Thursday, January 08, 2026

Sejak tahun dua pengajian, tahun 2009 ramai pelajar universiti aku yang ulang alik bercuti ke turkiye, balik ke tempat aku bercerita betapa cantiknya istanbul. betapa megahnya hagia sofia, betapa kagumnya mereka dengan Blue Mosque. keterujaan mereka menjadi misteri yang sangat besar bagi aku.

sentuhan senibina dan susunan batu zaman empayar byzantine yang membina gereja Hagia Sofia, penuh dengan hasil lukisan tafsiran manusia dari kitab injil di dindingnya. namun gereja ini tidak dirobohkan ketika penawanan istanbul oleh Sultan Mehmet Al Fatih tahun 1453. nabi pernah bersabda “Constatinople akan ditawan. sebaik baik pemimpin adalah pemimpinnya. dan sebaik baik tentera adalah tenteranya” (H.R Imam Ahmad). selepas hampir 800 tahun hadith ini berlegar akhirnya Istanbul ditawan Islam. dan Hagia Sofia adalah bukti keindahan Islam. gereja agung tidak diroboh, malah ditambah baik jadi masjid. lukisan tidak dibuang, hanya ditutup dan mimbar pula yang ditambah.

Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed I, Sultan Muda Uthmaniyyah masa tu. masjid yang tidak dibina atas dasar kemegahan menang perang besar, namun dibina untuk menjaga tsiqah rakyat turki pada ketika itu walau kalah dengan tentera Parsi. seni arkitek Uthmaniyyah yang berdiri gah hingga hari ini. aku ingin melihat sendiri kekayaan cahaya yang menembusi hampir 260 tingkapnya yang dikatakan membuat rasa zuhud dalam hati. senior ada bagitahu, masuk je dalam tu, rasai kebesaran Tuhan dulu. baru ambik gambar. 


dua tempat ni merupakan aku punya wishlist dari dulu. namun ada hal yang aku tak boleh elak. takpe, selagi hidup, pasti ada peluang lain. insyaAllah.




Mofar Rahman.