Wednesday, September 22, 2010

marah.sabar.tenang

     alhamdulillah, bangun kembali dari senyap yang senyap.


     dua hari lepas, aku diajarkan sifat Allah al halim. ape mksud al halim? maksudnye tenang. macam mana tenang tu?
tenang macam mana eak? tenang cool? tenang cam beby? tenang cam dalam peribahasa air yang tenang jangan disangka tiada buaya? tenang minum white coffee?



amboi3. tenangnye dye. simbah air kang!




     tenang yang dimaksudkan, adalah tenang, dan sabar dalam sesuatu hal yang kita berhak untuk marah, tapi kita memilih jalan yang lebih tenang untuk tidak marah. dan lebih sabar. (faham tak?)


     banyak ganjaran yang kita boleh dapat, bila kita lebih memilih sabar daripada menggunakan hak untuk marah dalam sesuatu keadaan itu. dalam satu hadith, (aku lupa diriwayatkan oleh siapa). sape yang beramal dengan al halim, dye akan diberi peluang untuk pilih manamana bidadari yang dye nak didepan khalayak ramai di akhirat kelak. macam tu la lebih kurang mafhumnya. (maap. tak diceritakan pula kepada aku ape kelebihan untuk muslimah)


     satu kisah sahabat, masa zaman pemerintahan khulafa' ar-rasyidin, dan aku agak konpius mane satu (Abu Bakar atau Umar). beliau ada sorang anak saudara, dan anak saudaranya itu, ibarat cam bodyguard la. (anak sedara tu bodyguard khalifah). dan anak sedaranya tu jugak sangat akrab dengan sorang arab badwi, dan satu hari, arab badwi nak la jumpa amirul mukminin, dan dibenarkan untuknya masuk kedalam khemah untuk bertemu khalifah oleh anak sedaranya itu. masukmasuk je, trus aje si arab badwi tu menengking khalifah, dan marah. kutuk2 pentadbiran, cakap x pandai memerintah la, dan macam2 lagi segala jadah yang tak patot dicakap. dah la depan semua pembesar pada masa tuh. uih. ini dah kurang asam!



eh! ni dah lebih ni!!




     khalifah memang dah geram masa tuh. beliau bangun dan serta merta penasihat beliau mendekatinya, dan membacakan ayat ini:


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْف ِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِ ين


"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orangorang yang bodoh"  (al - 'Araf: 199)


terus saja beliau duduk, dan sabar, dan biarkan arab badwi tu berlalu pergi.


Bodoh? kasarkan bunyiknya? sebenarnya ni adalah tafsiran indonesia. maksud bodoh disini adalah jahil, dan tidak tahu apa-apa..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     dan akhirnya, sehari lepas tu, aku diuji dengan apa yang telah disampaikan kepada aku.


masa nak mula kelas Russian Language, aku kene la pegi amek kunci kelas dekat kafedra (department). masukmasuk sahaja, terus datang seorang cikgu Russian language, menerpa kearah aku, sound aku, "ape yang kat dagu tu? sape suh simpan? cantik ke? sape kate cantik? sape kate cantik??!!" 


     beliau sound aku depan semua cikgu, dan hampir semua orang tengok aku. pehal lak minah ni sound2 aku. aku xde kes apa2 pun ngan dye.huh! aku geram nak jawab,"ini sunnah nabi kami!" tapi aku senyap je lah. tak hiraukan apa yang diorang cakap. tapi dalam hati, memang meruap2 lah. sampai je dekat geng2 kelas aku,aku pun ceritakanlah, dengan marah2, kutuk2, berkandang2 jenis binatang yang kuar. puas hati!



suara kasar Mickey Rourke dalam citer Iron Man 2: wey....aku ada janggut pun, aku encem lah...



alhamdulillah.. ada gak orang hasilkan poster ni.




    tapi, kalau fikir balik, aku tak tenang seperti yang aku belajar. iya, aku tahu ayat tu, tapi aku tak beramal dengan ayat tu. biarpun pada masa disampaikan kepada aku, aku begitu teruja, tapi bila keadaan menimpa aku, aku lupa, tak hengat langsung, dan gunakan hak aku untuk marah.


ilmu, kalau tidak beramal, sia-sia. untuk mengamalkan ilmu, ada ujiannya, dan ujiannya itulah menentukan hambaNya beramal ke tidak dengan ayat-ayatNya.