Thursday, January 08, 2026

Tanggal 3 Disember 2025. tarikh aku laporkan diri ke jabatan patologi. bukan palataologi. tapi real patologi. kerja makmal. ya. aku applied untuk kerja makmal 6 bulan yang lalu. bukan nak sangat, tapi terpaksa. jiwa aku masih di forensik. genggam pisau biru bersama kesan darah dan busuk mayat masih lekat di hidung, aku sudah beralih arah ke dunia baru. 


dunia lama aku harus tinggalkan untuk aku gerak ke hadapan. kan aku selalu cakap, untuk move forward, you have to say too many goodbyes. so ini lah satu satunya. kenapa tak further forensik? aku tak rasa masa depan aku akan panjang disitu. maybe untuk settle down, ya. tapi sekarang ni aku masih ada sekelumit kudrat untuk memajukan diri, aku pertaruhkan.


salam di pintu muka pejabat disambut mesra. beberapa borang pengenalan diri dan jabatan sudah aku isi. masa untuk gerak ke actual workplace.


aku disambut oleh seorang anchor di makmal

mikrobiologi. Zatil nama dia. dulu masa dia di Hospital Machang, aku selalu dapat referral dari dia dan kawannya macam mana nak belah mayat properly dan macam mana nak tackle boss successfully. haha. nampaknya the table has turned dan aku yang kena banyak refer dia selepas ini.


ada list nama MO di dinding, aku amati satu persatu. MMC semua kepala 9 dan 10. aku? 7. tua dah aku. buat apa lagi nak tukar jabatan baru, nak sambung belajar? bukan dah ada good life? entahlah. aku pun tak tahu. yang aku tahu, ada keinginan untuk sambung belajar yang sebesar zarah yang aku sendiri tak tahu dimana bahagian dalam tubuh aku, aku perjudikan. 


setelah hampir sebulan aku tag, aku cuba faham beberapa carta alir kerja.


dalam mikrobiologi ada banyak pecahan, antaranya bakteriologi, virusologi, immunologi, parasitologi, mycology, dan serologi. lab yang aku attach sekarang ni adalah lab bakteriologi. 


dalam lab ni dia ada beberapa bench atau workplace.


bench pertama adalah bench culture.


bench ini akan terima sampel kajikuman dari seluruh hospital, termasuk secondary (district hospital) dan primary (Klinik Kesihatan). antara sampel yang diterima adalah darah, air kencing, nanah, najis, kahak, air dalam paru paru, air tulang belakang dan banyak lagi. bench culture ini akan sort dan ambil setiap sampel ini dan letakkan ditempat yang sepatutnya. selepas sort diorang akan streak culture menggunakan wire loop ke atas dedicated media. media ni yang dalam petri dish yang ada macam macam color. contoh media adalah blood sheep agar, blood horse (chocolate) agar, Thayer-Marten (TM) Agar, Mueller-Hinton Agar, Mac Conkey dan banyak lagi. selepas streak dilakukan, culture ini akan diincubate seharian sebelum diasingkan ke bench lain seperti bench blood and fluid, bench pus and sputum, bench urine dan bench fungi, dimana setiap bench ada juruteknik makmal terlatih ready dan good enough nak identify mana sample takda growth, growth yang straightforward dan mana sample yang ada growth yang perlu rujukan MO.


bunch of culture medias. Juruteknik makmal ni akan susun pagi pagi dan percayalah semua ni akan habis sekejap je. next batch pulak!


jadi, next bench MO.


di bench MO, kami akan cuba identify bakteria based on available sources untuk proceed identification test, samada hanya perlu menggunakan sugar set, ataupun terus ke mesin MALDI-Tof. kenapa tak mesinkan semua supaya lebih cepat dan precise? sebab satu cycle untuk run MALDI-Tof adalah mahal. satu cycle 30 minit, ada berpuluh puluh slot. setiap slot berharga RM80, dan kami menerima sample beribu-ribu sehari. jadi tugas kami ni cuba screen mana yang boleh elak guna mesin (means guna cara tradisional), kami elak. 


selepas identify kuman jenis apa, kami akan proceed ke bahagian antibiotic sensitivity testing, dimana setiap kuman tu akan diuji tahap keberkesanan terhadap antibiotik tertentu, seperti pencillin group, ciprofloxacin group, macrolides, cephalosporin group dan banyak lagi, menggunakan disk kecil. makin sensitif kuman terhadap antibiotik tu, makin besar bulatan akan terhasil disekeliling disk antibiotik tu.


selepas buat antibiotik testing, kami akan proceed ke bahagian reporting. reporting ni crucial ya. kami perlu report sampel dari pesakit ni ada kuman jenis apa dan sensitif dengan antibiotik apa. jangan terkejut kalau ada kuman yang tidak sensitif dengan mana mana antibiotik. contohnya, Burkholderia Cepacia Complex Species. banyak kuman bawah kategori ni. macam mana nak rawat? entahlah.


so far aku akan datang pagi pagi dan study apa jenis kuman yang common, apa group antibiotik, pharmacodynamics dan pharmacokinetics setiap drug. memang 180 degree lain terus dari forensik. nak tak nak aku kena belajar dan aku harus pick up cepat. nanti dah nak kena oncall. MO sini semua muda muda, tahun 94-95. vibe dia tak sama macam geng tahun 90. most of aku charm dan lawak tak sampai dekat diorang. worst case? kena explain. aku buat eksperimen, lawak aku acceptable sampai tahun 92 je. yang lain? penat.


dan diorang tak welcoming sangat at first. tapi lepas lama kelamaan diorang mula break the ice. tapi aku respect si Zatil tu. betapa bodoh dan slownya aku, dia tetap sabar ajar aku, explain satu demi satu. tak pernah sentap tak pernah marah. sebab tu boss pilih dia sebagai anchor. mudah nak mengasuh MO baru yang lembap macam aku.


oh Syahmi sorang lagi. layan je soalan bodoh aku. yang lain? macam malas layan. i get it. aku kena belajar sendiri, tanpa harapkan orang lain.


yelah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


basically microbiology ni macam zoo, tapi under microscope. contohnya kucing. kucing bawah keluarga feline yang banyak jenis. contohnya siamese, Malaysian, Maincoon, British shorthair dan banyak lagi. Staphylococcus pula sejenis kuman yang dibawahnya banyak lagi, Staph Aureus (SAUR), Staph Epidermidis, Staph Saprophyticus dan banyak lagi. aku kena belajar identify diorang bawah mikroskop, macam mana warna, bentuk koloni, bau, jenis makan darah ke tak. macam macam. banyak yang aku kena faham dan belajar.



Shiny metallic sheen. pathognomically character for Burkholderia Pseudomallei. kuman yang bertanggungjawab kepada penyakit sial bernama melioidosis.


aku doa yang aku dapat jadi macam Zatil dan Syahmi. sabar untuk train orang baru. dah lah bijak. insyaAllah.


sudah lama dalam jabatan ni, aku masih tak rasa jiwa aku disini, dan to be honest aku struggling everyday. takut nak jejak masuk makmal. tapi aku pegang satu je. good things take times. semua benda pun. so, hadap dan sabar je lah.


sabar, dan belajar. 



aku rindukan life aku yang dulu. rasa excited sebab akhirnya selepas 5 tahun menunggu, pokok mangga ni berputik, instead of risau nak hadapi kerja nanti macam mana.


dramatic much?


sabar dan belajar. tu je.



Mofar Rahman.