Seorang lelaki awal 30 an bertenggek pada pagar balkoni apartmentnya. suasana gelap hanya diterangi cahaya hujung puntung rokok yang dibakar, tersemat elok diantara kedua bibirnya. asap dihembus ke langit, hanya hilang sebelum mencecah siling.
Muiz mencapai peranti mudah alihnya di dalam kocek seluar. butang unlock ditekan di sebelah kanan atas alat tersebut.
1:04am.
ikon aplikasi ‘whatsapp’ ditekan lalu terpapar pada skrin lcd telefon pintarnya. cahaya terang memancar daripada alat tersebut dengan kekuatan 76% ke arah mukanya diturunkan menjadi 50%.
“hai dah home?” yang ditulis pada 8.20pm hanya berstatus ‘bluetick’.
Budin menegur dari arah belakang.
“sudah sebulan lebih kau macam ni Muiz. stoplah sakitkan diri kau sendiri. berhentilah jadi bodoh. dia dah jadi milik orang lain pun!” herdik si Budin.
Muiz hanya mencebik.
“Dia sayang aku. dia cakap sekali dia sayang, dia akan sayang aku selama lamanya”, jawab Muiz selamba. matanya tertancap kearah telefon pintarnya, sambil membaca perbualan perbualan lama.
Budin merengus lalu merampas telefon Muiz daripada tangannya. telefon tersebut dihempas ke lantai, menyebabkan skrinnya retak.
“kau kenapa ni setan?!” Muiz mula menyerang Budin. tangannya cuba menerpa kearah batang leher Budin, akan tetapi ditangkis oleh Budin lalu menghadiahkan satu penumbuk padu ke perut Muiz.
Buk!
Muiz jatuh tersungkur sambil mengerang menahan sakit. air liur mula memenuhi rongga mulutnya diludah ketepi. Muiz cuba bangkit. tangannya memegang di birai penghadang untuk menyokong tubuhnya untuk berdiri. matanya menjeling ke arah Budin.
“Bangsat!” Muiz laju berlari kearah Budin, melompat dan menujah kaki kanannya ke arah Budin. tujahan tersebut tepat terkena dada si Budin menyebabkan dia terpelanting, jatuh keatas pasu pokok ficus bonsai yang baru sahaja ditanamnya 2 bulan, lalu pecah.
“Aku tak boleh tanpa dia Budin. dia balas balik simple pun takpe dah. kau takkan faham. dia nyawa aku. 4 tahun aku dengan dia. hari hari aku ada dengan dia. hari hari aku cerita dekat dia. dia cakap dia sayangkan aku! kau tak faham. kau takkan faham!”
Budin mencapai satu serpihan pasu pecah dan menerpa kearah Muiz. melihatkan reaksi Budin, Muiz menjadikan lengan kanannya sebagai perisai.
Serpihan pasu mengenai lengan Muiz dan mengoyakkan kulitnya, memotong salur darah dan mengeluarkan darah yang banyak.
Muiz kaget, dan terundur sedikit ke belakang. Budin seakan harimau buas, melompat dan menindih si Muiz. kakinya berada di dalam posisi gunting lalu mengunci badan Muiz menyebabkan dia tak boleh bergerak. semakin kuat dia meronta, semakin utuh posisi mengunci si Budin.
“kau tak perasan ke kau sedang ditipu? dia tahu kau ada untuk dia tapi dia hargai ke? dia curi ke masa untuk kau? kau je terhegeh hegeh kenapa? dia dah jadi bini orang Muiz, sedarlah!”
Muiz menggigit labuh betis Budin.
“argh! sakit la bodoh!” Budin menjerit lalu melepaskan Muiz.
“Aku nak mula balik. tolong aku Budin. aku nak mula balik dengan dia. aku janji kali ni aku akan betul betul sayang dia. aku akan betul betul jaga dia. aku percaya dia sayangkan aku lagi! aku tahu dalam sudut hati dia masih ada aku! tolong aku Budin!” jerit Muiz.
Budin menarik kedua dua belah kaki Muiz ke hadapan sehingga tersungkur ke belakang. dia merangkak ke atas badan Muiz.
Kalau! (satu tumbukan hinggap ke muka Muiz)
(Buk!)
Dia!
(Buk!)
Sayangkan kau! Nak kan kau!
(Buk!)
Dia takkan!
(Buk!)
tinggalkan kau!
Budin merebahkan diri ke sebelah Muiz setelah menumbuk Muiz berkali kali. buku limanya seakan akan mahu meletup. tulang tangannya seakan mahu patah. ugh!
kedua dua kepenatan. masing masing mencuri nafas pendek kelelahan.
“Aku rasa kau payah nak lepaskan dia, lepas apa yang dia dah buat dekat kau, sebab kau masih berharap pada dia, kawan”
kata Budin, lalu bangun dan bersandar pada dinding balkoni.
“Sebab kau dah sayang dia, terlalu lama, unconditionally, even walau kau bagitahu satu dunia tak ada apa dah antara korang dua, padahal kau tipu. hati kau, pikiran kau, jiwa kau tak ready nak lepaskan dia”
Muiz mula memeluk tubuh, mengiring ke kiri. air mata mula membasahi pipi dan lantai.
“kau kena ingat, tak kira lah apa yang kau buat. kau tunggu dia hari hari, betapa kau berusaha keras nak menangi hati dia balik, you can never make the wrong person…. the right person for you.” sambung Budin lalu meninggalkan balkoni dengan Muiz yang masih berada di dalam fetal position, menangis teresak esak.
**************************
7.20 am.
Budin mula bangkit dari pembaringan. pendarahan lengan kanannya mula berhenti. wajahnya terasa membengkak dengan lebam di sana sini.
dada dan perutnya terasa sakit. kepala masih sakit seakan akan baru lepas dibom. namun dia gagahkan jua untuk bangun dan duduk di tepi katil.
telefon pintarnya diambil. skrin retak seribu.
“not this again…” keluh hatinya.
aplikasi whatsapp dibuka, nama Malia ditekan.
mesej yang dihantar 8.20 malam semalam hanya di ‘seen’ sahaja tanpa sebarang balasan.
Butang lock ditekan. dia kembali terbaring.
“sampai bila? sampai bila aku begini Tuhan…?”, dia menyebut perlahan lalu terdiam. lemas dalam fikiran sendiri.