingat, jangan hipokrit dengan Allah. Allah ada setiap masa. bukan pada waktu kita ada exam sahaja!
bittaufiq wannajah fil imtihan!
p/s: lama tak menulis post macam nih. huhihuhi.
p/s: oh Allah, maafkanlah kami kerana meniru. oh diri, maafkan lah aku kerana menipu diri sendiri. aku terpaksa! (ah... alasan!)



