Sunday, November 16, 2025

Setel je main game aku bersandar kejap di kerusi. wife aku tidur di sebelah dengan dengkuran halus. penat study kot. nak exam khamis ni. job interview pula sehari sebelum tu. 


jam pukul 11 malam. aku cuti lagi esok (yay!). dah lama tak cuti untuk me time. so aku tapau tiga hari sekali gus. hari ni alhamdulillah went well. banyak task tertunggak, sudah langsai hampir 90%.


aku buka aplikasi Netflix di desktop ni. scroll ke bahagian “continue watching”. aku tengok ada satu cerita cina tajuk “Nice View” yang belum sempat aku habiskan, berbaki 20 minit. tak sempat habiskan hari tu sebab tengok dengan anak anak. memang bergolak. aku kemana, jalan cerita kemana, last sekali hauk.


so aku nekad habiskan malam ni sebab nak tahu ending. katanya antara cerita emotional di Netflix. tapi so far aku tengok dengan gangguan tiga makhluk halus, aku tak boleh appreciate it. 


cerita Nice View ni mengisahkan seorang pemuda yang menjaga adiknya yang ada congenital heart disease. both parents dah kiok jadi dia kena jaga adik dia. mula mula dia ada job refurbish fon, tapi lama kelamaan kerajaan China haramkan telefon pintar refurbish, jadi dia takda job takda duit takboleh bayar sewa dan belanja last last melarat. dipercepatkan cerita dia jumpa lubuk fon reject, identify problem, buat kontrak dengan syarikat pengeluar fon tu untuk baiki semua yang rejected. selepas settle job tu on time, CEO company tu ambik team dia untuk next project syarikat tu, dan after 6 years semua orang succeed.


cuma aku takboleh terima sebelum end credit tu dia macam freeze gambar main character dan supporting, kononnya nak update kehidupan diorang latest. contoh Mamat ni berjaya bukak cybercafe dan held many e-games punya competition. Mamat ni pulak yada yada. dan aku pun google lah eh Nice View ni based on true story ke? eh tak pulak. maknanya director dia ni syiok sendiri la apooo. kau fiction kan? act like one la dei.


aku kembali ke list movie dan series di netflix. setiap show ada thumbnail picture dan bila aku hover mouse aku keatas gambar tu akan muncul video pendek untuk mempromosikan cerita tu. 


aku scroll lagi ke bawah. 


aku perasan sesuatu.


each of the thumbnails tu kan adalah hasil sebuah organisasi jawatankuasa kerja. tak kiralah peringkat Hollywood ke Malaywood ke Tollywood ke. semua orang bekerja keras untuk hasilkan karya yang worth listed dalam netflix. setiap pelakon dan penggiat seni berhempas pulas untuk hasilkan satu hasil seni dalam bentuk filem ataupun movie untuk pelanggan netflix melayaninya. dan viewer pula hanya scroll pass through je hasil titik peluh diorang yang makan berjuta emosi berbelas belas bulan lamanya. haha. kadang kadang rasa tak adil, rasa kesian pun ada. movie diorang di scroll keatas dan kebawah sahaja tanpa mendapat perhatian yang diharapkan.


kalau aku pun, kalau hasil kerja aku di skip macam tu sahaja tanpa diberi peluang, aku pun sedih. tapi macam tu lah hidup. semua dipertandingkan dalam arena masing masing. ada yang menang besar macam Kpop Demon Hunter (dan next upcoming Stranger Things) dan kalah tanpa dendang seperti movie yang not worth remembering.


Kita mungkin hanya thumbnail dalam hidup orang lain. ada yang berhenti tengok, ada yang tidak. yang penting kita usaha tanpa henti. sampai dapat capai apa yang kita impikan selama ini. 





entah apa aku mengarut. haha.


bye!



A.M.