Sunday, April 17, 2011

Padam api lilin

Salam Alaikum

saya ada satu cerita.


saya duduk bersama rakan saya di kerusi. kerusi empuk warna merah dipaku bersama jadi lima tempat duduk bersandar kemas di dinding russian department. kami berbual kosong sambil melihat-lihat ujian Pharmacology esoknya di kampus KIM. banyak juga soalannya. ada antara kami yang complaint, banyak sangat. saya hanya berdiam diri. komplen tak mampu membawa kita kemana. kita sendiri yang harus bergerak, bukan?


lets move on!


saya menyelak lengan kemeja saya yang menutup pergelangan tangan saya. jam sudah pukul 240 petang. dan cikgu russian saya masih belum menampakkan batang hidungnya. saya tak kisah sangat pun sebenarnya. mungkin dia sibuk. husnu zon sahajalah.

tiba-tiba pintu department terbuka luas. dan kelihatan seorang lelaki tua. tangannya membibit kemas beberapa buah buku. nipis dan tebal. warna semua sama. typical buku russian. lelaki itu memakai jumper berwarna ungu susu. tanganna sebelah lagi membengkok ke bawah. dan kaki nya agak terhincut. dengar-dengar cerita, dia pernah kemalangan. saya tak tahu. umurnya dalam lingkungan 50-an. uban sudah memutih di kepala, misai. saya fikir, baik sahaja kalau lelaki ini berada di rumah. melayan cucu. menikmati sisa hidup yang menjelang maghrib.

siapa lelaki itu? dia adalah Vladimir Andreevic. satu-satunya pensyarah lelaki di russian department universiti kami.

dengan kaki terhincut dan membawa buku di sebelah tangannya, dia berjalan dengan perlahan di hadapan saya. buku kelihatan berat. tetapi mengapa saya lagi berat untuk meringankan tangan membantunya. dia melihat saya, dan senyum, dan kelihatan menunggu saya mengatakan sesuatu. dan saya bingung. tidak terkata apa-apa. selang beberapa saat, dia tersenyum. kedut mukanya tidak nampak. senyuman seorang lelaki tua yang layak sifat seorang ayah, indah bukan? saya hanya mampu membalas senyuman, dan kembali menekan butang 'play' di mp3 samsung merah saya ini. dan dia berlalu begitu sahaja, dan masuk ke dalam bilik, berhampiran tempat kami duduk-duduk.

selang beberapa minit, dia keluar. dan sekali lagi lalu dihadapan saya. entah kenapa waktu itu, tergerak hati saya untuk menegurnya.

"selamat sejahtera" saya senyum.
"salam sejahtera juga" dia membalas senyuman. "awak memang orang malaysia, tengok kali kedua baru bertegur sapa eh?" sambungnya.

ah. saya terkena. patut lah begitu sekali dia pandang saya pada pertama kali. kecewa dalam senyuman.

tidak. ini bukan pertama kali. dia pernah mengganti guru kelas kami, sebab guru kami sibuk. dia mengajar kami. saya ingat lagi suaranya yang kuat itu, mengejutkan saya setiap kali saya terasa mengantuk mencuba memahami stiap apa yang diucapkan. tegas di dalam penyayang. saya juga ingat lagi, dia pernah cakap, yang saya ni seorang yang serius. dan kurang banyak cakap. hurm. mungkin juga. 

tersenyum sendiri.



Vladimir Andreevic. pemergiannya khamis lalu menjadikan Russian Department suram hari ini. tiada lagi suara-suara lantang seorang lelaki tua. tiada lagi derapan kasut sukan Reebok berwarna putih. melalui lorong department sehari-hari. tinggallah dia dalam kenangan.


dia tidak mengajar sangat saya sepanjang tiga tahun disini. tetapi pemergiannya memberikan rasa nyilu, seketika. 



mengapa manusia, setelah pergi, baru tergadah untuk mengingati? 
mengapa manusia, sudah kehilangan baru menghargai? 
semua sudah terlambat. penghargaan tidak akan sampai kepada yang telah pergi. hanya tinggal suara-suara di atas dunia ini.



hanya mampu mengenang. tiada siapa tahu nasibnya di alam Sana. 

wallahualam.