ketika saat aku menuliskan entry ini, Opie berumur 5 tahun 8 bulan dan 11 hari. pada aku, dia seorang yang bagus/ cikgu cikgu dekat taska pun mengatakan hal yang sama. opie pandai tu, opie pandai ni. opie cepat belajar tu, opie dah melangkau jauh untuk seorang budak yang berumur 5 tahun. dah pandai membaca. qiraati pun dah nak habis yang kedua. sekarang Ibu pula sibuk hantar anak sulungnya ke kelas belajar abacus, iaitu sampoa. kalau korang tak tahu apa itu abacus, mohon google sendiri. aku malassss.
tapi bagi aku, banyak lagi yang dia kena betulkan, tapi pada masa yang sama aku tak boleh expect much. aku tak boleh nak push hingga sampai atau jadi seperti yang aku nak. aku harus perlahan lahan, let her grow. aku nak dia pandai berdikari, aku nak dia balik rumah baca buku dulu instead of menghadap TV bersama adik adiknya yang lain. aku nak dia ada jadual waktu, dan patuh. berdisiplin. akur dengan apa yang aku suruh.
tapi itu terlalu tegas, dan ada satu perkataan lagi yang anak muda sekarang suka guna apabila things wont go their way, iaitu toksik. toxic parents, toxic family, toxic itu ini.
Sopie for now, bangun awal pagi dan terus mandi. ibu dah sediakan pakaian dekat luar, dan dia hanya perlu fetch towel dan uniform disediakan. proses mandinya agak lama. bila aku tanya apa dia buat? rutin apa yang awak buat dalam toilet sampai begitu lama? dia pun cerita. selepas aku selidik, mandi 30%, mengelamun, main, mengenang nasib 70%. aku hanya mampu tersenyum. setelah selesai mandi, dia akan terus ke ruang tamu, hampar sejadah dan telekung, tunggu aku untuk solat subuh bersama. bacaannya agak berterabur tajwidnya, tapi good enough untuk dia. sekejap sekejap kepala toleh kiri kanan tengok adik, tengok TV. selepas selesai solat dan rutin pagi yang lain, aku akan hantar dia ke sekolah. kalau ibu sempat, ibu yang akan take turn hantar dia ke school. dekat school untuk sekarang dia ada ramai kawan. si Opie ni ramai kawan. Dasyi, Mikaela 1, Mikaela 2, Dayang Nur Zaura (Yaya), Hassan, Wafi, dan crushnya bernama Nik Adam (eww). tapi aku layankan sahaja.
balik daripada school, aku akan hantar ke rumah Ummi. disitu dia akan bermain dan makan bersama Tokmi dan Babanya. selepas itu akan mula bermain building blocks, barbie, puzzle dengan aunty nya Ciksu. tepat jam 7 kami semua akan pulang ke rumah untuk ready maghrib dan tidur.
Sophie biasanya akan menonton rancangan kesukaanya (Wolfoo, Miraculous Ladybug and Cat Noir, Masha and the Bear, Ejen Ali, BoboBoy, Phineas and Ferb, Kimetsu No Yaiba dan beberapa lagi rancangan lain aku tak boleh recall). selepas adiknya Ben tidur. biasanya bermula pukul 8, sehingga 9 malam. selesai solat maghrib dia akan buat kerja sendiri, mostly mewarna, membaca buku, jaga adik Lily, ataupun kacau kami haha. tapi apabila pukul 9 tepat, dia akan berhenti tengok TV dan masuk ke dalam bilik tidurnya sendiri. oh lupa. Opie mula tidur sendiri sejak 1 Januari 2022.
oleh sebab aku ni Abi yang garang, kadang kadang aku nampak dia struggle untuk impresskan aku. tapi aku tahu dia dah buat yang terbaik. dia pandai bercakap dan suka buat random things. dia sangat bertimbang rasa, terutama kalau dia pergi ke 7E dengan Ibu, dia mesti belikan aku dan dua adiknya sesuatu. tak kisah lah apa pun. dekat rumah dia proaktif. most of time kalau adik menangis time kami sibuk setelkan norma pagi, opie akan attend dulu.
sometimes, eh tak sometimes. selalu juga aku marah si Sophie ni. contoh ketika dia distracted dengan TV, dia menyanyi dan bertempik pada masa yang salah, dia banyak bagi alasan kalau taknak makan, banyak dalih kalau dia taknak buat kerja yang disuruh, dan macam macam lagi. wife selalu bagi teguran dekat aku.
"let her grow, she is good enough. jangan la berkeras sangat dengan Opie"
aku akur. dan biarkan dia buat apa yang dia nak.
ada waktu aku terjaga malam aku akan ke biliknya. melihat dia tidur dengan selimut arnab nya dengan memeluk patung carrot (yang puas dah aku explain tu adalah lobak merah, tapi dia tetap nak arnabkan benda tu). dia selalu kelihatan lena. aku usap rambutnya. cium dahinya. recall balik benda yang tak sepatutnya aku cakap dekat dia. benda yang dia buat tanpa dia sedar dia telah buat aku impressed dan proud.
"you are so kind, thoughtful and lovely. its not easy to be my daughter but you nailed it. I'm so proud of you."
Mofar Rahman, Abi mu.
Rumah Kita.
