Ketika aku sedang asyik melayari internet, membuat blog hopping. satu aktiviti yang sudah berkurun aku tak buat and this time i might say, it was very fruitful. aku akhirnya mendarat ke beberapa blog yang kena dengan jiwa aku. rata rata dalam bahasa inggeris. seronok baca ayatnya. seronok baca ceritanya. seronok teliti gaya bahasanya. macam mana ayat disusun sehingga menjadi satu karangan. ada yang panjang dan pendek. oh blogging dalam bahasa inggeris adalah impian aku. tapi english bukan lah kubu terkuat aku. takpe, keep dreaming the dreams until it turns into reality.
sudah beberapa aku bookmark kedalam senarai kegemaranku. di mana kamu orang selama ini ya. semua ceritakan hal masing masing. every own struggles. emosi, jalan cerita. perihal persona kegemaran. blog ibarat diari diri sendiri yang hanya tukang bacanya pun diri sendiri. sama macam aku. sekadar untuk meluruskan apa yang kusut di kepala dan melepaskan perkara yang sesakkan dada.
akan tetapi rata rata blogger ini sudah meninggalkan ruang kecil masing masing. 1 year ago, 2 years ago. malah yang 3 4 years ago pun ada lagi. their writing is soo good malah aku jatuh cinta pada penulisannya dan aku rasa teruja untuk mengenali tuan penulisnya. akan tetapi jodoh kita berdua sampai disitu sahaja apabila penulisnya meninggalkan blog nya, dan aku yang terkesima.
tiba tiba aku rasa sedih. belum mengenali aku sudah ditinggalkan. cerita dan kisah hanya tinggal di sesawang internet. empunya rumah sudah tiada. perkenalan yang bersifat tidak kekal. hanya setakat itu tulisan ditinggalkan, maka hanya setakat itu aku hanya mampu mengenali.
ada antara mereka yang katakan blogging in 2023 sudah irrelevant. katanya sebab dah hilang peminat, hilang pembaca. adakah itu yang kau sasarkan ketika awal pemula kau wujudkan rumah kecil kau itu? untuk didatangi orang dan tanda hadir?
bagi aku blog ini adalah catatan aku bertumbuh. daripada seorang ini kepada seorang yang lain. setiap peristiwa penting aku zahirkan di dalam bentuk tulisan agar aku boleh kembali untuk menghargai suatu hari nanti. blog aku ini adalah bukti aku sudah berubah, dan penanda bahawa aku tidak boleh menjadi aku yang lama dahulu.
rumah singgah ini adalah translasi terus daripada katanya. tempat aku singgah untuk berehat, bercerita, menyusun perkara yang mengusutkan dada di benak kepala. tempat aku mengimbau kembali, mengakses memori yang aku lupa aku pernah lalui. jatuh bangun hidup aku, hampir semua aku lampirkan disini.
blog ini aku hadiahkan kepada anak anak aku untuk mereka mengenali aku andaikata aku sudah mati, dan tidak sempat untuk mereka mengenali Abi mereka. blog ini juga aku hadiahkan kepada mereka yang sangat bermakna di dalam hidup aku. orang yang sentiasa berada disamping aku tatkala aku sedar dan tidak sedar. orang yang mencintai aku terus menerus tanpa bosan di dalam hidupnya.
terima kasih kepada jiwa jiwa yang menghidupkan aku. membuat aku terus kuat. membuatkan aku terus istiqamah untuk singgah ke rumah ini untuk bercerita dan mengimbau masa lalu.
Rumah singgah, rumah kita.
Mofar Rahman
Rumah Kita.