Thursday, April 21, 2011

Siapa Kamu?

Salam Alaikum




Ya Allah. Aku tahu jalanku susah. Aku tidak harap Engkau permudahkannya. Yang aku harap, kuatkanlah hati aku.
-ameen-


beberapa hari ini. saya termenung. saya terfikir, akan satu soalan mudah, yang saya pasti jikalau manusia lain mengetauinya, akan tersenyum. ini soalan senang. ini soalan tidak perlu di soal. ini soalan yang boleh difikir sendiri. tetapi, saya tak rasa semua orang boleh jawab dengan mudah. masing-masing menggaru kepala. masing-masing mengeluh, dan wajah tertanya-tanya, mengharap diri jawapan daripada orang lain, padahal jawapan semua pada diri masing-masing. termasuk diri saya juga. jadi, apa soalan itu sebenarnya?

soalannya adalah: siapa diri anda? 

siapa saya? saya rasa. saya ini manusia yang ada tiga personaliti. satu, personaliti saya bersama kawan-kawan saya, bersama orang sekeliling saya. saya dikenali sebagai seorang yang cakap banyak. dan suka berborak. saya menyukai semua orang yang ada disekeliling saya. tetapi saya tidak pasti, adakah semua orang disekeliling saya menyukai saya? saya tidak tahu. saya tidak tahu.

dua. diri saya dan blog saya. diri saya dalam form sekarang. saat ini. ketika menulis entry ini. dan juga entry lain-lain. saya tak rasa orang akan menyukai saya kalau saya dalam jelmaan begini keluar bergaul sesama manusia.

tiga. saya dan dunia hitam dan jahat saya. saya rasa semua orang ada dunia ketiga ini. dunia yang dihasut jiwa gelap, yang melalaikan dari mengingati Sang Tuhan itu. saya rasa, semua orang ada membawa sejarah muram di dalam hidup masing-masing. Saya rasa, ada bagusnya juga. boleh dijadikan sempadan daripada mengintai jahiliyyah.

dan saya paling tidak suka apabila diri saya kononnya yang ketiga itu menguasai saya. tiada lagi penerimaan logik akal. hanya tinggal diri semata-mata. selalu juga cuba untuk berperang. ada yang menang. ada yang tersungkur. selalu sahaja terceroboh taman laranganNya.

kesal.maaf.jiwa kacau.


"Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

                                                                                                             39: 53

yeah! terima kasih Allah!




jadi. siapa diri anda? 
hanya diri kamu yang dapat menjawabnya.






"Ya Muqallibal Quluub. Thabbit Quluubana 'Ala Diinik"
-Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati kami. TETAP kanlah kami dalam agama MU-


wallahu'alam.