Sabtu hari tu aku main lari lari dengan Bunyamin. macam biasalah aku jadi si penakut dan dia jadi the monster. selang beberapa huargh aku pun terlanggar dinding. jari keempat sebelah kaki kiri aku terlanggar bucu dinding, to be exact. sakit dia boleh tahan. pernah dengar tak orang puteh cakap all life you had flashing before your eyes? lebih kurang. dengan bunyi krakk yang agak kuat. tapi aku ingat krakk yang biasa.
keesokkan harinya ada staf dekat ofis sedekah seekor kambing untuk buat makan makan arwah. besar ya dalam lebih 20kg. aku ni dengan terkebil kebil, ambil penunu bunsen bersaiz besar lalu aku layurkan ke atas kulit kambing untuk matikan bulu bulunya. first time la hari tu aku melapah kambing dari kulit sehingga ke tulang. sebelum ni beli yang dah froze. siap perap lagi. gigih bethol ya nak makan kambing.
the next day aku tengok lain macam bengkak dan biru jari aku (sila rujuk perenggan satu). so aku ke klinik warga. lama ya proses dia. triaging sorang. doctor ready in room ada jugak 4 orang tapi lama jugak. sebab aku yang menunggu so, lama lah kan.
tingtong!
aku masuk bilik, dan jumpa dokter yang keempat. selepas buat xray, katanya kaki aku ni tiada kejanggalan, tiada sendi selisih dikenalpasti. hanya luka tisu lembut. aku di discaj bersama cuti rehat sebanyak 3 hari. tapi aku guna sehari jelah sebab aku oncall.
hari ketiga MC aku terdetik nak tengok sendiri aku punya foot xray. terkejut. ada fracture wehhh. jari aku patah weh!
woohooo! aku rasa salah reaction, tapi somehow aku rasa tu macam achievement? bucket list? entah lah. time tu rasa badass jugak hahah. first time patah tulang haha.
aku pun kembali ke klinik warga nak betulkan diagnosis dokter yang tengok aku mula mula. sekali dia suruh aku daftar baru weh. mula dari A hingga Z. mula dengan tekan huruf A di mesin nombor giliran, triaging dan menunggu lagi. wasted almost 1 hour.
dipendekkan cerita, aku dirujuk ke bahagian tulang untuk rawatan lanjut, dan temujanji kembali semula diberikan dalam jangka waktu 3 minggu. dan by right aku dapat MC untuk tiga minggu lah kan? tidak. doktor tulang tu cakap,
“sebenarnya awak layak 3 minggu, tapi sebab awak ni doktor jugak so dapat 4 hari. susah nak bagi MC dekat doktor ni. nanti tak cukup staff, takdak orang nak oncall yada yada yada”
aku dah mula hilang fokus. nak marah pun ada. dia ingat aku sakit memain ke? entahlah. colleague aku dekat ofis pun macam tu jugak. bila aku saja je sakat diorang aku dapat mc panjang ni, tiga minggu weh. masing masing buat muka, taknak layan. mungkin fikir aku tak layak nak mc lama lama sebab aku mampu drive, datang ofis. jalan jalan dalam hospital. lepas aku cakap dapat 4 hari je muka makin ceria. aku paham sangat la korang taknak ganti oncall aku ennnn.
aku agak terkilan dengan apa yang berlaku hari ni. aku rasa kalau aku berada di tempat colleague aku, aku pun akan bagi reaksi yang sama.
double standard dalam kalangan staff.
tidak aku nafikan, malah ketika aku jadi doktor di kecemasan sekalipun, staff hospital yang paling malas aku nak tengok. alah, nak mc lah tu, getus hati aku. memang ada sentimen sebegitu. entah siapa yang ajar aku jadi begitu. malah ketika bercerita dekat kawan sekerja, respon yang sama diberikan. entah saiton mana la suruh bersangka buruk macam tu.
haha saiton jugak dipersalahkan.
memang ada dalam kalangan staff yang kaki mc. tapi bila staff tu layak, dan cukup kriteria untuk cuti sakit, kau bagi jelah cuti rehat tu. jangan la nak berkira sangat. bukan kau bayar gaji dia pun!
entahlah.
2 days ago wife mimpi gigi dia tertanggal. lately anak laki aku kejap kejap datang peluk aku. tengah main, tiba tiba lari datang peluk aku.
waktu aku dah nak sampai ke?
Mofar Rahman
Rumah kita.
