Sunday, March 05, 2023

Pendengar profesional

2 hari lepas ketika aku tengah siap siap nak pergi kerja, aku terfikir satu benda. wife aku time tu tengah struggling dengan tudungnya, dengan awningnya, dengan anak no 2 tengah tembak dia dengan machine gun kedai ECO, dan no 3 tengah berlakon jadi bayi terbiar melalak kaw kaw. aku perati je kerenah dua dua ni. kalau ibu dia takde around relaks pulak. santai gitu, buat hal masing masing. bila ibu ada je terus ting tong. diorang ni tengah buat show prank ke apa? 

berbalik kepada issue asal.

aku ada tanya dia, what if kita tak kahwin lagi sekarang? awak buat apa? or awak akan kahwing dengan siapa? dia tidak menjawab, ditambah pula dengan pertanyaan, "entah tak tahu lah. awak?"

heh.

aku cakap dekat wife aku, kalau aku tak kahwin lagi dengan dia, aku akan buat dua job. job nombor satu aku ni adalah job hakiki aku sekarang. 

job no 2 yang aku nak buat adalah job meneman. ha takot tak dengar istilah tu? hehe

sebelum fikiran kamu orang entah kemana mana, biar aku terangkan apa yang aku nak buat. 

kalau dekat jepun sana ada servis untuk jadi boyfriend upahan. seseorang yang boleh diupah untuk menyamar jadi boyfriend, bawak pergi majlis, bawak pergi jumpa family. im kinda interested in that service.

aku nak jadi pendengar setia masalah orang. hanya lelaki ya. tidak banyak benda yang kena buat. hanya dengar luahan orang. apa yang dia nak cerita. apa jenis masalah sekalipun aku akan duduk depan dia, dan dengar apa yang dia nak cakap. 

sebab bagi aku, nowadays, selain kesihatan jasmani dam rohani, kesihatan mental sama sahaja gravitinya. semakin lama manusia semakin stress. masalah kian meninggi, jarang menghilang sendiri. sometimes people just wanted to be heard. kadang kadang juga masa ada, sibuk pun kurang, tetapi tak ada pulak orang yang ingin mendengar.

aku ingin mendengar masalah semua orang. hanya mendengar, dan respond accordingly. tiada personal bond. just a story to a stranger. vent out everything. terutamanya lelaki. sebab lelaki sekarang jarang didengari dan dihargai. lelaki seakan dilatih untuk pendam dan simpan masalah. sebab sekarang orang dah raise awareness pasal male mental health, sejajar dengan peratusan kes suicide dalam kalangan lelaki yang kian mencanak. biarlah orang cakap "dekat dengan Tuhan, masalah kau akan hilang". betul benda tu aku tak nafikan, tapi kena ingat kedalaman pemahaman dalam agama 

procedure dia simple. jumpa dekat public restaurant, minum air. dan cerita. haha sounds easy kan padahal banyak benda kena buat untuk break the bubble. tak kira lah masalah apa. masalah rumah tangga kau, masalah kewangan, masalah dengan partner kau, masalah dengan bos, masalah dengan mak bapak kau, masalah kereta kau, addiction kau, perasaan aku, jiwa yang terpaling dalam. aku nak dengar. and i will listen to you closely sampai kau rasa perasaan yang berkerak di dada kau semakin lembut dan semakin terbang. aku nak kau bebas. tak dapat semua, at least kau cerita apa yang berkecamuk dalam fikiran kau. tak semestinya aku akan solve problem kau, at least aku ada untuk mendengar luahan kau. 

apa pun, you guys get the idea. of course banyak benda kena diperhalusi, legal rights, legal practice, secrecy, possible upcoming problem. semua ini hanyalah khayalan dan aku harap ada orang buat secara professional dan mengikut syariah dan landasan agama. every session tak boleh dengan same person, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan banyak lagi.


haaa gitu. ok done berimaginasi.


bye.


Mofar Rahman

yang sentiasa standby kalau anak anak bangun dan mengigau tak tentu hala haha!