Wednesday, April 27, 2011

Gantian

Salam Alaikum.



jalan yang indah tidak selalunya sunyi. pasti ada sahaja ujian di depan sana nanti. jaga-jaga.



"yes! saya sudah sempurnakan tugasan saya. alhamdulillah."


jam sudah menunjukkan hampir 2 pagi. dan saya masih belum tidur. belum pernah saya stay up sehingga waktu ini. hati masih bimbang jika segala yang disedut malam ini oleh otak tidak mampu diluahkan keesokan paginya. tidak mengapa. esok pagi selepas subuh, saya akan tambah sedikit lagi apa yang patut.


seterusnya tawakkal.


itu cerita semalam. ini cerita hari ini pula.


tangan terketar-ketar, apabila segala yang ditelaah semalam tidak mahu menunjukkan batang hidungnya. tidak datang di ingatan, tidak pula lalu lalang di naluri. oh Allah. apakah ini? bagaimana ingin jawab, kalau begini jalan ceritanya di tengah kertas jawapan yang masih putih melepak!  Oh. Allah, selamatkanlah aku.


keputusan sudah diberikan. ramalan pula tepat. banyak yang merah dan bersilang daripada garis panjang yang   bercangkuk di hujungnya. ada tulisan merah berangkai panjang yang menakutkan. dan ada yang menggaris-garis kejam. takut untuk melihat hasil perahan sendiri. hanya mampu menguis-nguis kaki. melihat orang lain kegembiraan. ada yang cepatcepat bersiap untuk pulang. geram melihat wajah-wajah yang gembira meninggalkan 'medan tempur' itu. saya disini hanya mampu menjeling cerita semalam. di mana silap saya yea?


Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu....
(2:214)

reflek diri sendiri. terkena kah saya?


tapi, alhamdulillah, saya tak digusarkan hati olehNya. alhamdulillah, saya tidak menjelma menjadi seorang manusia yang lain walau saya tidak mendapat apa yang saya mahukan. masih boleh bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lain.

kalau kita usaha setinggi mana pun, tidak pernah dibuat sebelum ni sekalipun, kalau Allah tak nak bagi kita peluang, maka tiadalah rezeki untuk kita. bukan? kun fayakun.. lagipun, Allah mesti ada perancangan yang lagi best kan untuk kita? :)

kalau setakat ujian seperti ini dah mampu untuk buat kita rasa sedih, bagaimana kita mahu menghadapi ujian-ujian yang lain pula? bangun, dan baiki kesilapan yang lalu. itu option yang baik saya rasa.



"souviens-toi sa promesse, il est toujours proche"
-as He promised He will always be there-
cubaan memujuk diri sendiri di dewan lecture.



kenapa perlu memujuk hati sendiri? sebab kalau kita tidak lawan perasaan sedih, kita seakan biar diri dihanyut perasaan. melayan ikut arah angin. kadang-kadang tak sengaja membuka pintu untuk syaitan laknat. sehingga timbul niat jahat untuk sakitkan hati orang lain. jangan! ini bahaya. 


mungkin ini semua adalah kifarah dosa yang saya pernah lakukan dahulu. setiap ujianNya tidaklah diberi secara percuma sahaja. mesti ada balasan yang setimpal. terus dan terus bersangka baik pada Allah. heee~


Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.
(51:50)

dan

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
(40:55)




wassalam.