bangun. memegang lengan kerusi. bangkit, dan duduk melabuhkan punggung sambil melihat cahaya matahari yang berpusu-pusu masuk melalui ruang yang kecil itu. betol kata endi. mari berehat sekejap. tinggalkan sekejap kefuturan yang mengheret. mari menghirup nafas baru!
saya ada satu cerita. cerita ketika saya menjalani program persediaan sebelum saya ke sini, dekat INTEC dulu. saya join satu kem yang dinamakan "Fly High Village". saya lupa apa nama tempat tu, tapi yang saya pasti kem tu ada dekat Gombak, Selangor. ramai juga lah yang join kem tu, macam budakbudak persediaan ke Russia, German, Middle East Program pun ada. alhamdulillah saya kenal lah beberapa orang student dari course lain masa program tu. tak lah saya asek kawan dengan coursemate saya je. bosan. saya masuk kumpulan semut, walau badan saya besar. agugu~
nak dijadikan cerita, pada hari kedua, malam tu. kami diberi ceramah oleh seorang ustaz yang entah datang dari mana mereka kutip. aktiviti petang tadi da cukup buat saya mengantuk, tambah dengan ceramah. adeh. mata kene letak anak mancis baru tak ngantok. tu pun masih belum tentu saya dapat fokus. mungkin juga saya mengacau ngacau kawan saya yang lain. siapa tahu?
ceramah tu, alahai. lama. saya sampai terlelap beberapa kali, tapi dikejut oleh rakan sebelah. huh!.
"bila la nak abes ustaz ni cakap2 ni. da pkol bape dah. ngantok lah weh.....zzzz..."
hah. ni lah ustaz tuh. sedap dia bercakap yea..
alhamdulillah. dalam pukul 1145, habes lah ceramah tu. dan saya pun berlari lah masuk ke dorm saya, terus menyusup ke dalam selimut, dan tidur dengan lenanya sampai esok pagi. agugugu~~
dan esoknya, sekali lagi, malam tu, ada talk pasal muamalat dalam Islam. aduhai. siapa pula yang bagi ni. talk dibuat bukan dekat dewan seperti semalam. kali ini, dalam sebuah dewan yang beratapkan rumbia. cool~
agak lama juga lah ustaz tu nak sampai, dan saya sudah mulai bosan. habes semua tajuk perbualan saya tibai. dalam pukul 10 malam, ustaz tu sampai. beliau pakai baju melayu warna pink orenoren, dan berkopiah puteh.
dan beliau terus mulakan talknya. dan saya mula tertidur. =__="
dalam setengah jam selepas tu (kot?) saya tersedar. dan ustaz tu tak cakap pasal muamalat dah. beliau bercakap pasal perkara umum dalam Islam. otak saya terasa lepas kene refresh. yeah. tido lah katakan. dan saya ingat salah satu perkara yang disebutnya.
"orang pompuan, kalau pakai tudung jarang, sampai nampak bentuk anak tudung, telinga, batang leher, baik tak payah pakai. sama saja hukumnya. sebab masih mendedahkan aurat"
lepas tu, ada lagi yang beliau cakapcakap. tapi saya kurang fokus. sebab saya dah mula ngantok balik. haish.
woah. style gitu.
selepas beberapa hari, saya pun pulang ke shah alam, dan jalani kehidupan seperti biasa, dan masih hidup sampai hari ni alhamdulillah.
sejak saya datang ke russia, saya mengenali beberapa blog pendakwah yang tersohor dekat malaysia. macam dr Asri, Ustaz Hasrizal, Ustaz Azhar, Ustaz Zaharuddin. dan lain-lain.alhamdulillah. tu satu hikmah juga saya datang ke sini. terbuka sedikit fikiran saya. kalau saya masih stay dekat malaysia sekarang, saya mungkin tak kenal mereka-mereka ini. siapa tahu?
dan dalam beberapa bulan lepas, saya terimbau kembali kisah saya ketika saya di Fly High Village dulu. saya ingin tahu, siapa ustaz yang bagi talk dalam program tu. saya bertanyakan kepada sahabat saya, dan dia jawab. "yang malam dalam dewan tu, Ustaz Hasrizal, blog dia saifulislam tu. yang dalam open hall tu, Ustaz Zaharuddin, yang blog dia tu zaharuddin.net. engat tak?"
tahu je hal tu, saya bertempik! (takdelah sampai macam tu. tapi saya agak termelepu) Ya Allah. rupa-rupanya orang yang saya ingin berjumpa, dan kagumi, pernah berada di hadapan saya. dan apa saya buat? saya tido depan diorang. aduh!
rasa yang amat merugikan! oh. sekali lagi. saya melepu. dua benda saya rugi. saya tak dengar sangat apa isi talk tersebut, dan saya tidak kenal siapa penceramah itu. oh.
betol. ilmu yang disampaikan itu lebih penting sebenarnya dari penyampainya. tetapi menjadi lebih bermakna kalau penyampainya seorang yang kita kagumi. setuju?
jangan pernah menyesal atas apa yang berlaku. Allah knows best. InsyaAllah.
mood: redha

