Petang tadi umi bukak spek depan aku lalu dia tanya
“ha tengok muka umi ni? ada lain tak?”
“lain apa nya. cantik macam biasa ecece”
“ni ha!”
umi tunjuk ke bahagian pipi kiri sebelah bawah dekat kawasan mandible. ada sedikit kebengkakan disitu menyebabkan wajahnya sedikit asimetri.
ha ah baru aku perasan. hiks.
katanya dah 3 hari sakit macam ni. semalam dah tak tidur sebab sakit. telan panadol pun sudah. tak jalan. sakit masih berdenyut denyut sampai kabur habis pandangan. sakit sangat tu.
aku pun ajak la checkup malam tu jugak. yelah dah sakit lama takkan nak tunggu besok jugak. dah confirm dengan klinik dental yang keluarga kami biasa pergi, ada je dentist tumbuk kad pukul 815 malam.
umi agak kaget, cepat cepat aku yakinkan dia untuk periksa sahaja, tak semestinya kena cabut terus. lagipun bengkak. most likely infected. biasa tiada intervensi akan dilakukan melainkan surutkan bengkak tu dulu dengan bantuan ubat nyahkuman dan sebagainya. umi setuju.
pukul 8 malam kami tiba di perkarangan klinik gigi. suasana gelap, cuma lampu di kawasan dalaman berhampiran kaunter sahaja yang bergemerlapan dengan lampu neon bak aidilfitri.
heh.
papan tanda ‘open’ sudah dinyalakan. kami terjah ke kaunter pendaftaran. orang nombor 1 weh. doktor gigi pun tak sampai lagi.
aku biarkan si Bunyamin bermain dekat play area. ada train station, puzzles, buku buku yang terbentang di lantai tidak dikemas, mainan kecil bertaburan, magnet abjad bersepah di atas lantai. Bunyamin sort hampir semua barang tu dulu baru dia mula main. aku dan umi perhatikan je. bagus budak ni. sudah tentu la sebab dia anak aku kennnnnn! heheh!
nama umi dipanggil dan rongga mulut umi diperiksa. dentist tu periksa dan penolongnya catat satu satu penemuan. 1 sound 2 sound 3 lost 4 sound gitu la bunyi dia. aku macam boleh tangkap tapi malas nak hirau. malehh.
katanya ada satu gigi molar pertama sudah menjadi tunggul. hampir separuh sudah hilang. bahagian bawah bengkak bernanah dan besar kemungkinan juga menjadi penyebab jangkitan kepada molar seterusnya.
jadi umi diberi dua pilihan
1. trial of antibiotics. once swelling subsided, infection cured, to come again to extract the culprit.
2. cabut terus malam ni.
mata umi memandang aku. kata katanya seperti nak delay lagi sakitnya. macam minta aku berada di sebelah pendapatnya untuk setuju dulu dengan pilihan pertama.
aku tengok dentist tu macam yakin. tiada sedikit kaget dalam intonasi perkataan. dia tahu apa yang dia offer.
aku yakinkan umi prosedur ni akan menyakitkan tapi its okay. sakit sekali ni je. umi dah 3 kali masuk icu. 2 kali sebab craniotomy, satu sebab severe dengue. umi dah lalui something yang beribu ribu kali ganda lebih teruk daripada ni. you can do this.
wajahnya tampak tenang. dia melihat doktor dan menganggguk tanda setuju. umi kembali bersandar ke kerusi boleh laras. ubat bius diberikan, dan proses tooth extraction dimulakan.
tangan kanan aku pegang tangan kanan umi sementara doktor gigi melakukan tugasannya. tangan kiri aku mendukung si Bunyamin yang ralit bermain mata dengan si assistant tu. tahula cantik jangan la awak gedik sangat Ben! awak tu dah lah berat!
done! no immediate complication. discharged home with meds! yoohoo!
tiba di perkarangan rumah umi berkata
“nasib baik la pergi ke klinik malam ni. umi ni kalau ikut hati memang taknak pergi. cabut pun malas. lama dah umi sakit gigi ni sejak sebelum umi pergi umrah lagi (2 months dah kot?) tapi umi tahan. terima kasih la bagi semangat dekat umi. rasa macam penyakit tu diambil dan dibuang. sakit tu takdela sangat tapi takut tu yang banyak”
aku terdiam dan hanya membalas dengan senyuman dengan diselitkan satu dua lawak bodoh sebelum peluk dan cium bonda kesayangan untuk pulang ke rumah sendiri.
aku tak buat apapun. hanya pegang tangannya sahaja. who knows simple gesture could mean the world to someone else?
Mofar Rahman
Di kaki Bunyamin Fayyadh, teman dia tidur.