aku ingat lagi, sekitar bulan Jun 2018, selesai sahaja post mortem kes remaja VSD in failure di Unit Forensik Hospital Gua Musang, Dr Wan Zamri (yang ketika itu merangkap pakar forensik oncall hari tu, Ketua Jabatan Forensik HRPZII, dan juga Ketua Perkhidmatan Forensik Negeri Kelantan) datang dan duduk sebelah aku. dia bersandar dan melegakan diri. tiba tiba dia memandang aku dengan serius.
"Kau nak buat forensik?"
"Alhamdulillah. ada jugak minat tu boss hehe"
"kau jangan minat. kalau setakat minat, aku pun minat Neelofa. aku pun minat Erra Fazira"
"haha. betul boss."
"Sebab aku nampak, kau boleh buat forensik."
aku terdiam. aku rasa gementar.
"kalau kau nak, aku boleh tolong kau. tapi kau kena sabar, aku akan usahakan. aku akan bawak kau dari sini ke Kota Bharu"
"baik boss! terima kasih!" aku jawab dengan teruja! sudah dua tahun aku di nombor 26/72 dalam senarai permohonan pertukaran dalam negeri.
fast forward, 16/1/2022 aku melaporkan diri di Jabatan Perubatan Forensik HRPZII. ketika menunggu surat lapor diri di pejabat pengarah, kebetulan aku terserempak dengan dua timbalan pengarah hospital masa tu, Dr Tengku Anas (sekarang pengarah Hospital Tumpat) dan Dr Nik Faizal (sekarang pengarah HSIP) tegur aku.
"dapat forensik ke?"
"ya boss."
"wah hebat. tak selalu Dr Wan terima MO masuk jabatan dia. good luck lah haaha"
aku terfikir, teruk sangat ke Dr Wan ni? dan kenapa aku terima ajakan dia? ah mampus.
hari kedua di jabatan aku minta cuti dengan boss, atas alasan untuk kemas rumah since aku baru pindah dari Gua Musang.
"kalau kau nak tahu, barang aku dari Glasgow dah 20 tahun aku tak bukak tahu"
haha. baiklah boss.
Ketika awal waktu aku disana, ada beberapa orang MO forensik. ada Diyanah, Syamira, Muiz, Nik, Hanis, dan aku. boss pula hanya ada Dr Wan dan Dr Siti. kedua-dua boss aku ni ada perks masing masing. macam old school dan new school. ada yang lebih lenient, ada yang lebih strict. berkuasakan 7 orang ini kami cover satu negeri. dari utara tumpat hingga ke penghujung Gua Musang kami terjah mengikut keperluan. tidak kira waktu dan tidak kira hari. ada kes kematian yang perlu kami harmonikan, kami hadir.
tika waktu berlalu, Dr Wan sudah pencen pada 28 September 2023, Diyanah pula melanjutkan pelajaran awal tahun 2023, dan Nik pula yang kononnya masuk radiologi akhirnya resign buka klinik sendiri pada pertengahan 2024, jabatan kami diganti dengan pakar baru Dr Izyan dan MO baru, Faizal. Faizal ni pada asalnya adalah MO forensik asal jabatan ni dan berpeluang sambung master. namun selepas dua tahun berhempas pulas akhirnya dia menarik diri dari program dan dia masih diterima disini.
teruntuk 1416 yang aku luang disini,
1. terima kasih kerana mengajar aku cara bedahsiasat yang betul. dari teknik sternotomy hingga ke teknik full enbloc by the book. teknik kelawar, teknik en bloc separuh dan semuanya.
2. terima kasih kerana melibatkan aku dalam pengurusan aktiviti organisasi yang membuat aku berjumpa ramai orang dan mengajar aku kemahiran pengurusan.
3. terima kasih kerana tidak banyak memarahi aku dan mempercayai aku jika berkenaan teknologi, gajet dan melibatkan kemahiran menghias digital.
4. terima kasih sebab selalu layan lawak bodoh aku walaupun sometimes point tak sampai dan exaggerated tapi selalu disusuli hilai tawa tanpa membuatkan aku rasa awkward.
5. terima kasih sebab selalu pergi travel dan share share tips travel dengan aku.
6. terima kasih sebab selalu ingat dekat kami dan belikan souvenier walau sekecil kecil penanda muka surat berbentuk Gunung Fuji.
7. terima kasih sebab selalu sabar dengan aku, ajar aku benda sama pasal findings histologi. tak pernah berleter dan tak pernah marah. tunjuk dekat aku satu satu cara untuk interpret findings.
8. terima kasih kerana percayakan aku untuk bawa task besar untuk sediakan slide akreditasi jabatan untuk hospital walau pada akhirnya hanya diskip begitu sahaja.
9. terima kasih sebab selalu ganti oncall aku tanpa menolak dan tanpa banyak alasan. selalu bagi kemudahan dekat aku, bagi pinjam kolam bagi pinjam pasir. layan lawak aku dan tidak pernah terasa hati dengan sindiran sindiran aku.
10. terima kasih sebab selalu menyokong aku tentang hasil kerja aku. tak kiralah apa jua. laporan perubatan ke masak ke design slide ke. tak pernah rasanya aku dikritik. dalam 4 tahun ni memang kurang berinteraksi tapi percayalah setiap kali ia berlaku momen itu sangat bermakna bagi aku dan aku ingat.
11. terima kasih sebab bukakan mata aku kepada dunia dan bagi tahu aku dunia ini bukan sekadar dalam kepala aku. ada dunia pertanian, ada dunia pelaburan, kripto dan sebagainya. terima kasih sebab ajar aku dunia hartanah juga. setiap kali bercakap pasal duit pasti ayat ni keluar “selama bertahun tahun aku dalam bidang ni pelaburan tanah lah yang paling selamat dan paling menguntungkan.” terima kasih sebab selalu sapot aku dan benda yang aku minat. teman aku pergi beli kasut lari yang baru. racun aku sampai berbuih mulut aku dibuatnya. terima kasih juga sebab selalu share pengalaman kau sebagai ayah. tanpa kau sedar banyak ayat ayat kau menyedarkan aku terutama dalam buat keputusan dan bertenang. dalam bersahabat aku juga nampak kau macam abang aku. terima kasih juga selalu offer untuk pergi makan naik kereta kau tanpa banyak soal dan keluhan. terima kasih juga sebab teracun dengan hobi aku. haha. terima kasih juga sebab sudi datang tolong aku buat kes!
12. pada awalnya aku tak suka kau. entah kenapa tapi aku rasa tak selesa. maybe sebab attitude kau agak reserve dekat stranger. tapi selepas bertahun tahun berlari dengan aku aku mula kenal kau, dan aku berterima kasih pada tuhan sebab kenal kau. terima kasih sebab selalu berkorban untuk aku. terima kasih kerana banyak memudahkan urusan aku, menyenangkan proses hidup aku di forensik ni. terima kasih sebab banyak tolong aku buat kes. sanggup datang dari jauh untuk tolong aku, standby masa aku oncall. jarang la kau tak datang masa aku perlukan pertolongan. terima kasih sebab sanggup adjust jadual oncall supaya ada masa standby untuk aku jika aku ada kes. terima kasih sebab banyak berkongsi tips anak anak dengan aku. sanggup dengar cerita aku ketika aku kehibaan. sanggup cuti untuk teman aku panjat Bukit Bakar, sebab taknak bagi aku keseorangan. walau kau tahu Bukit Bakar tu ada kes serangan harimau, tapi kau tetap datang. risau aku keseorangan barangkali. haha. terima kasih juga sebab teracun dengan hobi bela ikan hahaha.
13. terima kasih sebab selalu bawa aku dan layan makan tengahari dengan aku. restoran cikgu, restoran warisan, restoan ikan bakar jati, kedai makan SSF, kedai makan Abe Mie Langgar, kedai makan Abe Mie Pasir Hor, Restoran Al Malik, Hadramawt Pengkalan Chepa, Bhai Biryani, Samurai Yakiniku, Konoha Buffet, Seoul Garden, Restoran Pohon Nako dan banyak lagi. terima kasih sebab ada masa kematian Abah aku. terima kasih sebab teman aku ke Balai Polis untuk lapor kematian. terima kasih sebab datang solat jenazah Abah aku. terima kasih sebab layan topik dan pendapat aku, daripada perihal tanah, perihal larian sampai join KBHM, dan banyak lagi. terima kasih buat perjalanan aku di forensik lebih menyeronokkan.
dalam banyak banyak perpisahan, aku boleh rate yang perpisahan kali ni tidaklah hardcore sangat. sakit dia sekala 3/5 je. sebab aku masih berada di hospital yang sama cuma berlainan jabatan. aku masih ada peluang nak jumpa. aku masih ada peluang untuk makan bersama. cuma dalam 2 3 hari berpisah ni aku tak sempat luangkan masa. masa sangat mengekang aku.
tapi aku harus terima, walau berlaku perlahan, perpisahan tetap berlaku sedikit demi sedikit. aku tahu rasa ini. aku tahu jalan ini. sudah berkali kali aku hadapi dan sakitnya masih sama.
pada awal peringkat perpisahan, perbualan di whatsapp masih rancak dengan lawak lawak bodoh. rasa macam masih dihargai. tetapi lama kelamaan hubungan makin hambar terpisah jarak, waktu dan pendapat. lama kelamaan pula perbualan akan rasa terpaksa. lama kelamaan semua details dan kegembiraan hilang ditelan masa. yang tinggal hanya kenangan dan rindu yang terbuku dalam hati yang hanya datang sekilas tidak layak untuk diluahkan. dan ditelan hingga ke isi perut paling dalam.
aku tahu kitaran ini. aku tahu rasa ini. sudah lama aku bergolek dalam kitaran ni dan aku terkeluar. dan aku faham kita sudah tidak serapat dahulu lagi. bukan sebab tak sayang atau tak rindu, tapi sebab hidup. its hurt, its such a bullshit, but its okay.
Dan di setiap kitaran, aku selalu sampai ke satu kesimpulan:
Aku ni sentiasa replaceable.
Siapa pun aku, dalam hidup orang — akan ada orang baru isi tempat tu.
Tempat baru pula… aku masih struggle.
Culture shock.
Prinsip berubah 180°.
Aku masih banyak tanya, banyak tak tahu.
Rasa macam membebankan.
Tapi proses memang begitu.
Dan aku cuba percaya pada proses ini.
Untuk semua sahabat yang temankan aku bertahun-tahun,
aku hanya nak cakap:
Terima kasih.
Aku takkan lupakan kamu semua.
Mofar Rahman