Friday, April 15, 2011

Dosa dari Lidah

Salam Alaikum


Sejahtera keatas kamu. begitulah maksudnya. sungguh mulia maksudnya, tapi sungguh berat untuk diungkap. terutama kepada mereka yang tak dikenali. bagi mereka yang diberi salam oleh orang yang tak dikenali, pasti terasa pelik.dan seakan ada barrier untuk membalas kembali.saya pun begitu.mengapa ya?


semalam, saya menyaksikan satu video.daripada seorang remaja perempuan dekat USA.dia memegang kertaskertas yang telah disusun dan tertulis nota cerita pendek-pendek.pada awalnya dia kelihatan gembira pada awalnya.pada pertengahannya, dia bercerita tentang kawan-kawannya yang selalu buat dia sedar.bagus, buat seorang teman sedar, bagus. tapi apabila sedarkan, "kau ni jahat, kau ni sial. kau ni jalang. kau ni hanjeng betina!". maka sudah hilang kebaikannya.diperlakukan begitu selama tiga tahun.pada akhir vid tersebut, dia berpesan, jangan mengata orang sesuka hati.kita tak tahu apa orang tu rasa.


selepas tiga hari, budak itu membunuh diri. mati kekecewaan, dengan jiwa sengsara memeluk tubuh.sia sia.






mulut. lidah.organ yang sangat kecil.ramai yang kecewa, terasa dengan organ yang kecil itu. termasuk saya. kadang-kadang hairan juga manusia yang membuat apa sahaja yang dia nak tanpa memikirkan perbuatan orang lain. cakap apa yang terlintas di kepala.tidak mengira hati manusia yang mendengarnya. wahai manusia, engkau yakin, engkau hidup lama di atas dunia ni? engkau yakin tiada yang merekod apa yang engkau cakap?






Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya?
(90:7)





saya bukanlah kecewa atau hendak meluah perasaan. sekadar mengeluarkan kesal. kesal kepada manusia seperti ini. kasihan tidak dikurniakan sifat memikirkan orang lain.


betul tak imam al-Ghazali cakap, senjata paling tajam adalah lidah? betul. lidah tidak membunuh dari luar. tidak menyebabkan luka sedikit pun di bahagian kulit. tapi di dalam hati siapa yang tahu. luka, pedih, memendam, merekah, busuk, hancur, remuk, bernanah!


sebelum berkata-kata, fikirlah. akal yang ada, jangan dizalimi. gunakan sebaik-baiknya. jangan lupa, tidak lepas hitungan di Sana apabila ada pautan dosa dengan manusia.


kepada sesiapa yang terkena, sabarlah. Allah bersama orang yang sabar. setiap titisan air mata yang terluka kerana kesabaran tidak pernah jatuh kosong hancur terburai dimuka bumi begitu sahaja. Allah mengira tiap tangisan kesabaran dan digantikan pahala yang hanya Dia yang tahu. bersyukurlah kamu terkena percikan kesabaran Sang Maha Tinggi. tiada apa yang merugikan bagimu.


saya juga merasa.



Dont be sad. Allah est plus savant :)*

*Allah knows best.




Kuat untuk hidup. Kuat untuk Allah.


wassalam.