Saturday, April 08, 2023

Seketul Lily

Cukup dua hari lepas Lily genap berumur 9 bulan. oleh itu aku ni sebagai parents yang ikut rapat saranan kerajaan dan menyokong penuh program imunisasi negara, aku dengan wife bawakla budak kecik comel tu Klinik untuk dapatkan suntikan imunisasi. walau dah delay dua hari tapi takpelah kan. 

setibanya di perkarangan klinik aku lega parking space masih banyak walau kami keluar agak lambat pagi tadi. ada beberapa kenderaan milik staff aku rasa sebab memang tak ada langsung pelanggan yang lain.

alhamdulillah semua urusan kami dipermudah. daripada proses pendaftaran ke proses menimbang. Lily kelihatan tenang dan behave sahaja. dia tidak tahu apa yang akan dia lalui nanti. aku sebagai ayah yang suka tengok anak sengsara demi kebaikan dia, aku hanya diam sahaja. kalau aku bagitau atau spoil pun dia bukan tahu pun.

ketika pemeriksaan Lily aku yang memegangnya hampir sepanjang masa supaya mudah tuan doktor buat pemeriksaan keatas Lily sebab tuan doktor tu lelaki. katanya Lily ni berat naik cuma tak cantik kalau tengok pattern. 6 bulan pertama she seems fine. selepas sahaja 6 bulan berat dia naik cuma seakan mendatar. dan bagi doktor, graf tersebut tidak memberansangkan. apabila diakses neurolgi, Lily berkembang dengan jayanya dari segi sosial dan perkembangan motor halus. walaubagaimanapun doktor cakap Lily ada sedikit drawback dalam perkembangan motor kasar. 

apabila ditanya, Lily masih belum merangkak. dia selalu in position all four tapi dia tidak advance ke hadapan. dia selalu akan rebahkan dadanya sebelum mengensot untuk mara kehadapan. sebagai budak yang masih tidak boleh berjalan, Lily adalah pakar mengensot. asal letak bawah sahaja dia boleh kemana mana sahaja. baru letak dua saat sahaja si budak Lily ni sudah meneroka hampir separuh ruang tamu rumah ni. di tengah konflik kakak dengan abang pasti ada dia akan merayap mengensot di antara keduanya. samada penjadi pelerai pertelingkahan atau hanya sebagai pembersih vakum. ya pembersih vakum sebab dia akan mengutip apa jua di atas lantai along her path (getah ikat rambut kakak, sisa biskut abang, sampah daripada sekolah kakak, dan macam macam lagi) biasanya dalam situasi tersebut aku akan panggilnya askar. namun perkembangan ini tidak memberangsankan si doktor. katanya Lily perlu lebih masa di bawah instead of dukung selalu. hai tuan doktor, saya ni jenis malas ya nak dukung anak kalau takde arah tujuan. katanya kaki Lily masih lemah. elakkan guna walker dan sebagainya. aku jeling kearah wife, dia hanya diam membatu. 

Lily sudah pandai menyebut Ba ba ba buat masa sekarang. kesian jugak sebenarnya dah 9 bulan tapi tak boleh cakap lagi. aku mengajarnya perkataan simple seperti determination, extinguish, pneumoconiosis, expelliarmus, expecto patronum, tapi Lily masih gagal menyebutnya. doktor pun cakap setakat ba ba ba tu dah okay. aku hanya mampu redha.

di dalam perjalanan pulang wife aku hanya memandang kehadapan while Lily was strapped in her carseat. dia tidak bersuara tetapi nampakla ketidakpuashatiannya itu. yelah kami jaga dia hari hari, doktor tu tengok 5 minit pun dan judge macam macam. wife aku dia macam sentap la sedikit. but as a determined mother, she immediately comes up with few plans and lay out before me, in order to catch up Lily punya gross motor dan neurology lain. aku hanya dengar dan bersetuju. supportive tak? haha.

semoga dipermudah.


Lily Iman ni boleh dikatakan senang nak dijaga asalkan ada ibunya ada di depan mata. rengekannya kurang ketika bermain. semua senyap je. tapi kalau masuk bab ngantok dan lapar kau sabar jelah. haha. dia playful, suka senyum. kalau tinggal rumah orang perform aja ya. malam malam tak bangun. makan banyak. kalau duduk dengan kami habis semua benda nak berperang. so far bagi aku, si Lily ni paling susah nak ditidurkan haaa.

kalau waktu dia mengantuk biasanya wife aku jadi frontliner la nak tidurkan dia. tapi kalau first step dah kelaut maka akulah yang aku jadi tukang penidur dia. well dengan aku dia akan struggle sikit nak tidur. berpusing berlipat berpulas. silap haribulan aku baling jugak budak ni. tapi bila dia dah calm dan berserah dia akan letakkan kepala atas dada aku. ketika itu aku akan dukung dan hayun dia dalam dakapan aku. most of time aku akan bercerita kepada dia tentang aku, tentang kisah aku. aku bisa ceritakan rahsia terdalam dalam hidup aku tanpa aku rasa bersalah. and she heard everything, know everything in my heart. 

satu hal je yang aku tak berkenan kalau dukung budak ni. kalau dia dah lentok kan, tetiba ternampak ibunya aku seakan akan dengar dia mengeluh tau. lepas tu tengok aku dengan pandangan hambar like, "lah aku nak buat apa dengan laki ni" damn gurl abi buang jugak awak ikut tingkap baru tahu.

taklah abi gurau je. abi sayang awak Lily. sayang sangat.






Mofar Rahman
Rumah kita.