alhamdulillah. ada juga sedikit masa untuk diluangkan bersama blog. kadang-kadang, saya berasa hairan. saya diberi masa sama sahaja seperti manusia lain. 24 jam sehari. yang berbeza hanyalah panjang malam dan siang. tetapi saya sering sahaja komplen saya tak cukup masa nak buat itu, nak buat ini. padahal orang lain sudah sempurnakan tugas masing-masing. adakah saya mahu meminta 1 jam lagi daripada Allah? waktu harian saya jadi 25 jam. suka suka :)
tidak. ini sebenarnya silap saya sendiri. saya sendiri yang lemas di dalam masa lapang.jadi, jangan mula memasang impian nak mintak 1 jam lebih. kalau mintak pun, belum tentu dapat. tak gitu?
baiki diri baiki diri baiki diri baiki diri
sudah lama rasanya saya ingin menulis post saya kali ni. tapi sering saja terperangkap dalam kesibukan dunia saya. mengintai masa terluang, akhirnya ada juga yang sempat mencelah.
masa itu memang pantas. tapi terasa lambat apabila kita merenung jam menantikan sesuatu. setuju?
saya ada seorang sahabat. dia pernah ceritakan tentang satu blog yang dia follow. dia cakap, blog tu best. dan sahabat saya ni macam berminat dengan gaya penulisan. dan dia pun merujuk kembali ke entry2 lama penulis tersebut. tetapi dia tak jumpa apa yang dicarinya. maknanya, penulis tersebut telah membuang article-article lama. mungkin tidak mahu orang lain menilai perubahan dirinya barangkali. masing-masing timbul tanda soal.
tanda soal tanda soal tanda soal.
blog ini. blog saya. jujur saya katakan, saya sendiri pun malu untuk menjenguk balik ke entry saya yang lama. kadang-kadang tak terfikir pun saya akan tulis macam tu. yelah, masa zaman muda-muda dahulu. agugugu~
bagi saya, blog ini, adalah observer saya secara tak langsung. boleh juga saya label sebagai garis ukur saya sepanjang saya membesar. boleh saya tengok balik apa yang terjadi pada diri saya, apakah perubahan yang saya lalui. mungkin juga saya boleh menilai diri sendiri, di mana saya berada. kalau anda ada blog, cubalah intai-intai entry lama, dan saksikan perubahan diri sendiri, dan nilai sendiri perbezaan dulu dan sekarang. mungkin tiada yang faham, tapi bagi diri sendiri, sudah cukup untuk memalitkan senyum sendiri. :)
mungkin?
dalam hidup saya, setakat ni, tidak pernah lagi terjumpa manusia yang membanding masa silam. manusia yang mengejek masa lampau, menyalahkan sejarah hitam seseorang. menafikan perubahan seseorang individu yang sudah baru dari masa lalu. mungkin ada antara kamu-kamu yang pernah lalui. saya ada sahabat karib yang orang-orang di sekelilingnya selalu menyalahkan dia tentang apa yang dia lakukan dahulu. kadang-kadang, mulut mulut manusia seperti ini lah yang buat seseorang itu tidak yakin akan dirinya sendiri, samada dia mampu berubah ke tak, disaat manusia masih berpaut pada dirinya yang lama. memang kita tak sangka. tapi wujud juga manusia sebegitu.
Ibn Taymiyyah pernah berkata:
“You should not look at what the person used to do, rather you should look at what kind of person they are today. The one who gets bogged down about people’s pasts, is just like Iblees who said to Allah, “You created me from fire and you created him from clay.”
saya tidak mahu mengulas panjang. saya tahu akal-akal kamu kamu semua sudah cukup untuk mengerti. baca. faham. ambil pengajaran.
wassalam.
p/s: sekarang sedang membaca buku "Aku Terima Nikahnya" karya Ustaz Hasrizal. terima kasih kepada sesiapa yang mencadangkan buku ini kepada saya. dulu, saya tak berapa endah, sebab tajuk dia. saya fikir, lambat lagi kot nak kahwin. tapi, selepas dibaca, isinya lebih mendalam daripada tajuknya. tahniah kepada sesiapa yang sudah abis baca. sama-sama ambil pengajaran insyaAllah.

