perasaan manusia, memang pelik, kan. kita mungkin dapat baca dari tingkah laku seseorang, tapi kita mungkin juga tidak. kita boleh melihat seseorang tu, selesa, gembira dengan kita, tapi, kita tahu tak apa yang dia nak sebenarnya dari kita. camne dia nak kita bergaul dengan dia, apa perkataan yang dia tak suka. sebab manusia ni, majoritinya ramai yang pandai berlakon. contohnya, ada sesuatu yang cakap, dia rasa gembira, dan dia mesti bagi senyuman. tapi ada juga yang walau kita cakap sesuatu yang tidak berkenan di hatinya, tapi dia masih tersenyum. yang tak berapa nak best nye, takot mende ni terpendam jek. segala tindakan yang kita buat, dia mungkin selesa, dan juga mungkin tidak.
betul kah apa yang dikata seperti yang dirasa?
buang masa kan, pkir pasal ni. fikir sesuatu yang abstrak dimana seseorang manusia tu, kadangkala tak berapa reti nak rasa perasaan sendiri, ni kita lak nak merasa atau mengagak persaan orang lain. buat ape nak pikir sesuatu yang hanya Tuhan yang tahu. serahkanlah semuanya pada Tuhan. dan kita jalani hidup sesebaik mungkin, berusaha tidak mahu menyakiti orang lain.
sebenarnye lah kan. aku tak berapa setuju dengan orang yang pegang konsep "aku buat apa yang aku suka, aku tak kesah orang lain nak kata apa kat aku". kalau kita buat keje, tak kesahkan orang lain, asalkan benda tu memudahkan dan menyelesakan kita, tanpa menghiraukan orang lain. kalau orang yang disekeliling kita tu seorang yang sabar, maka alhamdulillah. misal kata orang yang disekeliling kita bukan spisis yang penyabar, malah pemendam lagi. apa yang dia rasa dalam hati? engat, kejayaan manusia juga boleh tersekat oleh doa-doa manusia lain.
mungkin ada yang bagi cadangan, buatlah slow talk, cakap elokelok. insyaAllah, akan menjadi. tapi, aku tak rasa ramai manusia boleh berbuat begitu jika keadaan camni berlaku padanya. kepada yang berjaya, tahniah. semoga hubungan kamu semua lebih baik. kepada yang tak mampu, sabarlah. banyak kurniaan di sana nanti.
satu luahan pemikiran aku sudah siap, maka sudah mahu masuk tido. esok ada sedikit perjumpaan dengan naqib kitorang. rasa taknak pergi pun ada, sebab banyak kerja yang tak selesai, dengan hasutan syaitan laknat, makin bertambah kuat. tapi, abaikan lah saja.
"Luangkan masa untuk Allah, dan Allah pasti akan meluangkan masa untuk kita"
apa maksudnya? renungkanlah sendiri.
insyaAllah.
Jangan hidup sendiri, hiduplah bersama manusia lain.
p/s: ari ni cuti yay!
