Salam Alaikum..
uit?
berjalan pulang ke rumah, terasa bosan. tengok russians yang bermuka bersahaja. ada yang rushing, ada yang muram. ada juga yang berpelukan di tepi jalan. tidak malu sungguh. seingat saya, cikgu russian language saya pernah bercerita, yang russia sebenarnya bukan lah sebegini budayanya. kalau dilihat pakaian tradisi mereka pun kelihatan sopan. dan kemas. tapi sekarang, sudah lain. negara yang dahulunya putih, dan hijau, sekarang sudah kekuningan di celup ke dalam budaya barat. tambahan lagi negara ini tidak merasai nikmat Islam. lagi senang proses penguningannya.
samakah keadaan ini dengan negara kita yang kita cintai itu?
langit mendung Volgograd dari tingkap bilik saya.
ya. langit hari ini mendung. mendung segala-galanya. angin pun deras, sejuk. orang-orang ditepi jalan pun kelihatan mendung, bermasalah. sungguh, hari ini tidak boleh dibuat penenang jiwa. tunggu saja lah hari-hari esok InsyaAllah.
melihat balik buku tugasan. masih banyak yang masih belum ditanda. banyak lagi yang "to-do-list" nya yang masih belum di mark di tepinya. ada nota-nota kecil peringatan, tapi sengaja tidak dipandang. buat-buat tak nampak. suka menangguh-nangguhkan kerja. penyakit hati juga. sebenarnya kita tahu, apa yang perlu kita lakukan, di mana priority kita, tapi kita selalu tak mengambil peduli sangat. suka buat tugasan-tugasan atau kerja kecil yang lain, yang kalau difikirkan balik kita tak perlu buat pun sebenarnya.
tutup buku. senang cerita. tapi, sampai bila?
penyakit hati. ya. saya rasa saya sedang mengalaminya sekarang. hati terasa berat. dan tidak tenteram. kadang-kadang terasa juga ingin membelah dada sendiri, menegur sang hati. bertanya, "apa yang membuatkan engkau jadi begini ya? apa yang memberatkan engkau? sehingga aku tidak tenteram". kalau begini, senang lah saya merawat hati saya.
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram."
ar-rad:28
insyaAllah, saya akan amalkan ini.
tinggalkan dahulu kisah ini.
semalam, hari jadi seorang rakan saya, Atikullah. semoga hari-hari engkau dipermudahkan olehNya, engkau dapat apa yang engkau minta, dan jadilah seorang anak yang soleh untuk ibu bapamu, suami yang soleh untuk membawa keluarga engkau ke syurga. Ingat, umurmu bermula semenjak engkau mengenal Islam. semoga kita semua berada masih berada dalam nikmatNya sampai mati.
sanah helwah! (kek ni ahmed yang buat. sedap sedap yumm yumm)
p/s: selesai "aku terima nikahnya". apa pula selepas ini? "men from Mars, women from Venus" mungkin?

